Buat Duit Dengan Ebook
Powered by MaxBlogPress  


Pandangan saya terhadap MIRSB -Monsun Biz, Callcenter, Payment Gateway, Bossmailer

Saya rasa terpanggil untuk review tentang program yang diiklan besar besar dalam Harian Metro ini. Sebagai seorang SMS Biz consultant, saya kesiankan mereka yang menyertai program berkenaan. Buktinya ada luahan peserta program ini :

Salam,
I ni dah join LLM yang MIRSB buat tapi semacam tak puas hati, apa tah lagi I ni buta IT. I pergi teknikal kelas-kelas yang dia orang buat dan banyak benda yang I blur. Last sekali dia orang keluarkan MOU. Tapi naik sain untuk yang I tak dapat sepenuhnya dan Agreement MIRSB yang I tak tengok so buat apa I nak sain. Tapi hati berbelah bagi samada nak teruskan atau tidak tapi I dah bayar penuh!!! Pening….. I am not interested nak jadi agen mereka apatah lagi presenter…. kelas tak habis boleh buat topik lain…. ada semacam yang tak kena….

Sumber: WC

Ini adalah antara pengalaman mereka yang terlibat. Saya tak dedahkan lagi mereka yang melaburkan RM100K untuk program ini. Mereka sepatutnya lebih telus dalam pemasaran mereka. Mereka tidak sepatutnya merahsiakan risiko dalam perniagaan sms ini. Apa yang mereka jual bukan sahaja sms tetapi pelbagai aplikasi dimana ia mempunyai banyak tanda tanya…

Saya huraikan satu per satu…

Monsun

Anda boleh layari http://www.monsun-biz.com/ .Anda boleh lihat sendiri laman web tersebut? Adakah ia menepati keperluan e-commerce? Agen mereka mengatakan ia berkonsepkan landlord…Saya tak pasti apa yang dimaksudkan landlord dalam program monsun ni. Untuk invest RM50K untuk menjadi “tuan tanah maya” adalah sesuatu yang kurang bijak saya kira. Baik beli tanah betul.Ada geran & nilai tanah akan meningkat dari masa ke semasa. Memang dalam business internet ada konsep Virtual Real Estate, tetapi bukan macam yang mereka tawarkan. Satu web kongsi ramai ramai.

Apa yang dimaksudkan Virtual Real Estate ialah membina laman web yang bernilai tinggi seperti Google, Yahoo, Baidu, Myspace, Youtube dan sebagainya. Itulah yang dikatakan virtual real estate.Membangunkan laman web yang bernilai tinggi sebagaimana hartanah yang sebenar….

Update:Satu site dikongsi ramai ramai…ia tidak sesuai. Jika MIRSB membina sorang satu & tolong bangunkan perniagaan mereka. Itu cara yang sebetulnya. RM50K sepatutnya cukup untuk itu semua.

Callcenter

Ia adalah sama dengan mana konsep perniagaan sms. Saya terlibat dalam bidang ini. Bagi saya ia adalah sesuatu yang bagus untuk educate orang tentang potensi perniagaan sms. Cuma harganya la yang agak mahal untuk memulakan perniagaan sms. Sedangkan usahawan masih perlu beli iklan dan sebagainya. Untuk mendapatkan teknologi SMS sepatutnya tidak terlalu mahal agar tidak membebankan usahawan. Untuk dapatkan aplikasi SMS,harga dibawah RM1000 adalah sesuai. Itu yang akan membantu para usahawan.

Tetapi pihak berkenaan perlu la mengajar dan melatih usahawan tentang sistem, potensi, risiko dan cabaran dalam perniagaan sms. Mereka tidak sepatutnya berahsia. Bisnes sms tidak semuanya indah. Terdapat banyak kelemahan yang perlu usahawan hadapi..karenah telco, payment lambat,server down, statistik bercanggah dan sebagainya. Mereka sepatutnya mendedahkan semua perkara itu. Jangan hanya fikir untuk jual sistem sahaja. Ia akan merosakkan nama baik perniagaan sms.

Kita sepatutnya bersikap telus. Tidak perlu rahsiakan benda sedemikian. Ia adalah untuk membolehkan mereka yang ingin terlibat dalam perniagaan sms berfikir dan menilai terlebih dahulu. Jadi mereka tidak berasa tertipu jika membeli sistem berkenaan.

Payment Gateway 2020

Nama dah lawa dah.Cuma ia hanya indah nama dari rupa. Anda boleh melihat http://www.gateway2020.com/ .Ia merupakan satu laman web yang tak siap!. Apa ni?…Jual produk tak siap.. Siapkan dahulu sistem sebelum jual. Buat pengetahuan semua, pembangunan Payment Gateway sangat berisiko dan memerlukan teknologi yang tinggi. Jika maklumat pelanggan seperti nombor kad kredit dan sebagainya ia membawa masalah yang sangat besar.

Ia juga memerlukan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia!. Apa yang saya lihat mereka langsung tiada kelulusan bank negara. Ini adalah kerana untuk mengutip wang atau menerima wang kita tertakluk kepada undang undang. Bukan sekadar hentam je.

Isu lain pula tentang payment gateway ialah keselamatan. Bukan just sekadar letak logo McAfee mengatakan laman web kita selamat. Ia perlu dipantau oleh pakar dalam keselamatan rangkaian seperti VeriSign yang memantau Maybank2u, Cimb dan semua bank yang mempunyai sistem internet banking. Itu baru lah betul.Anda boleh lihat laman web bank bank berkenaan,pasti ada lambang VeriSign.Ini adalah kerana mereka memantau keselamatan laman web kewangan dari seluruh dunia.

Orang membayar beribu ringgit untuk Payment Gateway.Jadi sediakan la yang elok dan selamat. Payment gateway adalah melibatkan kewangan.Jangan nak main main.

Update: Mereka gunakan Payment Gateway Mobile88 punye. Jadi tak perlu develop from scratch.Persoalannya pembeli kena buat integration sendiri atau MIRSB tolong buatkan?Ia sangat teknikal.

P.S: Diorang still kena wat website elok skit. Ia mengambarkan sesuatu produk & pertikaikan nanti.

BossMailer

Ia adalah satu perisian untuk spamming. Tidak dapat dinafikan lagi. Kita lihat dahulu apakah yang dimaksudkan “spam”. Mengikut WikiPedia spam adalah:

Spamming is the abuse of electronic messaging systems to indiscriminately send unsolicited bulk messages. While the most widely recognized form of spam is e-mail spam, the term is applied to similar abuses in other media: instant messaging spam, Usenet newsgroup spam, Web search engine spam, spam in blogs, wiki spam, mobile phone messaging spam, Internet forum spam and junk fax transmissions.

Spamming remains economically viable because advertisers have no operating costs beyond the management of their mailing lists, and it is difficult to hold senders accountable for their mass mailings. Because the barrier to entry is so low, spammers are numerous, and the volume of unsolicited mail has become very high. The costs, such as lost productivity and fraud, are borne by the public and by Internet service providers, which have been forced to add extra capacity to cope with the deluge. Spamming is widely reviled, and has been the subject of legislation in many jurisdictions.[citation needed]

Jadi apa apa sahaja email yang dihantar untuk tujuan mempromosi pape tanpa persetujuan pemilik email adalah spam. Penggunaan software untuk menghantar email secara “mass” atau banyak dalam satu masa adalah spam. Itu adalah hakikat yang tiada siapa yang boleh nafikan. Itu adalah fakta.

Update: Ia tetap spam walaupun ada yang mengatakan mereka akan hantar email untuk penerima email subcribe dahulu. Mass email kepada orang tidak dikenali tetap spam.

Yang menariknya agen MIRSB menerangkan mcm ni…

Bossmailer – program yang membolehkan pengguna mengambil e-mail dari web2 lain dan send mass e-mail. setiap penghantar e-mail dikenakan caj rm0.10 caj tersebut akan dibayar pada hotmail/yahoo/gmail supaya tidak termasuk dalam spam, dan sekiranya pemilik e-mail tidak berminat boleh block mail tersebut. So, tidak salah di sisi undang2.
Sumber: WC

Siap ada caj pulak dan dibayar kepada hotmail/yahoo/gmail agar membenarkan email mereka ke inbox. Ia jelas menipu. Syarikat berkenaan (Microsoft,Yahoo & Google) sangat mengambil serius tentang spam. Boleh pulak mereka dakwa mereka menyogok syarikat gergasi berkenaan dengan 10sen untuk membenarkan spam.

Siap boleh cakap lagi, ” Sekiranya pemilik e-mail tidak berminat boleh block mail tersebut. So, tidak salah di sisi undang2.”. Siapa cakap tak salah? Dah langgar privacy orang.Boleh pulak cakap tak bersalah. Di US, spam boleh disaman kerana melanggar privacy. Semua ada hak. Jangan fikir nak untung je dengan promote “something” kat semua orang. Bukan semua orang suka..

Saya berharap ada daripada agen/pengawai terlibat dapat menerangkan isu ini semua. Ini adalah kerana ia akan merencatkan perkembangan perniagaan sms dan juga internet. Saya terlibat dalam kedua dua bidang ini. Jadi saya agak risau bak kata pepatah “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.

Harap ia dapat membantu para usahawan melayu khususnya dalam perniagaan sms dan juga internet. Pastikan anda mengkaji terlebih dahulu sebelum invest apa apa…

Harap MIRSB baiki kelemahan..jika perlu ditarik balik,tarik balik seperti bossmailer tu..Ia akan menimbulkan isu besar pada masa akan datang.

-sham

Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Luah rasa hati anda dengan komen dibawah.Jangan lupa untuk subcribe agar anda menerima artikel terbaru dari blog ini.

Comments

[...] kan. ala.. email je ke news@tv3.com.my mesti gempak… saya ada tulis review kat blog saya.. Pandangan saya terhadap MIRSB -Monsun,Callcenter,Payment Gateway,Bossmailer : Shamsuriyadi.com __________________ Download Internet Scam Report Di SINI Panduan Adsense Dlm BM |Nak Link [...]

Hoho….Artikel yang menarik…
Saya sangat setuju dengan pendapat sham :)
Mana ada syarikat besar yang menopoli Internet yang sanggup terima duit cikai rm0.10 sen semata-mata hanya nak spam..Tu yang merosakkan nama Malaysia juga.

Ni la akibatnya nak kaya cepat..Melayu ‘makan’ melayu dengan sistem kononnya boleh dapatkan pulangan ribuan ringgit….

