Panduan Google Adwords
Powered by MaxBlogPress  

BossMailer adalah Malware?

April 1, 2008 · Print This Article

Disebabkan respon terhadap post sebelum ini menyebabkan saya tambah skit. Buat yang tak tahu apa itu malware, ia bermaksud malicious software atau perisian yang boleh merosakkan komputer. Saya search mengunakan firefox tentang keyword “bossmailer”. Dan keputusannya…

bossmailer

Google kelaskan site tu ada malware! Bagi saya ia adalah suatu yang mengejutkan kerana kononnya  mereka “bayar” google untuk benarkan spam.

Ia bukan image editing pape..anda boleh search sendiri la ye..

Bukan nak dengki pape…Apa yang baik saya akan sokong…apa yang tak baik saya takkan sokong..

Tentang email harvesting & mass mailing saya akan bantah sekeras kerasnya sebab ia tidak beretika. Ia melanggar hak privacy orang. Ia terang terangan adalah spam. Tak perlu nak bagi alasan lain dah.

Saya dengki dengan kejayaan orang Melayu?Saya suka kalo orang Melayu berjaya. Pastikan apa yang dibuat tidak melanggar etika perniagaan. Biarlah orang yang menyertainya mendapat kepuasan dan bimbingan yang sewajarnya. Bukan setakat nak ambil duit orang dan biarkan mereka terkapai kapai. Itu yang salah.

Power mana pun marketing jika produk bermasalah atau orang tidak puas hati.Ia pasti ada sesuatu yang tak kena..Jangan pulak jual vakum kat orang asli… Nak jual benda ICT,pastikan ada support team yang akan membantu.

ICT bukanlah ikan celup tepung yang terkenal di Terengganu. ICT adalah Information Communication and Technology.. Bila cakap pasal teknologi pasti akan ada jurang teknologi diantara generasi. Janganlah dijual kepada mereka yang dah tua yang tak reti guna komputer.

Kalo jual jugak,maknanya nak menipu orang tua tu. Tak kesian ke jika ada yang telah mengumpul wang berpuluh tahun disebabkan benda ni.Mereka hilang semua duit. Saya bersimpati dengan mereka yang rasa tertipu tersebut.

Orang takkan pertikaikan jika jual kepada golongan yang betul. Tetapi apabila jual kat orang yang langsung tak pernah pegang komputer seumur hidup. Ia akan pasti menimbul isu.

Adakah blog ini dipantau MOSTI? Lantak la.. Lagi bagus jika mereka ambil tindakan yang sewajarnya tentang perkara ini.

Saya bukannya cuba menegakkan benang yang basah. Apa yang dikatakan adalah betul.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 3 out of 5)
Loading ... Loading ...

Comments

37 Responses to “BossMailer adalah Malware?”

  1. Boleh Ker Www.bossmailer.com Wat Camni? - Page 16 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia on April 1st, 2008 1:18 pm

    [...] BossMailer adalah Malware? : Shamsuriyadi.com itu adalah keputusan carian google dengan mozilla.. __________________ Download Internet Scam Report Di SINI Panduan Adsense Dlm BM |Nak Link Percuma(PR3) |Buat Duit dengan Ebook Teknik Jimat Duit Anda [...]

  2. titan on April 1st, 2008 2:40 pm

    honestly. Aku memang tak suka bossmailer tu. Iklan di hype melampau-lampau.

  3. beduz on April 1st, 2008 3:32 pm

    saya sokong pendapat sham…
    bossmailer ini menipu orang dan yang paling teruk ia adlah malware!
    tetapi sedihnya ada jugak orang yang ingin menegakan benang yang basah yang mengatakan bossmailer tu bukan SPAM!

  4. zulfadzli on April 1st, 2008 7:29 pm

    oo..artikel yang bagus,,sangat berinformasi,thanks kerna kongsikan bersama…

  5. salaam on April 1st, 2008 11:00 pm

    syukur….. alhamdullilah..
    Abg sham penyelamat saya . Saya kena hentam teruk
    dengan mereka yang jual Bossmailer ni. Mereka kata saya
    kolot , ketinggalan zaman. Siap nak bagi loan suruh saya sain…
    Tapi statement abang memang power biar mereka rasa…

  6. waka on April 2nd, 2008 12:23 am

    bossmailer…mcm pernah tgk dalam iklan di akhbar tabloid kut rasenya, kut xsilap la.

