PRU 12: 685 Undi Untuk Tok Maimun
Saya terkejut apabila Tok Maimun berjaya mendapat lebih dari 500 undi. Saya hanya menjangkakan beliau hanya mendapat beberapa undi sahaja. Saya tidak tahu bagaimana beliau berkempen. Tapi saya tabik la kat Tok Maimun. Dengan undi sebanyak 685 tersebut seolah olah satu kampung menyokong beliau.
Kehadiran beliau telah sedikit sebanyak menganggu cabaran sengit diantara Datok Razali Ismail dan Mohamad Sabu. Datok Ismail hanya menang tipis dengan majoriti yang sedikit sahaja. Jika tidak dipecahkan oleh Tok Maimun, beliau mungkin akan menang dengan majoriti 1000 lebih atau tewas dengan Mohamad Sabu dengan beberapa undi. Memang sengit.
Tok Maimun, 89, merupakan calon yang paling muda tua pada pilihanraya kali ini. Beliau berkempen hanya dengan berbasikal. Malah beliau cukup bersunguh sungguh dalam kempen beliau sambil menjual kain. Semangat keusahawanan yang cukup kental saya kira.
Beliau bersama ketiga tiga calon Parlimen Kuala Terengganu, Mat Sabu & Dato’ Razali.
Ini adalah satu bukti pada golongan muda. Usia bukan penghalang untuk mencuba. Memang Tok Maimun seorang “Dare To Fail” seperti Billi Lim. Beliau tetap dengan keputusan beliau untuk bertanding walaupun dah lanjut usia. Ada orang mengatakan lebih baik beliau gunakan wang pertaruhan RM10,000 untuk mengerjakan haji. Tapi bagi saya, mengejar cita cita adalah lebih penting.
Jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, mungkin beliau mampu ke Mekah tahun hadapan. Ini adalah kerana Tok Maimun memang cukup popular sekarang di Kuala Terengganu. Perniagaan kain Tok Maimun pun pasti akan meningkat maju. Percayalah rezeki ada dimana mana selagi kita berusaha!
Selamat Maju jaya buat Tok Maimun.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN, SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.
NAMUN,PIHAK KAMI AKAN LULUSKAN SEMUA KOMEN MEREKA YANG DIHANTAR.
SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK SHAMSURIYADI.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM
Luah rasa hati anda dengan komen dibawah.Jangan lupa untuk subcribe agar anda menerima artikel terbaru dari blog ini.Masukkan email anda di borang dibawah:
Comments
Takpe Tok..cuba lagi pada PRU ke 13. Moga panjang umur dan murah rezeki. Hope biznez kain Tok pun turut maju.
betul tu smartzul, kompem pas ni ader peniaga yang kreatif bagi nama “tudung tok” atau pepe jelah..
sham, saya bajet memang tok maimun hilang wang pertaruhan, tapi tak sangke ye, dia dapat lebih 600 undi. kalo dia tak lawan, dah tentu mat sabu dah menang,
apapun, saya respek pada tok maimun, sorang yang cekal dan tak pernah putus asa..betul cakap sham, rezeki berada kat mane2 ajer kalu kita rajin berusaha…
tahniah atas kelahiran shamsuriyadi.com






Lepas ni mesti ada tudung atau kain yang bernama “Tok Maimun”. Hehehe…
Semoga beliau murah rezeki dan dapat ke Makkah Mukarramah menunaikan haji.