P:S Jahanam lerr bangsa Melayu kalau makan bangsa sendiri

saya juga hampir tertipu dgn mereka ini..malah dh pernh pergi review perniagaan mereka pun..nasib baik xjoin.. Alhamdulillah.. apa nk jadi ngan org melayu sekarang nie tak tahu laa.. sanggup tipu bangsa sendiri utk kepentingan peribadi..

[...] so ini akan membantu orang2 melayu. Btw, Saya dah nyatakan pendapat saya kat blog saya.. Pandangan saya terhadap MIRSB -Monsun,Callcenter,Payment Gateway,Bossmailer : Shamsuriyadi.com terpulang la untuk anda… sebab saya memang terlibat dalam biz sms & internet…itu just my [...]

Disclaimer :
Comment Ini Menggunakan Bahasa Pasar Penang Yang Kasar . Harap anda (monsun) berkecil hati , marah dan sakit hati.

http://www.monsun-biz.com/ ??? website cam cibai , wei yerk nak kencing orang pun buatlah satu website yang smart, terkini, contoh tsunamiwang.com. duitsekelipmata.com ;) , menipu biar smart :D .

Dengan penggunaan warna cam orang bengong , kebudak-budakan , wei design tu burok lah, dah lah tak siap cam bingung , ko nak marketkan website tu biar lah siap sudah .

Apa pecen dok jual sistem spam kat orang reger puluh ribu sesapa nak sistem spam nih pm aku nanti aku maki korang balik hahahaha

Saya sampai skang tak paham apa yang web ni jual ???? mahal lak tu , cakap pergh , iklan merata-rata, ni boleh buat aduan , paling tak malu dok tempek muka cam taik kat paper , kang orang ‘tiup’ baru tau, nanti hilang kote dok raba-raba tak da hahaha padan muka. Ini malaysia , apa semua ilmu hitam ada .

[...] cakap-cakap mereka yang mempersoalkan mengenai program [...]

(salam) saudara Sham dan komentars

satu saja nak bagi tahu..saya cakap dengan ikhlas

mereka2 ni, especially memang licik dalam menipu. sorang kenalan rapat sayalebur RM 1000 begitu saja, atas nama produk IVIP + bossmailer dan 2-3 “bonus” lain. Pegawai yang menipu tu bernama Sharifah Fadzlone dan sorang assistant dia..(saya lupe nama dia). yang nama Harris pun satu kaki gak.

saya kesian kat kawan saya. produk mereka tak bagi lagi, tapi duit mintak dulu. bila mintak deposit (tak smp 1 hari), macam2 alasan guna. siap cakap lagi, deposit yang dah dibagi tak boleh pulang, sebab ada dalam syarat.

walhal dalam resit, langsung tak tulis terma tersebut. bile check dalam website, tah pe2 jer website tu.call berkali2 tapi tak angkat. so, sah dah kena tipu.

(kalo nak sure, anda boleh taip http://www.ivip.com.my dan lihat sendiri, apa itu produk IVIP, hati2 bukak website ni, mungkin ada virus yang tak diundang!)

kalo nak tahu, Sharifah Fadzlone pernah terlibat dalam pelaburan internet, like e-barrel dan uptrend. tektik dia, dia akan citer segala kesusahan dia time dia nak cari duit dulu. sape2 penah g, akan tahu la citer dia gane.(kira nak tarik simpati orang dulu)

apapun, kawan dah dalam proses ke mahkamah, nak saman company tu.

sebagai kesimpulannya: saya menyeru kawan2, iklas cakap, JANGAN SESEKALI TERPEDAYA DENGAN JANJI3 MANIS MEREKA, WALAUPUN PRODUK MEREKA DAH MASUK TV3″ . hanya orang2 jujur macam irfan khairi je yang jenis masuk tv3, tapi betul2 cerita cara niaga yang sebenar.

tolong sebarkan hal ini agar peristiwa yang pernah terjadi pada kenalan saya tak kena pada anda semua. banyak lagi cara nak kaya. lagipun, buat pe nak kaya kalo menipu.

sape2 yang kena tipu, mari la sama2 doa dan jangan bimbang, akhirat sana, mereka tak akan terlepas!, boleh claim cukup2 kat sana jadikan cerita ini satu iktibar. sekian

Artikel yang mampu memberikan impak yang positif kepada pembaca..

Satu pandangan yang menarik dan berguna.

Saya tidak pro pada mana-mana produk atau laman web. Malah saya lebih suka bertukar-tukar fikiran dengan cara yang harmoni, agar perbincangan lebih menjurus kepada kebaikkan.

Apa yang anda perkatakan itu ada kebenarannya. Tetapi jangan lupa…. Ada juga perkara-perkara yang anda bincangkan itu keterlaluan sehingga tidak memberi ruang kepada kebenaran.

Memang benar, produk Monsun tidak se-profesional mana jika kita nak bandingkan dengan sistem yang dipaparkan oleh Ebay (sebagai satu contoh).

Saya tidak tahulah bila anda mula menceburkan diri dengan dunia IT ni…. (dulu disebut IT, tetapi sekarang ICT). Minta maaf lah ye….

Mari saya bawa anda semua sebentar sahaja untuk meninjau semula pada tahun 1970 an dimana mula-mula komputer mula diperkenalkan.

2 gergasi, diantara Apple dan Microsoft berperang didalam dunia teknologi maklumat ini.

Tahukah anda, apakah program yang mula-mula diperkenalkan oleh Microsoft pada 1980 dahulu? Tidak lain dan tidak bukan QD OS 0.1 sehingga kepada MS DOS 1.24 pada tahun 1982. Banyak lagi sebelum lahirnya Windows 3.0 (Mula Graphical User Interface diperkenalkan) dan pada tahun 1995 Windows 95, seterusnya Windows 98, Windows Me (Mellinium), Windows 2000, Windows XP dan sekarang Windows Vista.

Apakah anda semua telah dapat idea apa yang saya cuba sampaikan?

Saya tidak tahu anda berada dalam phase Windows produk yang mana…. Mungkin Windows XP…. atau paling hebat pun Windows 95.

Walau apapun, sesuatu produk itu perlu ada perkembangannya. Microsoft juga tidak terkecuali tetapi ia tetap mendapat tempat dihati oleh setiap penggunanya diseluruh dunia. Jika mengikut ‘Produk Cycle’ Operating System Microsoft mereka akan mengeluarkan Operating System yang terbaru setiap 6 – 7 tahun. Pelanggan-pelanggan mereka menunggu dengan penuh debaran. Dan setiap pengeluaran mendapat sambutan. Komen masih tetap ada yang komen. Biasalah. Sebab yang komen pun nak cari untung dari apa yang dia komen tu… (ada udang disebalik batu).

Yang hairannya manusia masih juga membeli walaupun telah diberitahu oleh banyak komentar bawa O/S Windows banyak flaws dan juga vulnerabilities dalam system mereka.,

Mari kita balik semula kepada isu Monsun ini.

Mana ada yang perfect dalam dunia ni….. Takkan lah produk pertama Microsoft keluarkan Windows operating system terus dah jadi macam Windows Vista sekarang? Tak logikkan? Sampai sekarang pun masih tak perfect lagi. Masih banyak ada flaws dan vulnerabilities. Setiap bulan nak kena patch untuk tutup flaws atau lubang yang ada dalam Windows tu. Walaupun pilihan tetap ada, seperti menggunakan Linux ataupun RedHat, tetapi Microsoft tetap menjadi pilihan utama pengguna ICT diseluruh dunia.

MIRSB adalah sebuah syarikat Melayu yang baru dalam dunia perniagaan Internet ini. Tetapi mereka mempunyai semangat dan wawasan yang baik dalam membantu melahirkan lebih ramai usahawan internet yang berkalibar di Malaysia, khususnya kaum bumiputra. (Jika betul pembawakannya…)

Saya tidak nampak apa salahnya mereka ini. Melainkan sebuah sistem perniagaan internet yang lengkap dan boleh diguna pakai. Itu sahaja…..

Saya boleh katakan mereka telah menyediakan sebuah sistem yang lengkap, dan bersepadu (Integrated System), untuk dijadikan sebuah kedai maya yang lengkap dengan Point of Sales System (P.O.S).

Biasalah kita orang Melayu…kann…..

Memang benar…Kalau nak masuk rumah orang atau dalam satu majlis tu biarlah bersopan sikit. Beri salam dahulu. Baru boleh mulakan bicara… Mungkin mereka agak aggressive dalam membuat pemasaran, sehingga ada yang rasa tercabar dan dicabar.

Orang Melayu mesti ingat. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Komenlah dengan baik dan saksama. Berikan komen yang membina. Saling bantu membantu. Kalau mereka kayapun tak apa.. Merekakan orang Melayu kita juga. Yang paling penting mereka seagama dengan kita. Kita wajib sokong mereka. Jika mereka menipu, itu antara dia dengan Allah. S.w.t.

Tetapi, apa yang saya dapat lihat disini adalah, mereka telah menyediakan satu “Total solution for Internet Business” yang hebat. Yang tidak ada dimana-manapun didalam dunia pemasaran internet dewasa ini. Anda perlu ingat disini.. saya tidak menceritakan tentang muka yang cantik, kulit yang mulus dan sebagainya. dari luaran. Apa yang saya katakan disini adalah mengenai jantung, hati, paru-paru, saluran darah dan sebagainya. Itu yang paling penting dan perlu di establish dahulu. Kemudian baru lah nak make up macam mana pun terserahlah… Rambut nak blown ke, jalan nak gelek ke…terserahlah lepas tu….

Buat masa dan ketika ini, luaran tidak berapa penting dahulu… yang penting sekarang adalah inner system terlebih dahulu.

Memang benar Website Monsun tu macam budak-budak…. Dan width website tu pun tak standard. Terlalu lebar sehingga keluar Vertical bar untuk melihat kekiri dan kekanan. Itu saya dah komen pada programmer diaorang. Terserahlah…pada mereka. Flash pun tidak menarik terlalu besar dengan warna hijau yang menggila hijaunya.

Kepada anda semua yang ingin join business ni, saya nak ingatkan kepada anda semua. This is a red ocean business! Not a blue ocean…. Kerana pesaing adalah ramai diluar sana. Sesiapa yang rasa dia bentul-betul ada kelebihan yang tersendiri….Anda boleh ambil cabaran tersebut. Semoga anda Berjaya didunia dan diakhirat hendaknya.