  7. Kumon on April 2nd, 2008 7:43 am

    If you SPAMMER….
    Don’t try at Internet…..

  8. Komeng on April 2nd, 2008 4:10 pm

    Haram hukumnya membeli sistem Bossmailer kerana lebih banyak mendatangkan keburukan dlm industri perniagaan di internet secara beretika. Juga haram membeli sistem MIRSB secara paksa (sebagaimana yg didakwa oleh seorang hamba Allah di sini bahawa dia dipaksa sain borang loan utk beli sistem dari sykt MIRSB). Apa jua bentuk perniagaan yg hanya hendak menguntungkan diri sendiri tanpa mengambilkira kebajikan dan kebaikan pengguna, adalah haram. Maka dengan itu, MIRSB hukumnya haram.

  9. abdfatah on April 2nd, 2008 5:18 pm

    hehehe… awas sikit … kat sini dah ada pmerhati… blog anda sedang diawasi… pergh….

    pandai laa nak buat hype nak suruh orang beli… alih2nya tak reti nak guna… awas semuaaa… hahahaa

  10. vilarreal on April 3rd, 2008 10:25 am

    cadangan saya supaya dedahkan perkara ini pada umum ( surat akhbar tv stesen )supaya ramai tak kena tipu lagi . kasian mak cik , ibu tunggal terinanya .

  11. azman on April 3rd, 2008 12:08 pm

    Betu kata-kata Sham tu…
    bukan setakat spam atau merosakan komputer
    malah buat orang menyampah
    dah lah telan duit orang ramai berjuta-juta ringgit
    satu apa pon tak boleh diguna pakai
    konon global. lagi kasi susah ada lah.

  12. Edisi Siasat : Adakah Monsun-biz dan BossMailer itu Scam? -- EarnCent.com on April 9th, 2008 12:14 am

    [...] [...]

  13. komenebook.com on April 9th, 2008 1:29 pm

    salam buat sham dan komentars

    bagi saya, inilah satu isu yang paling menarrik dan penuh konteversi. Tahniah saya ucapkan pada sham (a.k.a admin) kerana anda telah membuka satu medium baru…

    hope, we may feel now, the power of blog. kalo tak percaya, tak kan skrg ni, ada agensi kerajaan yang nak dekati penyelia blog selepas post mortem PRU-12 baru2 ni.

    saya telah berpeluang memberi komen, (komen saya yang ke-7, thanks sham kerana approve komen saya) tentang “pandangan saya terhadap MIRSB”. baca punya baca dari post artikel sampai last komen dari edisi siasat..banyak pros dan cons, dan ada jugak yang kompuis.

    telah saya nyatakan tentang kisah yang berlaku pada kenalan kawang saya. dan saya juga yang membantu beliau untuk mengadu ke pihak yang berwajib. kalo ada yang tak percaya, saya langsung tak ada masalah.

    kalo sesapa yang tak percaya, anda orang terengganu yang rasa nak jumpa saya, no hal. saya boleh tunjukkan bukti laporan yang telah diadukan kepada pihak yang berwajib dan respon yang diterima.

    pada komen saya kali ini, hanya satu nak sebut..saya mengiya2kan kata sham, beserta dengan bukti yang telah ditunjukkannya. sesetengah program antivirus seperti avira membuang something “code baek” yang ada dalam salah satu site keluaran produk “bagus” ni, http://www.ivip.com.my .

    jadi terpulang pada anda para pembaca yang budiman tentang produk keluaran mereka ni, hanya orang yang terkena saja yang tahu macammana, pelanduk tak akan lupakan jerat.

    buat waka, produk ni memang selalu masuk dalam tabloid paper yang glamer kat malaysia ni. dan pernah masuk tv3 jugak.

    saya juga tak takut kalo sapa2 nak hentam blog saya, berkait dengan produk MIRSB ni. berani kerana benar, takut kerana salah.

