Panduan Google Adwords
Powered by MaxBlogPress  

Maybank2u Berwajah baru

Saya baru perasan apabila melihat laman web terbaru maybank. Ia dah berubah wajah. Nampaknya trademark maybank akan menjadi hitam & kuning la kaler rasmi diorang. Mereka telah mula mengaplikasikan teknologi ajax dalam website diorang.

Nampaknya ajax mula mendapat tempat di kebanyakan website.Mungkin sebab feature yang canggih manggih ini menyebabkan ramai yang tertarik.

Interface dalam pun lain. Nampaknya kena la biasakan diri dengan interface baru.Mula mula tercari cari jugak. Ni ha interface dalam dia..

Ia agak lambat untuk loading. Tak tau la bila waktu puncak apa gaji masuk tu. Saya guna untuk semak pembayaran dan juga bayar komisen pada 16hb setiap bulan. Ni pun tengah tunggu dia loading.

Tetapi dari segi interface, saya lebih sukakan yang sekarang. Yang dulu, nampak mcm website kerajaan je. Sekarang ni nampak canggih skit. Baru la boleh dikatakan bank terbesar di malaysia. Harap transaksi di internet pun tak dicaj lepas ni.

Maybank adalah antara bank yang paling banyak caj. Keluar duit lebih 4 kali dalam sebulan akan dicaj 50sen setiap transaksi. Patut untung banyak kan? :P

Dengan rupa baru ni, harap maybank dapat memperbaiki kelemahan perbankan sebelum ni.

Share This Post

Melayu Boleh?

Sejak 2 minggu ni terdapat beberapa insiden yang sedikit sebanyak mengubah persepsi orang tentang transaksi di internet. Mostly mangsanya ialah orang melayu. Tahniah! Memang melayu boleh! hohoho.

Saya masih tak faham kenapa orang kita mudah sangat tertipu. Contohnya metro 2 hari lepas dimana seorang doktor wanita hilang berbelas ribu kerana kononnya dapat barangan berjenama di internet. Saya telah pun dedahkan kejadian ini dalam report percuma Internet Scam: Penipuan Internet Yang Perlu Anda Tahu pada tahun 2006 lagi.

Sumber berita: utusan, Harian Metro

Bila ianya didedahkan di media baru la ia menjadi isu besar dan secara tidak langsung ia turut mempengaruhi perniagaan internet dan juga transaksi diinternet. Daripada kenyataan dalam media, mereka cuba sembunyikan kesilapan mereka dan menyalahkan orang lain sehinggakan mereka kehilangan duit.

Apa yang berlaku pada doktor tersebut, saya telah pun dedahkan dalam report percuma tersebut iaitu bagaimana scammer gunakan email seolah olah email daripada syarikat kurier tetapi mengunakan khidmat email percuma dan bukannya email daripada syarikat kurier. Anda perlu alert ini. Jika ia daripada syarikat kurier, pasti ia akan mengunakan email daripada domain syarikat mereka seperti DHL.com,FEDEX.com dan sebagainya.

Anda boleh kenal. Ia sebenarnya adalah nigerian scammer! Mereka bukannya daripada UK,England ke apa. Ia adalah mat hitam dari afrika! Ia adalah salah satu daripada kaedah nigerian scammer beroperasi. Buat pengetahuan anda KDNK Nigeria terbesar adalah daripada penipuan manakala KDNK Somalia adalah daripada lanun.

Sebab itulah ianya dinamakan NIGERIAN SCAMMER. Ia adalah modus operandi individu atau kumpulan scammer daripada NIGERIA. Canggih? Tak la juga. Ia telah pun didedahkan 3,4 tahun lepas. Cuma rakyat Malaysia tak ambil tahu dan tiada peranan oleh media yang mendedahkan segala penipuan ini.

Harap anda dapat terus mengedarkan report percuma tu. Elakkan diri anda,keluarga anda dan rakan rakan anda daripada ditipu di internet.

Share This Post

Lawak Teladan

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila
lalu

kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam

tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan

ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama
bersama

isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali
susah

hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.

Pari Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab… “ya, itulah isteriku…”

Pari Pari pun marah, “Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa
dulu

telah menjadi tamak”.

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, “Aku bukan tamak, kalau aku kata

‘tidak’ pada Angelina Jolie… kau akan bawakan pula Pamela Lee…kalau

aku katakan ‘tidak’ juga, barulah kau bawakan isteriku…bila aku kata

‘ya’, kau akan berikan mereka bertiga padaku…”. Aku yang miskin ni tak

mampu tanggung mereka semua”.

p/s:Moral of the story. Berusaha untuk menjadi kaya! :P

Share This Post
WordPress Themes
Free WordPress Themes