Sekian wassalam.

Tipu….tipu….tipu….
Dengki…dengki…..dengki….
Irihati….irihati…irihati….

Itulah sikap orang melayu kita. Aku pun dah bosan dengan sikap orang melayu yang masih dibelenggu sikap penjajah.

Jangan haraplah kita ni nak kemana-mana pun….. Lagi baik kita ni makan gaji aje… dijajah oleh bangsa asing. Kita memang tak boleh berniaga. Sikap hasad dengki dan irihati terlalu menebal dari diri!

Lagi satu aku nak beritahu disini.

Aku tengok ramai yang complaint MIRSB ni…. Kesian diaorang… Diaorang tak salah..Orang yang beli produk tu lah yang salah…

Sepembeli hanya tahu nak untung sahaja. Tak kiralah produk apapun…dia orang beli juga. Sebab, dia orang fikir diaorang boleh dapat ribu-ribu..even juta-juta pendapatan sebulan… Tapi sebenarnya diaorang tak mampu menjalankan perniagaan tersebut. Nampak aje macam mampu, sebenarnya tidak.

Orang Melayu kita ni suka hipokrit… Kita tak sedar diri. Katakan lah harga system tu RM5,000.00. Duit dalam poket ada RM5,000.00. Lepas beli, mulut terngaga/melopong. Sebab kenapa? Modal tak ade lagi dah. Semuanya dah lebur dalam satu system tu. Habis tu apa nak jadi? Salahkan orang lain lah pulak! Yang mangsanya MIRSB.

Apa yang sepatutnya kita buat? Jika harga system tu RM5,000.00…Tolong pastikan dalam poket kita sekurang-kurangnya ada RM10,000.00. Baru boleh buat business bro… Baru boleh buat marketing strategy. Business plan… dan sebagainya…

System yang dibekalkkan oleh MIRSB adalah proven. Memang boleh buat duit. Tapi kena ada modal yang besar la… Takkan korang tak tahu benda-benda macam ni, bila nak buat business. Jangan pakai harung aje…

MIRSB juga ada kesilapannya. Mereka melakukan pengiklanan secara aggresive. Mereka terlalu menjanjikan pulangan dan keuntungan yang melampau. Ini akan menyebabkan orang marah. Soalnya ramai yang telah tertipu dengan skim-skim dalam internet ni… Dan satu lagi, pesaing-pesiang juga ingin menonggak dalam air yang keruh. Sebab mereka juga mempunyai strategy yang tersendiri terhadap pesaing mereka.

Sepatutnya MIRSB tidak boleh begitu. Setiap produk yang MIRSB jual mesti ada qualification bagi sipembeli. Ini tidak. Aku tengok makcik, pakcik yang tak tahu apa-apa tentang ICT pun rebut peluang ni. Sebab tu jadi haru biru. Bukan itu saje… budak-budak yang entah apa back ground diaorang pun hentam juga. Eeii.. gila laa.. Bukan sikit-sikit punye modal tu..

Banyak criteria yang perlu ada dalam diri seseorang untuk menjalankan perniagaan di Internet. Kriteria yang paling penting adalah sikap suka membaca. Sikap ingin tahu dan mencari informasi-informasi baru. Ini adalah perniagaan yang sama sekali berbeza dengan perniagaan conventional.

Perniagaan yang di tawarkan oleh MIRSB adalah untuk mereka yang serius dalam perniagaan internet. Bukan untuk cuba-cuba. Atau sembarangan.

Jika kita rasa nak cuba-cuba. Saya nasihatkan jangan ceburi bidang perniagaan ini. Kerana anda pasti akan kecewa. Percayalah!

Nak senang bukan senang! Ini satu prinsip hidup yang mesti dipegang erat-erat. Apa pun janji manis yang ditaburkan kepada kita, jika prinsip ini kita pegang, Insya’Allah kita tidak akan tertipu dengan apapun janji manis manusia.

Masalah orang Melayu adalah cepat terpengaruh. Mereka sangat mudah untuk dipengaruhi. Mereka tidak tahu kemampuan mereka. Mereka fikir mereka boleh buat apa sahaja. Mereka fikir mereka ada duit, mereka boleh buat. Tetapi sebenarnya mereka silap. Satu kesilapan yang besar. Tunggu saje sebab dan akibatnya.

saya approve semua komen yang berkaitan agar lebih adil…agen mirsb pun leh nyatakan hujah mereka…

pandangan saya tetap sama..tetapi nak tau apa pandangan agen mirsb sekalian…

Berani untuk nyatakan pendapat anda…

[...] ada dah agen mirsb dah komen tentang post saya… Pandangan saya terhadap MIRSB -Monsun,Callcenter,Payment Gateway,Bossmailer : Shamsuriyadi.com saya qoute skit apa komen dia…. [...]

Saya nak kuiri satu je.. MIRSB dapat lesen Bank Negara tak untuk buat payment gateway? Bank mana yang menjadi penyokong?

ke kutip duit orang baru,buat?

tak perlu bercerita la tentang mirrosoft sebab mereka “tahu apa yang mereka lakukan” dan apa yang mereka buat adalah betul iaitu develop sistem OS tu…

sebelum diorang wat windows,diorang dah pun develop sistem lain sebab tu orang percaya kat diorang…

Saya pun belajar la bro…

masalahnya adakah MIRSB ada kepakaran untuk develop tu semua? Ke just guna beli script USD47 & tak sampai USD100 untuk develop payment gateway?

Malaysia kini ada lebih kurang 5 atau 6 payment gateway..mereka dapat support daripada semua bank yang ada kat malaysia..

dan mereka dapat kebenaran daripada Bank Negara… NetBuilder adalah antara developer yang buat..dia caj pun rm99 sebulan…

terlalu banyak benda yang boleh orang pertikai tentang MIRSB tu..mereka patut “clearkan” semua isu yang terlibat.. bukan just nak duit orang je..

kalo setakat nak manipulate iklan…mereka memang akan bermain dengan api…

wang yang halal boleh jadi benda haram..

kita sebagai umat islam nak cari duit yang halal untuk bagi kat anak dan isteri makan..

Mirsb perlu clearkan segala isu ni sebelum ada kes yang lebih teruk berlaku..

Saya just quiri apa yang saya rasa tak betul…bukan hentam sembarangan..

Untuk bantu orang bukan senang…. Lebih-lebih lagi untuk bantu bangsa Melayu yang satu ni….

Banyak perkara yang perlu dilakukan dan diteliti untuk bantu orang Melayu kita. Orang Melayu tidak akan percaya jika yang empunya perniagaan pakai kereta yang tak grand….Lain la kalau pakai kereta macam BMW ke…Fairlady ke… Baru orang Melayu kita percaya. Terbelalak biji mata. Cakap lah macam mana ikhlas sekalipun kita nak membantu mereka… Pasti mereka tidak akan percaya. Orang Melyu terlalu skeptical. Sebab tu diaorang lambat untuk maju. Mereka takut mencuba. Mereka takut kepada risiko. Sebab mereka tidak tahu atau tidak mahu menghitung risiko. Mereka tidak suka tengok orang lain berjaya. Mereka tidak mahu kerja susah. Mereka inginkan semuanya dihamparkan didepan mata. Aku orang Melayu…Aku tahula… Kita orang Melayu subsidi. Kalau orang bangsa lain cakap macam ini dengan aku, memang aku marah! Tapi itulah kenyataannya, yang menyebabkan orang Melayu kita dibelenggu.

Kamu kata: “Saya nak kuiri satu je.. MIRSB dapat lesen Bank Negara tak untuk buat payment gateway? Bank mana yang menjadi penyokong?”

Saya kata: Apa yang diberitahu oleh mereka, semua borang permohonan Landlord Monsun akan dihantar kepada Bank Negara dan juga MCMC untuk mendapat kelulusan terlebih dahulu sebelum mereka boleh membenarkan setiap Landlord menggunakan Paymeny Gateway yang dikendalikan oleh Mobile88.

Kamu kata: “masalahnya adakah MIRSB ada kepakaran untuk develop tu semua? Ke just guna beli script USD47 & tak sampai USD100 untuk develop payment gateway?”

Saya kata: Bro… Kalau setakat nak buat business internet di Malaysia, tak payahlah sampai nak develop paymeny gateway sendiri. Guna pakai saja Big Company yang telah mempunyai payment gateway. Contoh seperti apa yang MIRSB buat, mereka menggunakan paymeny gateway Mobile88. Itu lebih menjimatkan kos. Kalau betullah MIRSB develop paymeny gateway dia sendiri…jangan nak katakan harga system RM50,000.00…….., RM500,000.00 pun belum tentu lagi boleh dijual. Tak boleh nak commercial kan. Be realistic…

MIRSB juga boleh menggunakan payment gateway NetBuilder jika MIRSB mahu. Tapi mereka pilih Mobile88, terpulanglah pada mereka. Mereka punya business, biarlah mereka sendiri yang buat keputusan keatas business mereka. Kita bukan ada share pun dalam business diaorang yangmana kita nak tentukan samada dia kena develop ke atau tidak payment gateway tu…ataupun dia mesti pilih company payment gateway yang mana satu. Itu tak penting…

Seperti yang saya telah katakan. Kita lihat system dia…macam mana system dia bekerja. Itu yang paling penting. Buat apa kita nak korek sampai dalam-dalam. Kalau betul la MIRSB buat tak betul…dah lama dah dia kena band! Apa tidaknya, satu Malaysia dah tahu muka Puan Nora tu… Bukan main-main Bro. Kalau nak main-main…orang tak masuk dalam TV, atau keluar surat khabar, untuk cerita satu Malaysia. Apa?! Ingat Malaysia ni negara cowboy ke? Pakai hentam aje masuk TV dan surat khabar?! Perbincanggan ni pun di pantau oleh mata-mata kerajaan dibawah Kemeneterian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Ingat main-main ke Bro…

Sudah la… Kalau kita tak berkenan dengan satu-satu company pun, jangan la terlalu ekstrem…. Banyak lagi perniagaan dalam internet ni yang tak betulnya.. Kalau betul kita ingin memerangi perniagaan atau skim di internet yang menipu orang ramai, banyak Bro…Banyak…. Kamu cari la… Itu lebih berfaedah. Saya jamin, jika kamu jual ebook yang bertajuk “Senarai terkini perniagaan-perniagaan Internet yang menipu dan bagaimana untuk mengelak diri dari ditipu”, saya pasti kamu akan berjaya menjadi jutawaan internet.