    10 jari saya merayu especially pada newbie, please don’t try this product. mintak tolong sangat2 cukupla apa yang terjadi pada kenalan rapat saya. niat nak tambahkan income, tp duit tu hangus gitu her time nak raya tahun lepas. mereka memang pandai meyakinkan pelanggan. RM 1000 bagi orang tak ade duit sangat besar nilainya. (kalo orang kaya, saya tak nak kata pe2, 1000 tu macam 1sen je).

    itu saja yang boleh saya bagi komen.

    p/s: Sham, dont fear, it’s nice to be truth..isn’t it? :-)

  14. nordin on April 13th, 2008 1:42 am

    cube baca surah 17 (al-isra) ayat ke 36…bismillah..dan jangan lah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati akan diminta pertangungjawab..alhamdulillah

    sokong sham…

  15. bajet on April 14th, 2008 12:13 am

    Salam,

    Adanya forum macam ni,dapat memberi input kepada sesiapa yang dah join dan belum join program MIRSB( itupun kalau mereka tau nak tgk kat internet,….ntah ntah pc pun x de tak!)

    Sejak hadir ke bengkel Payment Gateway2020 yang amat mengecewakan, ramai peserta,termasuk saya,rasanya dah tawar nak ikut mana-mana program anjuran mereka lagi.

    Minima seorang dah keluar RM5000 untuk membeli sistem ni(Pakel i-gomobile+payment gateway+bossmailer).Jumlah ni kalau bagi kat budak tak lepas SPM pun dah boleh buka car wash,dan dah boleh dapat RM200 ke RM300 sehari,tanpa berebut2 nak buat iklan kat akhbar.

    Kalau nak kawin dah lepas duit hantaran kawin tu,atau kalau tak tau nak buat apa,simpan je dalam bank,sikit2 dapat je keuntungan bulanan,ye tak?

    Atau kalau nak niaga gak,dah boleh bukak 2-3 warung berger.kalau berger tak laku pun dapat makan sendiri!

  16. roshaizul on April 14th, 2008 2:26 pm

    salam semua….

    aku penah gi dia punya preview, tapi masa diorang buat mobile income. ayat diorang memang power. ramai gak yang gi preview ngan aritu terus join. tapi ramai juga skrg ni yang rasa cam tertipu

  17. abdfatah on April 14th, 2008 4:41 pm

    nak cepat punya pasal laa nih. cepat jugak habis duitnya… kuar modal ribu2 alihnya hasil takder…. takper laa jadikannya pengajaran… kalo gitu masanya untuk bertindak dengan lebih tegas lagi… hentikan iklan mereka… dengan segera!

  18. non_alliance on April 14th, 2008 8:42 pm

    korang suma dah silap… try dulu baru make any comments and critics.. for me this is not totally scam, malware or something like that… saya dah join and its really truth… saya x peduli apa orang kata, tipu ke apa ke… yang penting hidup saya dah berubah sekarang, lebih baik berbanding dulu… saya x nak ckap how much income that i gain now but by end of this month, saya nak resign as an engineer in petronas.. coz its much2 better… for the rest, please stop wasting your time here, anda akan terus ketinggalan… sorry 2 say this..

  19. sham on April 15th, 2008 12:02 am

    non-aliance- orang ada basic IT memang takde masalah…tapi yang makcik tua apa cite? Sebagai engineer,mesti dah biasa dengan komputer dan sebagainya…

    Apa yang diorang patut buat ialah lebih selektif..

  20. bajet on April 15th, 2008 1:04 pm

    non_alliance buat program melalui applikasi mana?cuba lebih spesifik….i-gomobile?payment gateway?atau bossmailer?boleh kongsi dengan semua,bagi semua tau.

    Tak kisahlah awak dapat banyak mana pun sebulan,dan nasib awak dah berubah…..itu rezeki masing-masing!

    Takat cakap macam tu,saya pun boleh cakap,dah dapat ribu-ribu,tapi apa program yang u anjurkan,apa benda yang dijual melalui emai(bossmailer) sampai dapat ribu-ribu tu,kalau boleh bai alamat URL sekali,semua nak tgk!

