Krisis Politik Terengganu Berterusan
March 23, 2008 · Print This Article
Saya sebagai anak terengganu berasa sedikit kecewa dengan apa yang berlaku. Ia secara terang terangan menunjukkan pemimpin melayu berpecah belah di Terengganu. Saya rasa PRU 12 adalah paling kucar kacir dalam sejarah Malaysia. Negeri yang menang banyak yang berlaku perebutan kuasa..Perak,Kedah,Selangor,Perlis dan Terengganu adalah antara negeri yang terlibat.
Yang paling teruk ialah Terengganu yang sehingga kini belum selesai sejak 8 mac lepas. Dah 3 minggu berlalu keadaan negeri masih belum berkerajaan. Nak kata BN kalah, dah menang. Apa yang susah ye?Lantiklah sesiapa yang layak menjadi MB. Bila dah lantik, ADUN tak setuju & nak letak jawatan. Nak mengundi balik…Saya tak balik dah sebab PAS menang..hehehe
PAS pasti bersorak gembira jika ada pilihanraya kembali. Keadaan mungkin akan berlaku sebaliknya.BN kalah & PAS menang seluruh negeri. Jika pilihanraya dilakukan kembali, saya rasa keganasan akan berlaku lagi sebagaimana PRU 12 baru baru ni. Saya memang tidak sukakan keadaan sedemikian.
Kenapa ini terjadi kepada negeri tumpah darahku ni? Saya berasa kurang selesa dengan keadaan yang berlaku ini. Terus terang.. Harap ia dapat diselesaikan dengan cara baik. Pilih pemimpin yang disokong ramai.Bukan sebab kemahuan individu tertentu bagi melancarkan perjalanan pentadbiran.
Harap apa yang berlaku akan menjadi pengajaran buat mereka yang terlibat dalam politik.Kerajaan asyik menyerang pembangkang cakap pentadbiran tak smooth…sekarang berbalik kat muka sendiri. Terengganu dok asyik bergaduh merebut jawatan MB…
Selesaikan dengan cara baik.”Dok Molek douk balloh sebab nok jawatang”…hehehe..loghat Terengganu skit..:p
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!





Bro , UMNO Terengganu PENDERHAKA SULTAN????
Melayu Terengganu panggil Sultan “Natang” , hai aper citer???
Dulu Lim Kit Siang buat statement pulau majlis lantikan mb , UMNO heboh kata LKS penderhaka Sultan, marah sana sini , skang Pak Lah pulak :p .
Ulas ler??? biar adil dan saksama.
Memang nak ulas pun…saya dah panas ni…
Asasnya sebenarnya adalah dasar perjuangan..
Kalau dasar prjuangan ikhlas kerana Allah, maka kita akan insaf bahawa jawatan / pangkat adalah amanah yang akan ditanya olehNya bukan singgahsana kemegahan..
Saya cukup tak selesa dengan sikap pemimpin UMNO yang “gila pangkat” ni…
Kan bagus kalau kita hormati keputusan sultan..
sultan tak perkenan tu mesti ada sebab…