Ada dalam forum yang mengatakan saya nak jual system Monsun ni pada diaorang. Terus terang saya katakan disini. Saya tak berminat untuk menjual produk MIRSB pada sesiapa pun. Biarlah orang lain yang jual. Saya hanya nak membantu sahaja peniaga-peniaga internet ataupun konvensional (Small and Medium Entrepreneurs) untuk memasarkan produk mereka diseluruh dunia, agar semua bangsa Melayu kita dapat menikmati kekayaan dibumi sendiri yang telah lama dipelopori oleh bangsa asing. Itu lebih penting.

Selama ini SMI di Malaysia menghadapi masalah untuk memasarkan produk mereka diseluruh dunia. Mereka tiada modal untuk melakukan pemasaran tersebut.

Mereka mempunyai product yang bagus dan packaging yang menarik dan professional. Tetapi sayang, hanya di Malaysia sahaja. Mereka tidak dapat menembusi pasaran dunia. Itu yang lebih penting untuk kita bantu.

Bagi org yang ada duit banyak…mereka dpt membuat duit lagi banyak…dan banyak…

guna payment gateway Mobile88 rupanya… fakta baru yang saya tau.. Thanks..

Setahu saya mobile88 tak caj sehingga RM5000 untuk payment gateway dia..

kenapa nak tukar nama jadi payment gateway 2020? Cakap la Mobile88 punye gateway..

Kalo nak develop sendiri jenuh ia memang susah..

ia didominasi oleh usahawan cina..

Salam,

Maaf Sham dan kawan2 yg lain. Tumpang sekaki. Saya berterima kasih dan bersetuju dgn kenyataan Sham dan maklumat yg diberikan. Penulisan dan maklumat Sham ini sepatutnya disebarkan lebih meluas supaya dapat membendung dan menyekat penyertaan orang2 Melayu seperti saya yg hampir2 percaya.

Terima kasih sekali lagi kerana memberitahu.

Saya mempunyai cadangan utk Sham, apa kata Sham buka bisnes yg lebih kurang macam dan mengikut landasan yg betul. Saya percaya, orang akan lebih percaya dan mengikut Sham, memandangkan Sham lebih otai.,

Hanya cadangan saja.

TQ

aku dah usha site tu.

honestly. site tu takde kualiti. aku tak nampak sekor pun advertise kat situ..

site kosong. takde orang datang kot. promosi zero.

ler..bayar mahal-mahal. takkan promosi pun malas??

aku rasa, benda nih berjaya untuk offline je. Online? Lingkup. Ni sistem cari orang je bagi aku..

aku sokong titan…
ni program mahu DUIT ORANG…dapat madu sepah dibuang!

hmmm nasib la ada org yg bijak menganalisa produk,kalau xmakin ramaila oorg melayu kita kena tipu dek org melayu jgjk,pun terperasan kat paper,jual tnh kat cyber,mcm org bodoh jer,tah pe2 biz dia org ni.huuu.hu

indah khabar dari rupa..penipu..hisap darah punya program..semuanya mahal2 belaka….ingin cpt kaya buatla suatu benda yang diredhai serta beri manfaat untuk semua org..melayu tipu melayu…biz masa kini konon..

apa jua fakta yang benar, jangan selindung-selindung..cerita je, lebih2 yang libatkan duit yang berpuluh ribu…kita nak tolong orang melayu kan..jadi, bantu mereka supaya duit berpuluh ribu yang dikeluarkan benar-benar berikan mereka hasil…jangan pula nak cekau duit orang-orang kita sahaja..

just my2cent

Last week aku nyaris2 nk pergi dgr preview percumanya kat Ipoh. Dah register by phone coz nak tahu lebih lanjut. Petang sebelum aku pergi, aku layarilah web monsun tu….so apa yang aku terdetik di hati…samalah macam ko kata Titan.

Benda ni aku nampak berjaya dipengaruhi by offline promosi, not online promosi. Kerana banyak diluar sana bangsa kita yang ingin berjaya dan ke depan sekarang tetapi masih belum memahami sepenuhnya apa itu sistem online.

Menyampaikan cerita dengan ayat2 indah mampu membuatkn org terkasima dengan apa yang diceritakan tambahan lagi si pendengar itu sedang ghairah utk menceburi bidang perniagaan berasaskan internet.

Banyak perniagaan sekarang yang memanipulasikan sistem. Maksud aku menjual sistem. So pilihan ditangan kita. Pilihlah mana2 sistem yang kita rasakan telus dan tidak membebankan diri kita.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd kekawan.
maaflah jika Comments saya nie menyakitkan hati kekawan.
Untuk maklumat kekawan semua,MONSUN-Biz akan dilancarkan pada 14 April 2008.
Konsep yang dibawa sama ngan LELONG.com dan EBAY,iaitu tempat dagangan barangan dgn lebih tepat lagi tempat manjual dan membeli barang.
Untuk menjadi salah satu landload dalam website nie,kekawan haruslah mendaftar dulu,hanya dgn RM 50/sebulan kekawan dapat membeli dan menjual barangan kekawan.
Di MONSUN disediakan kemudahan seperti pembayaran melalui Maybank2u online,
diMONSUN jugak kekawan dapat mengedit 10 keping gambar dalam satu masa.
Saya percaya kekawan semua otai-otai internet,pasti kekawan tahu LELONG.com dan EBAY kan?

SALAM SAUDARA SHAM,
SAYA JAHIL DALAM IT TETAPI BERDASARKAN IKLAN YANG DIPAPARKAN DALAM SURAT KHABAR TEMPATAN, RAMAI TERUJA UNTUK MELABUR DALAM PERNIAGAAN IT.
SAYA HANYA TAHU HAL HAL KEWANGAN SAHAJA TETAPI JIKA ADA YANG BERHUTANG KERANA INGIN BUAT BISNESS NI, BAIK TAK PAYAH LA SEBAB CAGARANNYA MESTILAH SSUATU YANG BERHARGA SPT TANAH,RUMAH ATAU KERETA..SILAP SILAP BINI TERGADAI..HAHAHAHAHHAHAHAHA..WASALAM

Confirm ajar orang untuk SPAMMING. Mentang mentang law kat Malaysia “belum” strict pasal spamming ni, ada orang ambik kesempatan . Google ” net etiquette ” kat internet dan blajar adab sopan di internet.

Dia akan jadi macam OK selagi tak email kepada Bos syarikat besar atau menteri. One report of spamming they will be out of business. Mark my word, mark my date.

1 APRIL 2008 – But this is NOT april fool .

Wanna piece of me?
Azra Shamsuddin
Visit http://www.silapbesar.com

u-monsun. ebay? lelong? ehm..mungkin. tapi kita join ebay dengan lelong percuma je. nak join monsun ni bukan kene bayar kan?

ok.kita tengok dalam 1-2 bulan. jalan atau tak. Aku nak tengok berapa kerat yang advertise dekat site monsun tu..

jual je duit beli mercedes tu. Upah designer wat site lebih kurang cam lelong. lagi afdal. orang pun tak rasa cuak dan menyampah.

at least, tunjuk la sket yang korang tu kaya. Ni site macam ni. Jangan la tunjuk sangat yang korang kedekut nk kuar modal. Company leh advertise mahal2 kat paper. Wat site berapala sangat..

edit 10 gambar dalam 1 masa je? ler..flickr leh edit lebih dr 10 gambar dalam 1 masa je tau..lum campur friendster dan lelain..

Yes! Aku pun setuju dengan apa yang titan cakapkan tu…

lelong ambik 6 tahun utk org kenal…servis free.. ni tak dan pape dah caj org…

takut nanti orang takut wat biz internet sebab kos mahal sedangkan kos sebenar murah je..

even saya start dulu dengan bermodalkan RM60 je…tak perlu beribu rubu untuk wat ebiz

rasanya orang tak paham bagaimana ebiz berjalan..kenapa la diorang sanggup invest berpuluh ribu..kalo dia invest untuk diri lagi bagus..

p seminar,p kelas wat laman web & etc

lagi bagus daripada bagi duit rm50k kat entah sesape semata mata nak wat ebiz..

Ape pun yang anda katakan itu ada benarnya. Untuk menyediakan satu Website Internet business memang tak semahal itu….

Disini saya boleh anggarkan lebih kurang RM1000.00 untuk setup satu Website Internet business yang basic sahaja.

Siap dengan Domain name (Yearly), webhosting server (Yearly), Sales Letter Website (one time purchase), Payment gateway not including shopping chart (Setup Fee and percentage each sales) dan juga marketing tools seperti Autoresponder (Monthly).

Tapi masalahnya, bagi orang yang tidak tahu mengenai Internet business ni, mereka mempunyai masalah dalam menyediakan itu semua…. Mereka malas nak fikirkan semua benda-benda tu. Apa yang dia orang nak fikirkan adalah; Business Plan, marketing Development strategy, Finance forecast, Stock, Customer relationship dan sebagainya. Itu belum lagi partnership business atau business yang orang lain funding.. Lagi pening kepala. Diaorang kena pastikan setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun diaorang boleh meet target untuk present depan bord. Mana ada orang businessman yang kat luar tu yang ada masa nak blogging gila-gila macam kita ni? Bagi kita yang memang dalam bidang ni, kita faham la. Tapi bagi mereka tidak. Kebanyakan businessman diluar sana, pendidikan pelbagai-bagai… Umur juga pelbagai-bagai..

Kita tak boleh sama diaorang dengan kita. Kita mesti ada satu kajian dan analisa; berapa peratuskah perniagaan didalam Malaysia ni yang mempunyai Website yang boleh menjalankan perniagaan terutamanya orang Melayu? Mari kita masuk kampung-kampung yang ada perusahaan anyaman rotan, tikar mengkuang, menjual kerepek-kerepek, membuat dodol dan sebagainya.. Mereka tidak mempunyai kaedah pemasaran yang kuat dan berkesan. Mereka terpaksa menggunakan orang tengah untuk menjual produk-produk mereka dan memasarkannya. Hasil yang diaorang dapat tak setimpal. Ini yang kita mesti bantu!

Jika ada satu orang boleh sediakan satu total solution untuk Internet business…Why not, they invest for that? Dia cuma tahu sediakan barang dan penghantaran sahaja untuk dihantar kepada pelanggan yang telah memesan. Manakala conventional marketing pun dia orang kena buat jugak.