  21. abdfatah on April 15th, 2008 5:08 pm

    basic takder kena belajar laa dulu. sekurang2nya bagi la pelajaran kepada mereka berkenaan asas ict. belajar dulu selok belok perniagaan dan cabaran dunia ict yang sebenar. jangan mengharapkan untuk dapat untung yang segera dengan kemudahan ict yang hendak disediakan.

    kalo buat kelas asas pun orang tak berapa suka sangat untuk elakkan kekeliruan takut terlepas peluang. bayar ratus sekadar nak kejar duit ribu2 …. soalannya di manakah silapnya MIRSB tersebut?

    adakah sesuai untuk semua orang semasa daftar dan bayar?

    daftar dan bayar dan boleh mula segera tanpa asas. kalo tanpa asaspun kena bagi tunjuk ajar step by step. bagi tutorial video ke camner nak mulakan biz…

    bukan biz bossmailer. bukan sms 5 digit.

    dua menda nih ramai dah yang komplen. spam dan merugikan.

    memang laa kena tanya diri sendiri boleh atau tidak. sapo2 pun boleh buat duit kalo derang nak…..

    kalo dengan cara begini punya cerita memang tak kena gaya daaaa….

  22.   Prosopect of Monsun-biz, I’d say its an opportunity — Prospect Blog - Grab every opprtunities on April 18th, 2008 2:48 am

    [...] sila jangan tertipu - Mohdismail.net Pandangan Saya Terhadap MIRSB (Monsun Biz) - SyamSuriyadi.com BossMailer adalah Malware - SyamSuriyadi.com Bossmailer Spam Yang Menggila - NoorizamShah.com Monsun Biz - Apa pendapat anda!? - MEGAT.net [...]

  23. mr.eims on April 18th, 2008 5:01 am

    Not sure about this. tapi bossmailer ada 2 website. 1 yang dicop malware & lagi 1 tak dicop sebagai malware.. tapi pasal spam, betul la kot..heheh.. ;p

  24. MONSUN Biz - Satu Peluang Perniagaan « RaJaTeMeNggOnG on April 18th, 2008 4:19 pm

    [...] sila jangan tertipu - Mohdismail.net Pandangan Saya Terhadap MIRSB (Monsun Biz) - SyamSuriyadi.com BossMailer adalah Malware - SyamSuriyadi.com Bossmailer Spam Yang Menggila - NoorizamShah.com Monsun Biz - Apa pendapat anda!? - MEGAT.net [...]

  25. kooreen79 on April 19th, 2008 10:28 pm

    baik jadikan pengajaran yg buruk jadikan teladan..apa2 pun saya amat menyokong huah2 en.syam ni…rasanya mmg beliau ikhlas dlm memartabatkan dan memperjuangkan hak2 orang melayu dan perniagaan internet. Tiada dengki2.

    Bagi yang celik IT mungkin takde mslh bila dah join menda ni, namun kepada2 pakcik makcik peternak, peladang yg sebut tetikus pun tak brp betul agak menyedihkan bila menyertai program ini. Sejauh mana mereka mampu untuk develope bizz mereka melalui online ni?
    Baik bagi ayam itik makan dari masuk kelas komputer belajar dari A balik. Baik belajar Iqra’ ataupun kelas belajar sembahyang dari baru nak start mengenali apa itu komputer..

    sekian, ikhlas dr saya. Bagi yang dah masuk, dah berjaya tahniah lah, mungkin rezeki anda di situ.

  26. system failure on April 28th, 2008 12:16 am

    hi,

    SAYA merupakan salah seorang pembeli produk diorang…DISEMBER 07 first batch…time tu diorang panggil callcenter…

    Skang ni aku ade callcenter(i-gomobile), payment gateway, & bossmailler….

    So far sy buat i-gomobile…sms ler senang citer…sy ad kat majalah dan alhamdulillah untung walaupun sikit…mungkin sebab tuhan nak bg rezezi kot memandangkan banyak lagi yg rugi dlm batch yg sama….ade dgr2 la…kesian gak..

    TAPI!!!!!!!!!!

    Yang jadikan saya tak puas hati ni…system & apa yg diorg ckap sebelum nih….byk sgt yg bercanggah….nasib baik saya ni celik sikit membaca sistem ni selepas 3-4 bulan dah buat…yg buta plak harap2 lama kelamaan diorang nampak la…

    SOME OF THE THING YG I TAK PUAS HATI….

