101 Idea Perniagaan Internet Kini Dilancarkan
Ebook 101 Idea Perniagaan Internet dilancarkan pada hari ini. Ia merupakan laman web yang ke 6 yang menjual produk digital. Ia mengambil beberapa bulan untuk disiapkan. Diharap dengan produk ini, ia dapat membantu dan menyelesaikan masalah mereka yang tidak mempunyai idea untuk memulakan perniagaan internet mereka.

Anda boleh layari laman ini di
http://www.perniagaaninternet101.com
Inilah rupa ecover bagi ebook kali ini. Buat pertama kali gambar saya digunakan di ecover. Jika nak kenal, itulah saya. Bukan model pape tau. Saya telah pun memberikan review copy kepada rakan JV sebelum ini. Dan ini adalah dari Labanon di Wangcyber.
Tahniah saya ucapkan!
Saya telah meneliti kesemua item-item yang ditawarkan oleh bro Sham dan apa yang saya dapat katakan bravo! Satu lagi produk berkualiti yang dihasilkan oleh bro Sham. Anda sendiri boleh menilai sama ada produk ini berkualiti atau tidak dengan membayar RM50 dan lihatlah sendiri apa yang anda terima. Bukan 3,6 atau 10 video tutorial, tetapi lebih!( Itu belum termasuk dengan ebook, report dan sebagainya!)
Saya bukan hendak bercakap kosong, tetapi saya sangat pasti bahawa produk ini akan membantu anda memulakan perniagaan Internet anda. Gerenti puas hati punya! Yosh!
Usahawan muda ini memang diantara usahawan internet yang cukup berjaya pada hari ini. Ramai yang masih tak percaya bahawa perniagaan internet boleh dijalankan dari rumah. Malah ada yang masih sangsi. Dengan adanya ebook ini, saya cuba untuk menunjukkan peluang yang mereka lepaskan sebelum ini.
Kegawatan ekonomi semakin dirasai. Penderitaan rakyat Palestin di Gaza juga semakin diratapi. Sedikit dari hasil jualan ebook ini akan disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan Gaza. Saya akan umumkan jumlah di blog ini dari masa ke semasa.
Perniagaan internet cukup fleksibel kerana ia membolehkan anda bekerja hanya dari rumah. Saya merupakan usahawan internet sepenuh masa. Saya boleh meluangkan masa untuk keluarga saya. Saya juga boleh ke mana mana tanpa perlu risau kerana perniagaan internet saya tetap berjalan seperti biasa walaupun tidak dipantau. Ianya berjalan 24 jam sehari tanpa perlu saya mengaji orang untuk menjaganya.
Perniagaan ini boleh diuruskan anda seorang tanpa perlu mencari pekerja. Ini adalah antara perkara yang bagus tentang perniagaan internet. Ianya dipersetujui oleh ramai usahawan internet. Pendapatan daripada perniagaan internet juga mungkin melebihi gaji anda. Itu jika kena pada caranya.
Jangan berlengah untuk memulakan perniagaan internet anda sendiri. Bertindak sekarang sebelum idea anda dikebas orang lain.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN, SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.
NAMUN,PIHAK KAMI AKAN LULUSKAN SEMUA KOMEN MEREKA YANG DIHANTAR.
SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK SHAMSURIYADI.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM
Luah rasa hati anda dengan komen dibawah.Jangan lupa untuk subcribe agar anda menerima artikel terbaru dari blog ini.Masukkan email anda di borang dibawah:





Tahniah dengan pelancaran produk terbaru anda. Semoga niat baik anda untuk memberi sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Gaza diberkati. Harus dicontohi.. syabas!