Kita tak boleh katakan pada orang luar sana, yang “saya cuma invest RM60 sahaja untuk setup Internet business.”

Memang boleh, dengan modal sebanyak RM60 sahaja kita boleh setup internet business. Tapi jangan tipu dengan saya la… Kaedah yang kita gunakan adalah terlalu teknikal yang kebanyakan orang susah nak faham dan nak implement. Kita bukan nak tunjuk kita pandai pada orang lain dalam Internet business, kita nak orang senang guna dan implement untuk menjalankan perniagaan Internet business.

Diaorang mana tahu Search Engine Optimizer, Autoresponder, Pay Per Click, Cost Per Click, Google Adsense dan sebagainya… Kita sebagai orang yang tahulah mesti bantu diaorang yang tak tahu untuk pasarkan produk mereka di Internet. Itu tujuannya Monsun ini wujud.

Bagi saya, tak perlu ramai-ramai yang joint Monsun ni… Cukuplah apa yang ada sekarang ni. Yang penting sekarang, kita nak tengok macam mana Monsun boleh bawa produk perniagaan SME dari Malaysia untuk menembusi pasaran luar negara melalui Internet.

Saya dapat tahu MIRSB tidak akan mengambil orang lagi untuk program Monsun buat masa ini. Cukup hanya 300 peserta program sahaja. Kerana mereka hendak menumpukan perhatian kepada 300 orang ini untuk mencapai kejayaan pada tahun 2008. Jika 300 orang ini telah berjaya dalam tahun ini, mungkin MIRSB akan buka peluang kepada yang lain pada tahun berikutnya. Ini apa yang saya dengar dari mulut Dato’ Dr. Zubir sendiri.

Jangan katakan RM60 boleh setup internet business. Saya juga boleh beritahu kepada anda semua bagaimana anda boleh buat internet business dengan tanpa sebarang modal. FREE of CHARGE! Bro…

Saya berikan anda FREE satu ebook yang anda boleh jual semula. Bukan itu sahaja, saya berikan anda copyright untuk anda edit semula segala dalam kandungan ebook tersebut. Re-Brand semula ebook tersebut. Dan letakkan nama anda sebagai penulis dalam ebook tersebut. Lepas itu anda jual semula. Saya akan berikan anda tajuk yang pasti terjual yang orang gila-gila cari dalam internet sekarang dan ketika ini. Di Goolge? di Yahoo? di MSN? di AOL? dimana lagi…?

Tak perlu webhosting, tak perlu domain name dan payment gateway. Macam mana? Boleh?

Setuju dengan Poning.

Kita orang Melayu kalau nak maju, kenalah sokong Melayu dan bantu Melayu. Toksah kiralah orang Melayu tu menipu ke, menindas ke yg penting dia bangsa kita juga, saudara seagama kita juga. Kalau pun orang2 di MIRSB terutama puan Nora dan anak-anak buahnya dah rancangkan pelan yg bagus utk jana pendapatan dari pembayaran ribu-riban, apa salahnya? Bukankah diorang tu Melayu juga?

Yg kaya sapa? bangsa kita jugak kan? Saya sependapat dengan sedara Poning yg menulis, maksud tersirat dlm tulisannya adalah, kita seharusnya menyokong 100% perniagaan orang Melayu tak kiralah apa yg diperniagakan dan apa cara sekalipun. Kenapa mesti nak irirhati, dengki, bongkak, sombong dgn bangsa sendiri?

Korang tak bangga ke bila tengok Pn Nora dan anak-anak buahnya hidup mewah hasil dari perniagaan dia di MIRSB? pakai BMW, Mercedes, lepas ni saudara Poning pun akan ikut jejak Nora juga. Kita seharusnya berbangga kerana ada orang Melayu yg hidup mewah kaya raya. Tak usahlah kita pedulikkan diorang ni menipu ke, manipulasi ke, putar alam ke yg penting dia bangsa kita.

Bangsa Cina dia tolong dan sokong bangsa sendiri tanpa ambik kira apa jenis perniagaan dan aktiviti yg dilakukan. Kita wajib mengikut jejak seperti diorang tu. Kalau kita selalu dok ungkit bab etika, bab jujur, bab ikhlas aku percaya sampai bila pun kita takkan maju punya. Zaman sekarang kalau nak maju dlm perniagaan, mesti ikut semua cara Cina, belajar dari diorang baru boleh maju, Melayu boleh naik. Jangan asyik nak komplen jer kata itu salahlah, ini salahlah.

Syabas kepada saudara Poning. Pertahankanlah perniagaan orang Melayu kita. Jangan diikut jer rentak diorang2 kat sini yg asyik kata MIRSB ni menipu, tak profesional, ambik duit orang, kaya dgn yuran ribu-riban. Kalaupun kitorang menipu, manipulasi dan main kotor, kita jugak yg kaya-orang Melayu, saudara seagama korang jugakkan. Koran gtak bangga ke?

Monsun tu i tengok iklan je i dah agak dah! dia datang macam ribut monsoon, sapu duit orang yang blur ebisnes, then blah, tengok gaya taukenya pun dah kenal dah……kereta mewah, (show off dalam utusan lagi….tudung jarang…….pendekan ceghite takleh cayala deme ni…..

boleh boleh itulah yang ramai orang cari dengan cara tanpa menggunakan modal yang banyak… guna cyber cafe aje untuk buat promosi…

Cyber Cafe bukan untuk buat promosi. Tapi Cyber Cafe untuk kau duduk gunakan komputer aje….. Buat promosi dalam internet cara lain, bukan guna cyber cafe bro….

Kontol sokong orang menipu? Mazhab mana pulak ni…kita orang islam dilarang sama sekali menipu..

Saya dah nyatakan awal awal..kalo tak menipu,meniaga dengan jujur saya sokong 100% tanpa ragu ragu..

Sokong orang melayu menipu orang? Sorry…Tak nak bersubahat la bro..Tak nak menjawab kat akhirat nanti..

Kaya diatas kesusahan dan menindas orang lain?(Bukan MIRSB ye)..itu kejam namanya..Doa orang teraniaya sangat makbul…

Dalam islam, Nabi meminta kita berniaga dengan jujur,tidak zalimi orang & etc..kejayaan yang dicapai dari hasil yang tidak baik tak kemana jugak.. :)

Saya percaya jika meniaga mestilah jujur,ikut etika,tidak menzalimi orang dan iklas. Bukan sebab duit semata mata. Hasil yang baik akan menhasilkan sesuatu yang baik juga.

Bab sokong perniagaan orang melayu saya sokong…tapi kalo sokong menipu tak la..even kalo ada kedai melayu atau cina saya prefer kedai melayu walaupun mahal skit.

Apa yang bagus tentang kaedah perniagaan orang cina,kita boleh ambil contohi..yang tak elok jangan la nak ikut juga..Takkan cina masuk lubang biawak, kita pun nak masuk jugak..

kita berkongsi pendapat…ada pro & cons dia.. :)

tapi jangan sampai maki maki dah la..

Okay Bro…Aku sokong kau…. Memang menipu dan janji kosong pada pelanggan adalah perniagaan yang tidak beretika.

Tak kira apa bangsa pun. Kalau menipu, kita harus tentang habis-habisan.

Kalau orang Melayu berniaga pun aku belum tentu sokong lagi.. Tapi kalau orang Islam, tidak kira bangsa…aku sokong diaorang sampai mat!. Sebab dalam Islam, semua bangsa tidak kira Melayu ke, Cina ke, India ke, Orang Putih ke..asal dia agama Islam, mereka adalah saudara kita. Dalam kubur pun Malaikat Mungkar dan Nangkir tidak soal bangsa. Tapi dia soal siapa saudara-saudara kita? Kalau kau jawap “Saudara aku adalah orang bangsa Melayu…” Kau dah tentu kena balun! Tapi kalau kau jawap, saudara aku adalah orang Islam, maka kau selamat.

Okay Bro…

Menariknya, Allah jadikan manusia berbangsa-bangsa adalah untuk kita berkenalan diantara satu dengan yang lain. Itu sahaja! Bukan kita nak bermatian-matian untuk bangsa. Kalau kita fikir tentang bangsa sahaja, kita sebenarnya berfikiran sempit. Tidak global. Tetapi jika kita menitik beratkan tentang agama apa yang bangsa tersebut anuti, itu lebih global. Perniagaan juga semakin berkembang tanpa sekatan dan sempadan.

Apa pun yang kita buat atau kita bicarakan, Al-Quran dan Hadith ada rujukkan kita yang muktamat. Baru kita akan berjaya didunia dan di akhirat.

Setuju dengan Poning… Jangan belakangkan agama dalam apa sahaja bidang yang kita buat…

Carilah redha allah..

Oh, Ya.. Sebelum aku keluar dari Blog ini, ada satu perkara lagi yang aku nak minta tolong dari kau orang semua yang keluar dan masuk dalam blog ini. Terutama sekali kepada moderator blog ini.

Tolong jangan buruk-burukkan produk-produk orang lain, jika anda tidak tahu apa-apa pun tentang product tersebut. Jika kita berbuat begitu, itu bermakna kita adalah seorang yang zalim.

Kalau kita tak tahu….Kita bertanya pada orang yang betul. Bukan dari orang tepi jalan yang juga tengok-tengok dari luar… “Letakkan sesuatu pada haknya.”

Setelah aku semak-semak dan selak sana dan selak sini…Aku lihat, ramai dari kalangan kau orang yang ada Internet Business. Samada kecil ataupun besar…

Bro…Internet Business dengan conventional business ada juga persamaan nya. Customer relationship sangat penting. Kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu “to fulfill customer satisfaction and to act as professional as we can.”

Aku tengok bahasa-bahasa ahli Netpreuner dan Interpreuner kita ni kurang cantik laa…. Siapa tahu…ada pelanggan-pelanggan anda yang setia dengan produk anda selama ini, terbaca dan mereka dapati anda tidak seperti yang mereka sangkakan? Itu boleh tahan lagi… Apakata, jika ramai potential customer anda pula yang terbaca…? Bukankah kita sendiri yang rugi. Ini akan menjadi buah mulut seluruh dunia Internet Bro…

Blog ini telah aku tunjukkan pada rakan-rakan yang lain. Ramai yang tersenyum dan geleng-gelengkan kepala. Itu menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada perbincangan dalam blog ini.. Bukan masalah orang lain yang mereka nampak, tapi mereka lebih nampak masalah diri kita sendiri.