    Time first2 beli diorg ckap gateway takde charge ape2 kat content provider..just bahagi 2 jer ngan TELCO…yer ler time tu kurang bijak la kan..huhu…TETAPI secara tibe2 tanpa notis ada charge 10% plak….tu baru satu….dua plak…diorg ckap TELCO byr direct kepada content provider(saya) TETAPI secara logik dan research yg saya buat(skit jer) mmg sah gateway amik dulu baru la kepada content provider….terima kasih kepada irwan dahnil dengan penerangan anda dlm website…tanpa anda saya akan agak blur jugak…..tepuk2…huhu

    WHY??!!!!!!!

    Kadang2 saya tak faham kenapa diorang perlu tipu benda yg diorg tak payah nak tipu pon….tak tipu pon saya beli gak….btul tak?

    ADA LAGI MASALAH…..

    Dalam statistik pon masalah jugak….tak tepat dan mengelirukan….bila tanya sorang cakap lain…n sorang tak tau langsung…merepek la diorang ni….kalau ada 1000 orang macam saya nak tanyer kat 3 orang teknikal yg dier ader mesti mampos punyer nak jawab sekor2….yg saya heran tu…bulan 1 dan 2 setengah masih ada lagi statistik dari maxis…tibe2 puff hilang begitu sahaja…mmg akan hilang ker? diorang cakap maxis amik untuk check….tapi kenapa takde notis…kalau ada notis mungkin saya tak tulis kat sini…..bg la notis…please….saya baru belajar…

    LAGI MASALAH STATISTIK…..

    Diorg cakap celcom amik 50%…saya dapat 50%…tapi kat statistik len la plak….tak faham la…PLEASE LIGHTEN ME UP…

    Ada pulak satu time tu server down…..pergh kalau saya advertise kat paper time tu mesti mampos punyer….huhu nasib baik ad kat majalah….

    Yg terharunyer…saya dh bg email address…knapa tak poskan any benda2 baru kepada saya??NOTIS!!!NOTIS!!!NOTIS!!! kalau kene pakai surat lain ler….diorg kan pakar bidang ICT…tapi diorg tak practice benda tu sendiri kat syrkt diorg…pelik…

    APA2 pon silalah bg notis kepada pembeli….please…HELP ME A BIT…..Takkan setiap kali ada problem nak call…penatnye…dah la macam nak tanak jer jawab…dah la problem bukan datang dari saya..kalau ya mmg patutla saya abeskan masa,duit,sakit ati n len2 untuk call….tetapi DARI ANDA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ADA banyak lagi masalah yg saya nak kongsi tapi saya tak tau macam mana nak terangkan…len kali la kot…kepada sesiapa yg celik business sms ni leh tak email pandangan anda kepada saya…..mana tau saya yg salah….at least takde la malu sgt biler time nak hentam diorg nanti…huhuhu

    APA yang saya cuba nyatakan disini ialah agar pihak mirsb memperbaiki apa yg kurang…maaf jika medium yg saya gunakan tidak tepat….IA ADALAH kerana MIRSB sendiri yg memaksa saya secara mentalnya untuk berbuat seperti ini….

    FIKIRLAH macam mana pihak korang(MIRSB) untuk membantu kami yg mempunyai masalah ini….saya dah bagi idea kepada salah seorang daripada agen korang tetapi cam takde benda jadi pon….

    INI BUKAN MASALAH YG DATANG DARI INDIVIDU YG MEMBELI TETAPI SYRKT YG MENJUAL…..kalau datang dari diri sendiri seperti tidak pandai menggunakan sistem atau tak reti bisnes lain la criter..k…saya bukan melenting sebab saya rugi dalam bisnes yg korang bagi tetapi sistem sms korang yg memeningkan kepala saya….bukan salah saya advertise atau apa…SISTEM YG FAILURE….FAIL LA!!!!!!!!!!

    Saya still nak advertise lagi kat majalah lagi tetapi saya tak dapat berbuat demikian kerana statistik yg diberikan tidak tepat dan memeningkan….Modal saya dah kene gam dgn org yg bg modal…(rahsia)…hehe sebab saya tak dapat bg statistik yg tepat kat diorang…saya nak cepat maju tapi korang yg secara halusnya yg membantutkan pergerakan saya….

