Scam Alert: Home Data Entry
Kerja dari rumah menjadi idaman setiap orang. Lebih masa untuk keluarga dan anak anak. Indahnya bukan? Begitu juga dengan keadaaan ekonomi yang semakin lembab menyebabkan ramai yang ingin mencari pendapatan lebih untuk keluarga mereka.
Kali ini saya akan menerangkan bagaimana penipuan kerja dari rumah yang dikenali sebagai home data entry, hantar email dapat duit dan sebagainya. Saya pernah terkena juga masa saya mula mula terlibat dalam perniagaan ini. Ingatkan apa? Rupanya ia adalah scam.
Penipuan ini begini:
Di Akhbar
Scammer akan mengiklankan bahawa anda boleh mendapat wang yang banyak dengan hanya bekerja dari rumah. Dalam akhbar pun banyak iklan ni. Pasang mainan la, susun katalog la, data entry la,hantar email la dan bermacam lagi kerja mudah yang mereka tawarkan menerusi “kerja” mereka.
Iklan di Harian Metro banyak menawarkan benda sebegini. Mereka akan meminta anda sms alamat dan nama anda kemudian mereka akan menghantar satu kertas penerangan tentang peluang buat duit mudah dari rumah anda. kemudian anda perlu membayar jumlah tertentu bagi mendapatkan starter kit. Setelah membayar starter kit, mereka akan meminta pula anda membayar untuk yuran guaman mereka.
Jika betul mereka menawarkan anda kerja, kenapa perlu anda membayar untuk bekerja? Mungkin ada yang tak perasan disebabkan terdesak kerana mengangur atau mengalami masalah kewangan. Akhir tiada apa apa. Mereka gunakan alamat PO Box. Ini menyukarkan pihak berkuasa mencari premis golongan scammer ini.
Di Internet
Penipuan home data entry ini pula mengunakan cara yang sama. Anda perlu membayar starter kit. kemudian ulang apa yang telah dibuat oleh scammer. Anda akan dibekalkan tool kit untuk anda jual. Bekalkan tool kit yang langsung tak berkenaan dengan home data entry. Malah tak kena key in data pun!
Itu yang pelik tentang home data entry ni. Anda hanya diberi tools untuk menipu orang lain dan mengulangi kerja yang sama. Saya pernah terkena dengan golongan makhluk perosak ini. Saya tanya kembali kepada “penjual” kit tersebut, kata mereka… orang jual kat dia suruh buat macam tu. Itu bukan data entry namanya.
Saya pada mulanya saya perlu masukkan data,menaip untuk syarikat orang seperti seorang virtual assistant. Rupanya hanya jual kit yang kononnya pekerjaan data entry. Apa yang data entry bagi mereka ialah tulis iklan di laman iklan percuma dan jual kit tersebut untuk mendapat wang. Proses berulang apabila anda menjualnya kepada orang lain.
Ini rupanya yang mereka maksudkan international data entry kerana penerangan dalam toolkit tersebut adalah dalam bahasa inggeris. Memang satu penipuan yang memanipulasi orang yang mencari pekerjaan. Apa yang saya harapkan anda tidak tertipu seperti yang saya alami ketika mula mula berjimak berjinak dalam dunia internet.
Mungkin ada yang menawarkan pekerjaan data entry yang betul betul. Tetapi jumlahnya sedikit sahaja. Yang banyak ialah penipu yang mencari mangsa. Hati hati. Internet bukan sahaja boleh menjadi anda seorang jutawan, malah seorang mangsa penipuan.
inilah realiti dunia maya- internet. Jangan percaya bulat bulat apa yang orang kata! Kaji terlebih dahulu ye.
Anda boleh baca artikel oleh ustaz Zaharuddin tentang hantar email,dapat duit. Ia adalah sama. Ada juga yang membekalkan senarai email untuk dispam. Email tersebut dikumpul menerusi email crawler. Dah la suruh buat benda tak betul, cara pun tak betul jugak.
p/s: Saya merasa jelik apabila ada orang menjual ebook pada testimoninya yang mengatakan mereka telah menyelesaikan hutang pendidikan mereka awal. betul ke? Kebanyakan produk yang dijual adalah produk scam tetapi testimoni mereka nampak real. Tetapi bila testimoni cakap mereka telah selesaikan hutang ptptn pada usia tertentu,saya gelak sorang sorang. “Bertanggungjawab betul orang tu ye”.
p/p/s: Macam tak betul je bila cakap cari duit untuk bayar loan ptptn je. Biasanya orang akan kejar untuk bayar keta,rumah,kawin dulu.Bukannya loan ptptn, sebab tu ramai lagi tak bayar hutang tu kot.:)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Luah rasa hati anda dengan komen dibawah.Jangan lupa untuk subcribe agar anda menerima artikel terbaru dari blog ini.
Comments
tapi sham. memang aku berjaya bayar duit ptptn lepas kuar universiti nih. Orang lain aku tak tau la. Haha..
..saya pun pernah terkena masa mula-mula nak belajar buat duit di internet. Pada mulanya saya ingatkan betul-betul ler kerja menaip dari rumah & dibayar gaji atau komisyen. Sekali dapat kononnya starter kit..hampeh dah ler type-setting pun berserabut & kerja kita cuma promosikan laman web yang sama, apabila ada pemohon just hantar kit yang sama! Tu sama lah mcm kononnya bisnes gaya pos..tapi photostate menda yang sama & pos. Membazir masa & duit stem jerk..belum campur duit minyak gi pos opis! Thank’s Sham dedahkan penipuan ni..!!




Salam Sham.
Molek jugak highlighkan hal ni, dalam “Panduan Beli Ebook” versi pertama saya, saya bagi modul lengkap perniagaan macam ni kepada pembeli – Sekadar Pengetahuan, Bukan untuk diamalkan
sekurang-kurangnya, biar newbie tahu, produk ala macam ni sememangnya menipu, dah lari dari konsep asal.
good job bro!