Oleh kerana kita ni sesama agama dan bangsa. Aku nak nasihatkan kat kau orang semua…Kalau nak berniaga dalam Internet, jaga setiap ayat yang hendak kau tulis dan publish kan tu.. Itu paaaaaaling…. penting.. Sebab ramai dari kau orang yang berniaga hanya dengan menggunakan blog.. Blog community ni dah menjadi tajuk utama dalam negara kita. Dan Blog paling banyak dicipta diseluruh dunia adalah datang dari negara Malaysia. Tak salah aku lebih kurang 500,000 blog hanya dari Malaysia sahaja dan yang tertinggi didunia berbanding Blog dari negara eropah.

So…jaga-jaga. Jangan gunakan medan ini untuk memburuk-burukkan orang lain. Lebih-lebih lagi menfitnah orang. Berdosa bro… Itu satu hal. Kalau kena sue kat mahkamah? Satu hal lagi. Pendapatan tak seberapa dalam internet ni, tapi bila kena sue, sampai juta-juta.!

Lagi baik kita gunakan setiap medan blog itu untuk kita saling bantu membantu. Memberi komen yang membina. Jika kita lihat ada sesuatu yang tidak kena, kita beritahu apa yang sepatutnya mereka perlu buat. Jangan tahu komen sahaja, tanpa memberikan cadangan dan pendapat bagaimana untuk mengatasi dan memperbaikinya. Itu komen yang tidak bertanggungjawap namanya.

Kalau nak berniaga, buat cara nak berniaga. Jaga hati pelanggan anda semua. Jangan pakai ikut rasa hati sahaja..Nanti binasa.

Aku nak quote sikit cakap sorang mamat dalam blog ni “Mark my word, mark my date”. Fuuhhh…power tu. Seram aku dengar…. Aku dengan member-member yang lain dah tengok website dia…Power dan seram juga macam dia cakap tu..

Okay chow.. Thanks to all of you who give us valuable information for us to consider.

Wassalam.

Hentam? Kalo baca betul blog post tu, saya mintak MIRSB perbaiki apa yang orang pertikaikan bukan?

Saya tak kisah MIRSB nak wat apa pun,tetapi semua isu yang timbul seperti support,product knowledge staff diorang & etc, mereka patut perbaiki..

Apa yang saya tulis pun dari segi perspektif seorang yang tau pasal IT. Jadi make it as challenge untuk memperbaiki kelemahan.

Sebabnya mereka ambil duit orang,jangan ambik take for granted apa yang orang kuiri.Itu yang akan membawa masalah.

Jika saya tulis Site monsun,tak menepati keperluan e-commerce? So,apa tindakan MIRSB? Biar je? Perbaiki la..

Saya taknak isu mcm pelaburan internet terjadi kat MIRSB..Ia akan merosakkan market syarikat lain yang menjalankan perniagaan yang sama.

Apa yang orang nilai pada saya? Itu hak mereka.Sebab ada yang melihatnya ia adalah post positif & ada yang melihatnya negatif.

Kesan kepada saya,ia adalah positif kerana ia menwujudkan satu perbincangan & membuatkan orang berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu.

Kepada agen MIRSB,mungkin ia agak panas.Saya pasti ada yang akan mempertahankan perniagaan mereka.Then, saya dapat info lagi.Contohnya payment gateway dari Mobile88 & saya tau mobile88 ada lesen daripada BNM untuk buat payment gateway.jadi settle satu isu.

Cadangan saya kat bro Poning, ambil apa yang orang pertikaikan tu smpaikan kat management MIRSB,biarkan mereka perbaiki kelemahan Biz Model diorang tu.

Mungkin orang lain,tak berani nak nyatakan secara terbuka benda sebegini.Apa yang saya tulis ada betul dan ada yang salah.Itu saya tak nafikan.

Bro Azra co-founder NoGold, saya pun terkejut bila dia masuk komen.Ayat bisa je.. :)

Saya mendapat banyak komen positif daripada email tentang post ni.Hanya agen/mereka yang terlibat terasa pedas…hohohoh

Terpulang kepada anda semua nak jadikanya ia positif atau negatif kerana keputusan ditangan anda.

saya terpanggil untuk menasihati kaum2 melayu sekalian…
macam maner bangsa nak maju…
MIRSB 100% bumiputera dan syarikat yang masih baru dalam ICT..sistem yang dibangunkan mungkin banyak kelemahan…
akan tetapi dari kelemahan itu akan bangkit kekuatan..
Patutlah bangsa melayu tak maju…kaum sendiri baru nak naik dah kutuk macam2..
kalau kita tengok yang yahoo, google, myspace dan lain2 international website tidak akan jadi sekuat sekarang jika mereka tidak selemah dulu…
microsoft dahulu dengan sekarang pun jauh bezanya…
mungkin sistem MONSUN tak sehebat EBAY…tetapi siapa tahu mungkin MONSUN boleh bersaing dengan EBAY pada masa kan datang…
wahai kaum melayu…
open minded la sikit…
sudah termaktub yang sistem ICT dan produk kecantikan dan kesihatan akan menjadi salah satu perniagaan yang popular di abad milenium ini…
kalau kita tengok, tak semua produk kesihatan yang ada di paper dan tv sesuai dengan kita…
begitulah juga sistem ICT…
apa yang saya tahu nak kaya bukan mudah…
MIRSB jual sistem untuk anda bukan suka-suka…anda beli anda perlu buat kerja bukan dah bayar goyang kaki tunggu duit masuk…
sebab itu MIRSB bukan syarikat pelaburan saham..
saya sebagai orang melayu rasa malu dengan sikap segelintir masyarakat melayu yang cepat membuat kesimpulan…
apa yang dah popular dan hebat, itulah yang disanjung..
apa yang baru nak naik dikutuk sampai nak gila…
ubah lah sikap anda jika mahu maju…
saya ingin ubah kata-kata “tak kan melayu hilang di dunia” kepada “jangan melayu ketinggalan dunia”…
apa- apa pun hidup lah Melayu hidup MIRSB..teruskan perjuangan dalan dunia ICT..Moga2 anda mampu bersaing di peringkat global…

oh ya…nak tambah sikit lagi….
irfan khairi tuh takkan jadi jutawan kalau dia tak usaha…
dia nak jadi jutawan bukan setahun dua…
apa yang MIRSB tawarkan pendapatan dalam MONSUN RM1milion bukan dalam tempoh sebulan dua juga..
bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah…
apa yang MIRSB tawarkan bukan untuk tempoh sebulan dua..tapi selama mungkin…jadi saya amat menyokong mereka…
saya amat setuju dengan pendapat poning…
dan sebagai salah seorang pekerja MIRSB dan wakil mereka…saya tahu semua product knowledge mereka…dan saya tahu akan kebenaran dan keberkesanan sistem mereka…
jadi jangan anda memburukkan MIRSB…
mana ada syarikat yang baru terus dah kukuh…

charmedIV, staff MIRSB? ok cun…

Sejak dari awal post agen/staff MIRSB asyik dok cakap pasal tolong perniagaan melayu je…rimas jugak kadang kadang tu.

Ingat MIRSB je ke syarikat Melayu dalam dunia ni ke apa?

Matlamat asal nak korang terangkan pasal semua isu & persoalan tu . Ia seolah olah tergantung lagi.

Kalo ada product knowledge, terangkan la satu per satu biar orang paham..Ni dok asyik cakap memburukkan MIRSB memanjang..sedangkan persoalan yang saya pertikaikan korang tak jawap pun..

Sebarang update tentang produk tu saya boleh update.Saya nak memberi maklumat dan penerangan yang jelas kepada pembaca blog saya ni.

Persoalannya, adakah korang nak bersihkan MIRSB dari isu berkenaan atau biar je…pastu bercakap pasal orang melayu?

Kamon lah… Pro skit..

Kena tegur melenting,cakap tak tolong bisnes orang melayu..kalo orang baca pun naik rimas..

Bisnes bukan sebab bangsa je…

Aduh!!!! sungguh mudah rupanya untuk menjadi kaya yer?

Jangan kayap udah ler….

komen saya edit..(admin)

Balik-balik SPAM. SPAM. SPAM…. Macam hebat sangat…

Aku nak tanya ni. Apa yang kau tahu tentang SPAM ni? Jangan copy and phase dalam wikipedia la… Mari cakap dengan aku, apa yang kau orang faham sangat-sangat dengan SPAM ni. Ada sesiapa disini yang Email administrator dari mana-mana company ke?

Kadang-kadang naik darah juga… Kau orang ni cakap terlalu general…Seolah-olah saje nak provok… Tak tahu apa-apa..tapi berlagak macam tahu. Cuba menonggak diair yang keruh.

Aku nasihatkan moderator blog ini agar mengawal sedikit email-email responder yang masuk. Jangan pakai lepas aje. Baca dulu email diaorang. Kalau okay baru kau lepaskan. ini tidak pakai lepas aje. Senang betul kerja macam tu jadi moderator. Mana moderator kau punya ethique? Jangan sibuk orang lain punya ethique. Kawal ethique kita terlebih dahulu. Sebab tu aku cakap. Jangan cakap ikut sedap. Nanti kena pada diri sendiri. Cakap kuat sangat.

wah..wah. makin panas. oklah. camni..

kita tengok je benda nih dalam tempoh 6 bulan. aku rasa, mesti ada perubahan untuk 300 orang yg try program monsun nih..

kita tengok 300 orang tu berjaya atau tak. dapat 1-5 ribu pun jadilah dalam 6 bulan ni..

lepas tu. kita tengok site monsun tu camana plak. dah berubah ke lum. kalau leh jadi cam ebay dan lelong. oklah. tapi honestly. kalau monsun wat sistem sebijik cam lelong atau ebay, mungkin kita leh fikir pada sudut yg berbeza.

bab2 spamming. No komen.

OK. Pandangan aku. kita tengok monsun ni dalam 6 bulan. Apakah yang akan terjadi. Set hari nih 3 April 2008. Cincai dalam bulan September dengan OKtober 2008. Mustahil kan kalau sorang pun tak leh capai lebih dari 10 ribu dari monsun kan?

So, kita tengok apa akan jadi dengan monsun. adakah akan terus gah di dada-dada akhbar ataupun sebaliknya.

Ps: Pasal site tu je wat aku tak puas hati. Duit banyak. Tapi nak wat lawa sket tak leh..

erk…saya dah cakap saya lepaskan semua respon orang yang komen…

kalo ikutkan,post korang semua tak lepas pun..

