Panduan Pengiklanan Berkesan Di Internet dan Media
Powered by MaxBlogPress  
klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Menteri Penerangan Baru Nak Jumpa Blogger?

March 21, 2008 · Print This Article

Hohoho..”dah terantuk, baru la tengadah” bak kata orang tua tua.Akhirnya kerajaan baru nak ambil kisah tentang kuasa blogger dalam menentukan hala tuju negara. Inilah sebenarnya mata pena..eh..keyboard la pada zaman sekarang ni..Penulisan sebenarnya lebih tajam daripada mata pedang..

Saya tengok kat Berita Hairan Harian kejap tadi yang Menteri Penerangan yang baru iaitu Datok Shabery nak jumpa para blogger nak bincang isu “bina negara”. Ni keratan artikel berkanaan:

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata pendapat penulis blog tidak boleh diketepikan dan beliau akan bertemu mereka secepat mungkin bagi mendapatkan maklumat balas berhubung pembinaan negara.

Beliau berkata, Kementerian Penerangan memandang berat peranan yang dimainkan media alternatif seperti laman blog dan internet kerana mereka mempunyai peranan tersendiri dalam membina negara.

“Contohnya, ada peranan yang mereka mainkan dalam pilihan raya lalu. Ada mesej yang ingin disampaikan kepada kerajaan yang banyak dimainkan oleh pengundi kelas pertengahan dalam mendapatkan maklumat.

“Mereka (penulis blog) melayari internet dan sudah tentu saya rasa peranan yang dimainkan mereka perlu diketahui,” katanya pada sidang akhbar selepas bertemu media di pejabatnya di sini, hari ini.

Ahmad Shabery, yang dilantik ke jawatan itu Selasa lalu, berharap pertemuannya dengan penulis blog tidak akan disalah anggap oleh mana-mana pihak.

Ini kerana katanya, Kementerian Penerangan berhasrat untuk menjadi jambatan kepada sesiapa sahaja termasuk golongan itu untuk disampaikan kepada pihak lain. - Bernama

 sumber: Berita Harian

Di negara seperti US, Blogger dipandang tinggi.Malah jika ada sebarang program,blogger adalah antara mereka yang akan mereka jemput. Ini adalah kerana blogger membawa pengaruh yang besar kepada dunia hari ini. Tak percaya? BN kalah teruk kerana internet. Ya.Sebab internet yang dipelori oleh para blogger.

Matlamat dan perjuangan blogger disampaikan melalui blog mereka. Masyarakat hari ini sememang belum sedar akan pengaruh blogger.Nampaknya selepas PRU 12,para blogger akan mula mendapat tempat di hati mana mana parti politik. Saya bukanlah blogger politik,tetapi kadang kadang saya pun menulis tentang politik.

Ini adalah kerana di blog ini saya, tak terikat tentang topik apa setelah mengasingkan Blog Usahawan dan juag blog personal saya. Saya lebih suka begini. Saya akan mengubah suai balik MalaysiaStory.net. Malam ni saya akan bermain dengan coding & etc untuk memperbaiki kembali laman web tersebut yang masih mengalami masalah database.

Susah betul la.Saya akan back up terlebih dahulu la kot. Rasanya saya akan membeli satu lagi template Wordpress untuk MalaysiaStory.net. Ia adalah untuk ruangan berita Malaysia Story. Saya sedang memikirkan untuk menjadikan ia satu blog berita.Itulah matlamat asalnya MalaysiaStory ketika saya membeli domain berkenaan pada tahun 2006.

Dah lama dah tu.Kebanyakan laman web saya akan berusia 2 tahun tidak lama lagi. Kebanyakan daripadanya adalah blog…hidup blogger..

Jualan ebook baru saya pun agak memberansangkan. Belum all out lagi.Rasa nak test seminggu pada bulan ni sebelum iklan selama sebulan di Harian Metro.Insyallah.

Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Comments

7 Responses to “Menteri Penerangan Baru Nak Jumpa Blogger?”

  1. zuhairy on March 22nd, 2008 12:21 am

    hahaha…dulu ada sorang menteri kata kat blogger ni goblok. ada yg kata beruk pun ye jugak. Ai, tak kan menteri nak jumpa goblok dan beruk ni?hohohohoho

  2. sham on March 22nd, 2008 2:14 am

    diorang kena telan balik ludah diorang..yek…:p

  3. emet on March 22nd, 2008 4:59 pm

    Tahniah kepada diri aku sendir :D

    Kerana aku seorang Blogger! hehe

    Betul tu Sham, kenalah telan balik ludah2 yang dah kering tu… ahaks :)

  4. titan on March 22nd, 2008 6:30 pm

    tak mustahil nanti antara diorang yang pak menteri nih pun join google adsense nak tambahkan pendapatan. hhoho..:D

  5. smartzul on March 23rd, 2008 1:23 pm

    Berita terkini:

    Menteri tu nak jumpa penulis ebook Kit Blogger..
    .
    .
    .
    .
    Tettttt.. Masa tamat.

    Acah jer. Hehe.. ;)

    ——————————–

    Pihak menteri BN perlulah ada blog jugak sepertimana yg pihak pembangkang guna mcm kit siang, anwar ibrahim & lain2 lagi. Takkan takut nak layan politik terbuka kot. Kalau takut, close je ruangan komen. Hehe..

    DAP bijak tarik Jeff Ooi join diaorang. Dengan kuasa rangkaian blog yg dia ada tu, bergegar satu Malaya ni. Tu yg bagi sikit faktor kemenangan DAP tu. :)

  6. sham on March 23rd, 2008 1:36 pm

    Jeff Oii memang blogger politik yang ada banyak influence.. takde ke yang boleh jadi blogger politik yang setanding dengan dia?

    hohohoh

  7. Thinkerich on June 2nd, 2008 3:38 pm

    Sham,

    Sebab tu lah Jeff Oii pun menang kerusi yang beliau tandingi…

Got something to say?





forex