Seemore pun adalah Malware!
May 28, 2008 · Print This Article
Sebelum ni saya dedahkan Bosmailer mempunyai malware. Kini Seemore.com.my pulak!. Apa yang diorang buat ni? Saya kadang kadang nak tergelak dengan iklan mereka kat TV3..Seemore…Best…hohohoh
Macam pekerja kilang je,pakai baju kuning ramai ramai..Pastu cakap.. Seemore best… Leh dikatakan mereka tak tau papa yang diorang cakap best tu. Lawak betul.
Kenapa saya katakan Seemore pun ada spyware? Cuba taip di google “Seemore.com.my”. Anda akan mendapati satu ayat amaran dari google.. This site may harm you computer…hohohoh
Apa entah programmmer diorang buat sampai Google anti betul kat diorang tu… Mesti diorang cakap… Ala Google dengki kat MIRSB. Takut nanti lepas ni Google tak leh cari makan.. hohohoho.. Kalo ada yang orang MIRSB cakap mcm tu. Tak yah mimpi la ke pasaran antarabangsa dengan produk yang penuh dengan spyware dan virus trojan.
Sebelum ni Gateway2020 diorang pun mengalami masalah yang sama. Mesti komputer programmer yang buat sistem tu ada virus. Mesti berjangkit semua kat semua produk mereka. Duit berjuta tapi tak mampu hired yang pakar.
MIRSB boleh main media. Tapi kepuasan hati ahli tak diambil kira. Nak tawar duit kat orang berjuta dengan produk yang boleh dikatakan sangat bermasalah. Memang akan jatuh bila bila masa je jika tak perbaiki. Seomore bukan lah bisnes konsep yang pertama dari malaysia yang menawarkan iklan.
Dah berlambak sebenarnya. Malah ia jauh lebih canggih daripada Seemore yang boleh dibangunkan dengan kos kurang daripada RM200.
Bro Mael mesti suka bangat dengan berita terbaru ni. Beliau terus buat kenyataan Monsun Biz adalah scam sebelum ini. Rasanya kebanyakan orang dah menyampah tengok iklan diorang kat TV dan surat khabar metro tu. Harap ada staff TV3 seperti Mazidul Akmal bersama kami ni..Tak pun mana mana editor daripada mana mana surat khabar.
Jika ia didedahkan. Pasti akan jadi satu berita besar satu Malaya. Tiada lagi pendedahan yang berani sebagaimana 360 yang dibuat Mazidul.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!





kekadang aku dah naik menyampah tengok iklan monsun dengan seemore kat tv. Aku tak kesah klu yg join tu memang leh wat duit. Tapi klu yg join tu teraba-raba dan tak tau caranya..alamat buang duit free ajela..
(salam) sham dan titan.
entahla, saya kalau keluar iklan monsun, seemore dan apa2 produk keluaran MIRSB ni, saya memang switch pada channel lain. tak tahula ape nak jadi dengan kompeni ni…
apepun, sham, teruskan usaha pembongkaran anda. biarlah anda menjadi “mazidul 360″ untuk alam siber ni..saya sentiasa di belakang anda…
aku mmg menyampah ngn meluat tgk iklan seemore tu. balik la wei.. gi blaja wat iklan ntah ape2 pny iklan la. nk bodoh2 kan org ke? aku rase seemore tu yg bodoh. paling panas hati mase die ckp “mobile income perintis tu” nk muntah aku dgr.. teruskan usaha murni anda.. sy sokong dari belakang
sape lagi yg akan jatuh kan org melayu skang ni klu bkn org melayu tu sendiri…bangsa lain bertepuk tangan suke ria tgok melayu same melayu sering bertagah dan berjanggah pendapat..sedang kan mereka sedang membina empayer untuk menjatuhkan dan memusnah kan bagsa melayu dan agama islam…
melayu hanya tau mengata,memboikot,menyampah,meluat..dan bermacam2 ‘me’ lagi la…ape nak jadi???ape dah jadi???
cube bg cadangan yg bernas..atau pon hasil yg lebih baik supaya boleh dikongsikan sesama…bkn mngata dan mengeji….
bkn berpihak pd sesiapa..cme kesal dgn sikap melayu islam skang…
mafia, bagi cadangan pun diorang wat tak tau je sebab dok asyik nak ambik duit dengan sedangkan kualiti laman web mereka langsung tak peduli.
Kenapa dok invest untuk cari orang je?Invest la untuk develop produk yang lebih berkualiti dan menjaga ahli yang telah join.
Mereka takkan dikondem kalo apa yang mereka buat tu membantu ekonomi orang melayu.Malah saya sendiri akan join untuk membangunkannya.
Tapi mereka lakukan sebaliknya, cari orang suruh bayar beribu..laman web mcm budak sekolah tadika..keselamatan laman web lagi la hancur..
Kebanyakan blog dah mula kondem benda ni..sebabnya orang yang join rasa tertipu setelah apa yang dijanjikan tidak ditunaikan seperti training yg tak berkesan,trainer syok sendiri dan banyak lagi isu.
Mereka patut memperbaiki apa yang orang tak puas hati.
mafia dah join? Join la untuk sokong diorang tu…boleh tengok sendiri la apa karenah diorang setelah anda dah bagi duit kat diorang..
haih! x abeh2 seemore, monsun nih…. naik lemas dah…