Kebebasan bersuara & menyatakan pendapat,saya takkan halang… yang hentam saya pun saya lepas semua…

Sokong Titan, nak tengok performance 300 pioneer Monsun tu.ini la masa untuk mengubah persepsi orang.Bagi saya,dapatkan balik modal 50K lagi bagus la..

Jangan jadi MLM Mobile Income directory dulu dah la…

Niat MIRSB baik, tapi product tak fully siap tapi dah jual…Tu yang silap besar saya rasa.

p/s:kepada yang komen,harap tak gunakan perkataan keji mengeji orang..Saya delete komen yang terlalu ekstrem.Ia tidak sesuai untuk perbincangan kita.

actually sistem ni,bila saya lepas satu…dia akan lepas komen seseorang tu..

komen kali pertama,kena moderate…yang seterusnya ia bebas tak terkawal…

Salam sdra Sham dan semua pembaca……

Saya merasa terpanggil bila melihat komen2 dari semua…. Maaf, saya bukannya pandai sangat ICT nih, dan saya dah pergi ke beberapa kursus/bengkel anjuran MIRSB ni.
Apa yang saya ingin terangkan, terutama pasal website gateway2020 yang hodoh tu…. sebenarnya MIRSB hanya sediakan tapak, dan selepas kita membayar, maka jadi hak milik kita untuk make up web tersebut…nak colour apa, nak tambah apa, semua hak kita dan kita ada no pin dan password utk itu semua. Yang nampak huduh tu cuma tapak jer. Macam tanah kosong nak dijual…. mana ada rumah… org yang belilah akan buat rumah… nak semi-D ke… banglo ke…

Pasal monsun pula, rasanya mungkin lebih kurang sama.. apa yang disediakan hanyalah peluang untuk semua, dan sesiapa yang berminat boleh membeli dan buatlah apa yang patut (dengan seliaan dan bantuan jika perlu) kepada tapak dan website itu.
Tentang harga, mungkin agak mahal… saya tak nafikan, tapi saya berpegang, setiap perniagaan, sama ada dalam internet atau tidak ada harganya tersendiri. Jika kita rasa mahal, beralihlah kepada yang lebih murah dan menyenangkan hati kita.

Untuk melihat contoh yang website salah seorang pembeli gateway2020 melalui MIRSB, anda boleh lihat http://www.pearlsmart2u.com

Ini adalah contoh website yang telah dimake up dan di uruskan oleh pemunya tersebut…..

Saya puji keikhlasan Sham untuk membuka ulasan secara bebas tanpa sekatan, demi untuk kebaikan kita semua. Kita juga tak mahu sesuatu yang merugikan dan menipu kita, cuma kadang2 kita sebagai orang melayu tak lepas dari keinginan untuk kaya dengan cara cepat dan mudah… kalau boleh, ari ini melabur/membuka perniagaan esok dapat untung juta2…. Itu satu sifat yang kadang kala menghalang kita untuk maju…. apatah lagi jika takut berdepan risiko….. cuma sebelum kita ingin menghadapi risiko, perlulah kita menganalisa dan mengkaji sesuatu itu dengan sebenar2nya….. mudah2an kita tak menyesal di kemudian hari…

Harap maaf jika penjelasan saya ini menyinggung perasaan antara kita. Harap Blog ini mampu menjadi panduan untuk kita berjaya….

Sekian….

Thnx sham coz bagitau bnda ni. Nasib baik saya baca emel ni kalau tak, memang saya nak join benda ini..sound is good:) tp bila baca sume comment kat atas nun.. Syukur alhamdulillah selamat xkne tipu dek org melayu kita sendri..

P/S:Pasni saya nk tampal kat surau

A’kum bro, sy nak tanya pendapat ckit. Sy berminat dgn prograam ni, da bank in RM 500.00 deposit. Tp spai skg x de kabau berita!
Tlg sy bg idea2 yng leh brainwash kpala sy.

Wa’alaikummussalam…..

Saya nak tanya. Bila Zack bank in duit RM500.00 tu? Kepada siapa?

ko biar betul zack. selamba je ko transfer duit banyak dalam tu..ko takde sesape yg jadi rujukan ko?

salam semua…

aiseymen..tumpang lalu ye tuan Mod..byk debat ler kat cni..jangan gaduh2 kawan2..kita sama2 wat bisnes..x sume perfect ye..x guna gaduh2..mari sama2 sokong orang2 Melayu nyer biz..kalu bukan kaum sendiri sokong,sape lagi nk sokong kite brader..sume ada kelemahan..tapi Jangan Tikam sama sendiri dh ler..x salah Tuan Mod beri pendapat dia..tapi Tuan Mod juga kena ler berjaga juga ye..jangan ler asyik nk comment kelemahan kaum kita je..Tuan Mod kena juga..kaum kita mudah terasa skit..kena tegur cara baik dan sopan bahasanya..insyaallah..kita leh sama2 perbaiki..tegur jika salah..dan perbaikilah kesalahan..

sy bukanlah power sgt dlm dunia internet nih..tapi sebab ramai org kita dlm bidang nih..sy syok ler jadi nyer..walaupun kebanyakkan product 2 wat duit di internet nih lebih kurang sama je (lain2 pemilik ler) tapi sy mmg selalu teracun utk membeli ebook2 yg ada dlm internet..huhu..tapi baca je ler..maklum ler..awak nih org pertanian..(awak=saya..org perak nye bahasa) mane ler tahu sgt bab2 IT nih..actually nyer,banyak ler sama..ubah2 skit je..tapi sebab memikirkan apa yg sy beli tu ilmu..dan satu lagi sy ikhlas walaupun rasa tertipu ler jugak..tu xde hal ler..janji sy seronok tgk bangsa kita memonopoli biz internet di negara kita..(betulkan kalu sy tersilap..)

apepun..sy berharap bangsa kita akan terus maju..HIDUP MELAYU…!!!!

wassalam..

teringat dalam pepatah cina.kritikan dan kutukan menaikkan ku,pujian melemaskan dan menghancurkan ku.melayu sekali gagal
terus taknak cuba walaupun perkara itu di redhai tuhan.

[...] yang sama terjadi apabila saya menegur produk MIRSB. Ada yang menuduh saya cuba menjatuhkan perniagaan orang Melayu. Adakah orang melayu memang pantang [...]

Aku juga setuju dengan Zam. Kritikan penting untuk kita membaiki diri untuk menjadi yang lebih baik. Tetapi kritikan yang tidak membina semata-mata untuk menjatuhkan orang lain pun ada juga…..

Walau apapun, aku ucapkan terima kasih, kepada moderator blog ini dan juga kepada semua yang memberi komen membina yang membuatkan Monsun sebenarnya semakin popular dan diterima oleh ramai pihak. Ini adalah kerana kami semakin memahami kehendak dan juga kerisauan pelanggan-pelanggan kami. Itu semuanya kami dapat tangani dengan amat berkesan sekali.

Insya’Allah, saya akan umumkan siapakah kumpulan terbaik mendapatkan jualan tertinggi pakej-pakej Monsun sepanjang expo SME yang berlansung di Mid Valley bermula dari 4 hingg 6 April ini. Sama-sama kita tunggukan.

Sekian terima kasih semua.

Salam semua.

Maaf nak tanya sikit.. exspecially buat k/tangan MIRSB, berapa target jualan Lot2 MONSUN yang MIRSB jangka dan bila jualan lot2 MONSUN nak ditutup. Setahu saya dah ada 300 LLM dan setiap LLM mempunyai 20,000 lot. Kalau 300 LLM x 20,000 lot = 6,000,000 lot untuk disewakan. Belum campur Supermarket, Minimarket dal lain2. Bukankah ini akan membuatkan mereka ini bersaing antara satu sama lain dan dalam persaingan ini macam2 blh jadi. Kenapa tak tumpukan saja kepada 300 LLM ini dahulu, kl dah berjaya baru kita buka untuk mereka yang lain. Dalam hal ini saya rasa MIRSB yang untung besar, manakala LLM dan yang lain-lain tu bertungkus lumus la nak cari customer.
Mungkin pihak MIRSB ada strategy sendiri yang dapat bantu mereka…entah le..
Wasalam.

Sdra semua,

Tolong ambil perhatian! Dalam bisnes tidak timbul soalan Melayu atau Cina, India atau Singh, Eropah atau Jepun! dari mana pun ianya datang kita boleh aplikasi jika terbukti baik.

Tetapi sebagai umat Islam khasnya, sla ambil perhatian jangan ikut sistem ekonomi kapitalisme berasa ‘penawaran’ dan ‘permintaan’.

Ingat Majlis Fatwa baru memutuskan skim MLM sebagai HARAM walau ia telah bertapak semenjak puluhan tahun!

Saya telah membuat sedikit penyelidikan dan telah ada ramai senarai mangsa terbukti sistem ini adalah manipulasi!

ingat skim pakman telo kini datang dalam bentuk baru! Kerana pak man seorang melayu akhirnya ramai melayu yang tertindas. Kini datang lagi.

Saya nasihatkan semua yan ingin tahu panjang lebar (jika ada teraniya boleh terus buat laopran). sila rujuk Bank Negara dan Kementerian Hal ehwal Dalam Negeri dan Pengguna! Semua sila tampil lapurkan pada polis jika anda teraniaya.

err, depa ajar macam mana nak spam email je ke? spam blog orang tak ajar ke? ho ho…. anyway! good info bro! thanx!

[...] Terpanggil aku tulis topik ni lepas layan blog Ismail dan syamsuriadi pasal melayu dan biz internet. These icons link to social bookmarking sites where readers can [...]

Salam,

Saje jek nk mencelah, psl bende nih da byk memeningkan kepala org dan dibincangkn dlm blog2. Bg pendapat aku laa, dr segi general idea MIRSB buat MONSUN nih adalah gempak dan bg impact kat Malaysian, especially Malay. Cume explanation and target infos of that business x clear yg mane telah membuatkn ramai org blur and tertanye2.

Aku rase, sume tau ape2 perlaburan pn xkesah laa kat mane pn memerlukan security, clear info, and clear target of that business r benchmark. Jangan terlampau menjanjikan pulangan yg lumayan terhadap investor sebab da terlampau banyak scam skarang nih. Bg org yg terlampau memerlukan duit dan tanpa membuat research dulu tentang sesuatu business adalah sgt bahaya, lg2 melibatkn beribu2 ringgit dan jgn sampai ada yg gadai macam2 (jgn gadai bini and family sudah)…..