    UNTUK PENGATAHUAN SEMUA…saya dah pegi ke pejabat MIRSB kat the mall tu…encik yg duduk kat depan skali tu pon tak leh nak jawab soalan saya…muka confident jer awal2…tibe2 tercengang ngan sistem sendiri…pastu tipu saya plak tu…dier cakap nak fowardkan soalan saya kepada en sidek(sebab dier tak dapat nak jawab) dan dier akan call saya lagi dua hari….tapi skang ni dah dekat dua bulan dah….jumpe lagi skali kat luar…buat derk jer ngan saya…

    Saya berharap sangat ada pihak mirsb(yg berkenaan) membaca apa yg saya poskan ini….

    Lagi satu…terdetik kat hati saya kesian kepada orang yg membeli tetapi tidak tahu menggunakannya….ada makcik yg saya jumpe…dah beli…tapi kesian coz tak tau gune dan masih daif dalam sales(monsun)…dier sendiri pon cakap kat saya yg dier tak penah pegang komputer….takde suami coz bercerai…ada anak nak tanggung….brenti keje sebab nak buat monsun…kesian sgt2…

    Saya sekarang tgh buat group….jadi kepada yg dah beli sistem sms ni email saya kalau ada apa2 masalah dan kalau nak lagi senang call jer..email dulu baru saya bg nombor telefon k…setakat nak guna….saya dah fully tahu…..tapi masalah yg seperti kat atas saya sendiri pon tgh cari jawapan…..sedang usaha lagi…nanti dah dapat jawapan saya akan bg tahu…

    Group saya skang ada 3 orang….kawasan KL…saya dah bantu diorang buat benda nih dan saya janji saya boleh bantu korang…takde bayaran…free jer…saya ikhlas nak tolong bangsa saya sendiri…..kalau bukan bangsa saya pon saya tolong….jgn risau…saya tak racist…hehe…

    KEPADA PIHAK MIRSB

    MIRSB please think about others too…please…i beg u…stop the mass selling….please…just for a while look back at those people who need help…stop selling FOR AWHILE and help us in what we do…im the first batch n still im looking answer for too many questions…mostly about the system….

    P/S: Aku nak poskan banyak2 supaya korang jumpe masalah aku nih…lagi satu aku nak tolong diorg yg dah join biz sms…ikhlas n free jer aku nak tolong….hehehe

  27. Jumlah Peratus Telco makan dari Bisnes SMS | Shamsuriyadi.com on April 28th, 2008 2:47 am

    [...] tertarik dari komen dari system failure. Saya rasakan beliau melakukan langkah bijak untuk iklan di majalah dan bukan surat khabar. Ini [...]

  28. zdzu on May 1st, 2008 1:55 am

    hi, saya baru dalam perancangan nak beli sistem i-go mobile MIRSB ni. Tapi bila dah baca komen2 dari blog ni, rasa lemah semangat plak. Tapi jauh dalam hati saya, kalau kita dapat gateway yang betul, kita boleh berjaya dengan sistem ni.

    Ada sape2 tak yang boleh tolong suggest kat saya gateway yang sesuai untuk buat bisnes sms ni? To system failure, please email me coz i need to know in detail about this sistem. Thank you.

    Saya sebenarnya dah mula perasan ada yang tak kena dengan i-go mobile ni bila hot fm yang asal2nya guna sistem ni (33886) tiba-tiba bertukar kepada gateway yang baru (33999).

  29. bajet on May 4th, 2008 11:50 am

    Ramai yang nyatakan x puas hati,kecewa,bengang,marah,geram…pada MIRSB dan sistem yang dijual pada umum…macam tu pun ada yang cadang nak beli lagi ’sistem’ dari MIRSB ni ke….?

  30. eddyshu on May 10th, 2008 6:54 pm

    sekarang dah banyak perniagaan guna IT . semuanya menjanjikan pendapatan jutaan ringgit. menjadi jutawan dalam masa yang singkat. Buat duit hanya duduk dirumah depan pc, duit masuk……..

