Perkhidmatan 24 Jam dari VirtualNiaga
Perkhidmatan rekabentuk laman web dalam masa 24 jam!. Itulah pengalaman saya apabila bekerjasama dengan mereka untuk projek terbaru saya. Perkhidmatan mereka cukup pantas. Malah saya meminta perubahan rekabentuk 5,6 kali, ia disiapkan dalam masa beberapa jam.
Mengikut pengalaman saya sebelum ini, laman web yang saya tempah biasanya siap dalam masa 1 minggu. Dengan perkhidmatan VirtualNiaga.com, laman web saya berjaya disiap dalam masa 24 jam sahaja. Perkhidmatan yang ditawarkan juga sangat profesional.
Tentang harga yang ditawarkan juga berpatutan mengikut kemahuan anda. Mereka ada menyatakan draf pertama mereka akan berikan dalam masa 24 jam. Kurang dari 24 jam saya telah menerima draf yang pertama. Saya meminta 5,6 perubahan sebelum berpuas hati dengan rekabentuk laman web ebook terbaru saya.
Anda boleh mendapat khidmat VirtualNiaga di http://www.virtualniaga.com. Anda pasti berpuas hati dengan khidmat mereka yang pantas.
Ebook tentang apa? Saya akan umumkan nanti setelah video telah disiap. Ebook dah pun disiapkan. Konsep saya gunakan kali ini ialah KISS. Saya tak menawarkan bonus yang banyak sebagaimana ebook sebelum ini kerana ia mempunyai 12 video dimana ianya mempunyai durasi video lebih dari 12 jam.
Saya akan mengumumkan apakah tajuk ebook terbaru ini pada 15hb nanti. Ia adalah ebook saya yang paling lama untuk disiapkan. Biasanya saya mengambil masa 2,3 hari untuk menyiapkan sebuah ebook setelah mendapat mood menulis. Kali ini, lebih sebulan baru siap ebook. Kini saya sedang menyiapkan video untuk ebook tersebut.
Laman web dah pun siap. Copywriting pulak dah siap 50 peratus. Tarikh pelancaran ialah 21hb Januari ini. Harga pula adalah berpatutan iaitu seperti kebanyakan ebook saya. Pra pelancaran selama 2 minggu. Saya bercadang untuk menyalurkan sedikit daripada hasil jualan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Luah rasa hati anda dengan komen dibawah.Jangan lupa untuk subcribe agar anda menerima artikel terbaru dari blog ini.
Comments
Sememang satu kelebihan kepada designer yang mampu siapkan tugasan dalam tempoh tak sampai 24 jam…
Boleh pergi jauh jika berterusan begini.
Semoga berjaya Virtual Niaga.
Kemunculan ebook terbaru anda dinanti2kan… selesainya sesuatu task mengikut dateline yang ditetapkan adalah kerana komitmen yang tinggi, syabas!




[...] ingin berkongsi, boleh baca artikel yang ditulis oleh saudara Sham RajaAdsense di blog beliau disini mengenai servis VirtualNiaga __________________ TIPS & ARTIKEL PERNIAGAAN,MOTIVASI DIRI [...]