Semua sekarang nih mmg nampak berminat nk mempersoalkan MONSUN / MIRSB, tp still x decide ape2 at d end of the discussion.

??????… so, where is mister right person yg mencari investor????
sila tampil and please put clear info dlm website tu…

I think sudah ramai yg beli lot2 tu, especially yg harge Rm 50,000++. mane duit tu, skarang adalah mase yg sesuai nak explain tentang ni, dr org admin sendiri.

What is the limit of lot dlm web tu??????

(byk memberi tanda tanye…. ???)

jawap2….

menipu je dorang ni..

Salam.

Setelah terbaca posting dan comment, saya dapat buat andaian awal bahawa kita patut sediakan satu platform untuk belajar bagaimana untuk berniaga di Internet. Sudah banyak e-book dijual di Internet yang mengajar bagaimana untuk memulakan sebuah perniagaan internet atau e-commerce ini tapi tak ramai yang dapat mengadaptasi kerana tiada bantuan secara terus menerus walaupun kini telah wujud banyak forum yang membincangkan topik e-commerce ini.

Bagi saya, konsep yang diperkenalkan oleh Monsun ini lebih kepada menyediakan tapak untuk ahli berdaftar untuk mendapatkan sebuah laman web bagi memulakan perniagaan disamping memberi promosi kepada laman web atau “tanah” yang telah dibeli.

Tapi, cara yang digunakan tu kurang memuaskan hati banyak pihak sehingga mencetuskan perbalahan. Adalah tidak munasabah mengenakan bayaran yang mahal untuk setup ZenCart atau osCommerce beserta domain dan hosting yang hanya boleh diperolehi dengan nilai kurang RM100 untuk setahun. Mungkin kelebihan yang akan diperoleh oleh ahli ialah promosi untuk menjana trafik ke laman web yang telah dibeli tersebut.

Sekadar coretan..

Ini adalah produk gagal. Oh, tidak. Ini adalah aplikasi web 2.0. Mungkin kita turunkan sedikit kepada 1.5 kepada gagal dalam 3 aspek, perlaksaanaan, pembanguan dan pemasaran.

Pembangunan aplikasi dalam internet dan di dalam dunia nyata jurangnya umpama timur dan barat.

Apa perlu kita bandingkan monsun-biz ini dengan Microsoft dan Windows. Tahukah saudara semua apa itu Microsoft dan Windows. Monsun-biz berada di flatform dan bidang yang berbeza dengan Microsoft. Bacalah buku ekonomi sedikit sebanyak. Jangan hanya tahu baca propaganda syarikat ini saja.

Ok. Mari kita teruskan kenapa produk ini gagal.

Pertama sekali kita lihat aspek pemasaran. Mungkin ramai sini masih belum terdedah kepada “Future of The Information Superhighway”, Web 2.0, Personalization dan sebagainya. Bagi mereka yang aktif di Lembah Silikon mereka akan faham.

Penggunaan nama domain jelas menunjukkan empunya perniagaan kedekut dalam mengeluarkan idea dan wang. Mengapa menggunakan nama domain “monsun-biz”. Ada berjuta-juta perkataan di dunia utk mengambarkan perniagaan seperti ini dan boleh didarabkan berjuta-juta lagi apa bila diangram perkataan tersebut. Penggunaan tanda sempang juga menambah lagi kepada pertikaian ini.

Seterusnya, ini adalah perniagaan internet. Tidak kita faham yg kuasa utama terhebat pemasaran internet adalah SEO. Target kita adalah pengguna internet bukannya orang buta IT. Sekali lagi diingatkan perniagaan internet keperluaan asasnya adalah memahami Hypertext Markup Languange. Ya. Tuan-tuan semula boleh membalas seperti senario di Amerika Syarikat di mana kebanyakkan syarikat ICT mengiklankan produk mereka di TV, Surat Khabar dan Papan Iklan. Tetapi fahamkah kita akan maksud ICT ini sudah arif kah kita tentang ilmu-ilmu dan bidang ICT. Mereka yang mengiklan itu adalah vendor-vendor hardware bukannya software atau aplikasi.

Pemasaran ini juga gagal kerana tidak mengikat produk mereka pada development phase. Ya istilah BETA, GAMMA, ALPHA, RC, dan RTM amat popular. utk topik. “Buzz” adalah penting utk produk seperti ini. Kenapa laman web dibukan sebelum pelancaran. Kenapa tidak ada pemasaran berbentuk blogvertorial mahunpun PR kepada blogging firm yang ada di Malaysia

Sekali lagi produk seperti ini perlukan development phase. 300 perserta pertama adalah sangat penting utk produk seperti ini. Kenapa target 300 yang pertama kepada mereka yang bukan arif. Tidak dinafikan selain mereka ini adalah langkah pemasaran juga.

Pembangunan juga gagal. Kebergantungan kepada amatlah tidak professional. Upahlah professional designer tidak perlu dari lembah silikon di malaysia ni ramai juga yang hebat. Di mana prosese Alpha, Beta, Gamma dan RC produk. Tunjukkan kepada saya.

Akhir sekali adalah perlaksanaan. Di mana laman web incubator/syarikat tunjang projek ini?. Ini adalah penting utk langkah pemasaran dan PR. Perlu ditonjolkan siapa muka-muka dibelakang projek ini. Di mana blog rasmi projek atau twitter sekurang-kurangnya.

Ini bukan untuk menembak bangsa sendiri tetapi perniagaan internet tidak melihat bangsa atau agama tetapi apa yang boleh kita deliver dan mampu mengubah dunia dengan harapan mampu memenangi Webbys Award.

Betulkan perenggan sembilan

Pembangunan juga gagal. Kebergantungan kepada table amatlah tidak professional. Upahlah professional designer tidak perlu dari lembah silikon di malaysia ni ramai juga yang hebat. Di mana prosese Alpha, Beta, Gamma dan RC produk. Tunjukkan kepada saya.

Walaupun Azraai mengunakan bahasa tinggi untuk menjelaskan ‘produk yang gagal’, saya amat setuju dengan poin2 yang diberikan.

Menjual produk yang berkaitan dengan IT/ ICT, tentulah mediumnya juga berkaitan dengan IT/ ICT.

Menjual produk IT/ ICT juga bukan sekadar kuat dari segi pemasaranv di offline. Buktikan kekuatan produk anda sekurang-kurangnya dengan BETA dulu.

Ikhlas, saya ingin mencari info tentang produk ini; namun hampa!!
Tiada blog, tiada website yang lengkap…

Peringatan,
Hindari urusniaga pembayaran yang tiada ciri keselamatan pada laman web tersebut.

Mudah Sahaja (lihat ada tambah huruf ’s’ pada http)
https://www.maybank2u.com.my/
https://www.hsbc.com.my

Bisnes IT/ICT memerlukan ilmu yang mengikuti perkembangan zaman. Bukan ilmu yang statik.

Pada agen, tuan punya bisnes atau sesiapa sahaja yang terlibat dengan syarikat ini, TOLONG jelaskan modus operandi anda secara online supaya kami tidak berada dalam kesamaran dan tidak menimbulkan fitnah atau salah- anggap.
Saya akan menyokong produk ini jika idea yang benar2 ke arah memajukan IT/ICT Malaysia.
Kerjasama anda dihargai.

[...] persoalan demi persoalan yang berkaitan dengan perniagaan tersebut. [...]

[...] aku terpanggil untuk menulis berkenaan isu ini setelah membaca artikel bertajuk pandangan saya terhadap MIRSB oleh saudara Shamsuriyadi, monsun biz adalah scam – jangan tertipu oleh saudara Ismail dan [...]

Aku juga nak tengok sangat, bertapa hebatnya Monsun ni selepas 3 hingga 6 bulan akan datang. Apakah 300 orang Monsuness ini akan berjaya seperti yang diimpikan oleh Dato’ Dr. Zubir?

Aku tengoklah….tak perlu kita tergesa-gesa untuk menyertai program-program seperti ini. Ambil sedikit masa anda untuk anda membuat sedikit kajian mengenainya. Tengok macam mana market trend onilne market di Internet. Apakah ianya benar-benar memberansangkan? jika tidak, buat apa masuk dan gatal-gatal nak buang duit?

Tapi aku tertarik dengan slot Irfan Khairi didalam Radio24 baru-baru ini. Beliau mengatakan bahawa mengikut kajian pakar internet dunia “Akan wujud satu fenomena 5 hingga 6 tahun akan datang, dimana setiap dari satu keluarga akan memiliki sebuah perniagaan milik mereka sendiri dirumah”. Perniagaan yang dimaksudkan disini adalah perniagaan Interent.

AllahU Akhbar ….. adakah saya dan sahabat sy telah menjadi mangsa manusia yang BUSUK HATI, RAKUS, PENTINGKAN DIRI dimana andainya betul… kami doakan mereka MIRSB termasuk dalam golongan org2 yang rugi, jgn harap nak cium bau SYURGA.

assalamualaikum

saya salah seorang yang terlibat dengan perniagaan MIRSB ni secara langsung. even before reading this thread, saya dah rasa MIRSB ni tak telus akan tetapi saya tak kata mereka menipu. because there are too many things can be questioned especially monsun. kenapa RM50 satu lot??? tidak ke dengan mengenakan charge tu lebih separuh sellers akan lari ke eBay, Lelond dsb.
this is even before launching the site. perkara tu mmg saya tak setuju.

Tapi, saya tidak la katakan MIRSB ni menipu, cumanya tidak telus. Banyak details yang boleh dipersoalkan. Mereka memberi peluang kepada peniaga2 internet untuk mencuba nasib untuk membina perniagaan sendiri. l

epas baca thread ni.. saya rasa banyak yang saya pelajari dan banyak yang saya perlu belajar lagi. sekarang ni, saya dalam proses membanugnkan website.com sendiri. domain pun dah beli. since peluang dah ada, might as well go ahead with it. nak buat duit dengan menggunakan program2 yang ditawarkan oleh MIRSB ni boleh. tak mustahil. cumanya, perlukan courage and determination and a lot of modal to start and to maintain the business. kalau seseorang tu bekerja keras, gunakan sebaik2nya program yang disediakan, insyaallah boleh. 6 bulan? mungkin tak cukup. kalau lelong.com.my pun mengambil masa