    Mobil income Printis,….www.seemore.com.my (muka surat 32HM ) …..dan juga http://www.wonderfulquery.com..( muka surat 38 HM )…..yang iklankan dalam Harian Metro 08/05/08 Khamis lalu dan pada hari Jumaat 09/05/08 muka surat 32 HM) NNR (Nilai Niaga Resources) Mobile Income IGOMOBILE http://www.i-gomobile.com…... adalah program yang sama macam bossmailer yang saudara sham terangkan disini.

    So berhati hati lah nak masuk program bentuk IT seperti ini. Tanya kepada yang arif dan faham dalam bidang ICT dulu sebelum menceburinya. apa pendapat anda ?…

  31. Seemore pun adalah Malware! | Shamsuriyadi.com on May 28th, 2008 12:25 pm

    [...] ni saya dedahkan Bosmailer mempunyai malware. Kini Seemore.com.my pulak!. Apa yang diorang buat ni? Saya kadang kadang nak tergelak dengan iklan [...]

  32. tie on May 28th, 2008 10:12 pm

    Saya dan suami baru bercadang untuk mendengar penerangan tentang apa yang dimaksudkan dengan PERNIAGAAN ICT ini. Tapi bila terbaca komen-komen yang diberi jadi takut lak.Bukannya apa nak dapatkan at least 1000 pun susah.Kalau betul jalannya dan menjadi takpelah kalau tidak menyesal gak. Walaupun ada pengetahuan serba sedikit tentang ict , bila dengar macam-macam istilah mulalah pening nak faham . Maklumlah usia bukannya muda lagi. So ada sesiapa nak bagi pandangan.

  33. bajet on May 29th, 2008 9:30 am

    Bagi yang dah terjoin,kalau boleh refund baguslah…dapatkan balik duit anda semua,bagi yang belum join,nasihat saya walaupun anda ada pengetahuan ict serba sedikit(setakat mana..?) janganlan melabur sampai ribu2 macamana yang orang lain dah tekena dek MIRSB ni…

    Internet memang ‘lubuk duit’,tapi perlukan penguasaan ilmu berkaitan yang mencukupi ,serta komitmen yang berterusan,elok anda mulakan dengan program yang hampir2 free seperti Google Adsense daripada melabur ribu2 kononnya untuk merebut peluang serta mengubah nasib….dalami ilmu Internet,terutamanya yang tidak perlu modal besar seperti program pengiklanan tersebut…

    Dalam masa yang sama belajarlah sikit2 istilah internet,terlalu banyak yang harus dipelajari jika ingin menjadi usahawan internet…dan satu lagi,

    Tidak ada istilah ‘jutawan segera’ internet yang akan dihasilkan oleh mana2 program melalui internet…kalau ada pun mungkin program tu tak HALAL mengikut Islam!

    Semuanya perlukan masa dan komitmen anda,bukan labur RM50k kepada satu sykt kononnya sykt ICT Melayu …..kemudian berangan dapat income RM1juta /bulan macamana yang didakwa!

  34. Degilkah? TV3 and Harian Metro BUTA KAYU! « Lemonzzz’s Weblog on May 31st, 2008 10:58 am

    [...] sila jangan tertipu - Mohdismail.net Pandangan Saya Terhadap MIRSB (Monsun Biz) - SyamSuriyadi.com BossMailer adalah Malware - SyamSuriyadi.com Bossmailer Spam Yang Menggila - NoorizamShah.com Monsun Biz - Apa pendapat [...]

  35. Degilkah? TV3 and Harian Metro BUTA KAYU! « My Sensasi Lemonzzz’s Weblog on May 31st, 2008 2:09 pm

    [...] sila jangan tertipu - Mohdismail.net Pandangan Saya Terhadap MIRSB (Monsun Biz) - SyamSuriyadi.com BossMailer adalah Malware - SyamSuriyadi.com Bossmailer Spam Yang Menggila - NoorizamShah.com Monsun Biz - Apa pendapat [...]

  36. rengas on June 2nd, 2008 2:01 pm

    kpd semua tlg bg advices kat aku pasal sistem2 MIRS.aku pikir2 ni

  37. sakura on June 9th, 2008 9:19 pm

    hi….

    system failure,

    saya ada sistem i-gomobile, tapi sampai skrg masih
    x berfungsi, ble tunjuk ajar X?

Got something to say?