Panduan Google Adwords
Powered by MaxBlogPress  

Ops..Sesat

Lama saya tak update blog ni. Saya sebenarnya baru sahaja sampai kat kampung di Terengganu. Pertama kalinya balik menerusi Cameron Highland-Gua Musang-Kuala Berang. Dalam perjalanan, singgah sekejap di Cameron Highland menghirup udara segar sambil makan strawberry.

Setelah 1 jam merayau kat Cameron Highlang, kami teruskan perjalanan ke Gua Musang. Sana sini tanah runtuh sedang diperbaiki. Jalan memang teruk. Ada jalan yang pecah akibat laluan lori balak & lori kelapa sawit. Naik bukit okay,bila turun bukit tetiba jalan rosak.Melompat la kereta kelisa yang kecik ni.

Setelah sampai kat Gua musang, sesat apabila terlajak ke jalan KL-Kuala Lipis. Tanya pemandu lori balak yang tengah makan kat warong.Kami pun patah balik. Untuk ke Lebuhraya Gua Musang-Kuala Berang atau dikenali Lebuhraya Timur Barat 2, terpaksa memasuki jalan ke Taman Negara. Sekali lagi kami tersesat sejauh 16KM ke jeti untuk memasuki Taman Negara. Sekali lagi, saya terpaksa bertanya pegawai renger yang bertugas.

Laluan memang mencabar,sempit dah bersimpang siur. Kalo buat rally memang sesuai la jalan tu. Lenguh tangan pulas stereng. Lepas sesat hampir 1 jam, baru la kami memasuki “jalan yang benar”. Pemandangan memang cantik terutama laluan bersebelahan dengan Tasik Kenyir. Kat tepi jalan juga bertaburan tahi tahi Gajah. Risau jugak sebenarnya. Lebuhraya ini sebenarnya belum dibuka untuk orang awam. Sebelum saya pernah beberapa kali terserempak Gajah liar di Lebuhraya Timur Barat.

Ianya masih merbahaya. Tiada orang yang melalui ketika malam hari. Kata orang ianya agak “berhantu”. Malah Ketua Pengarah Imegresen pun pernah “dihilainya” ketika membuat operasi mencegah pendatang asing di persekitaran Tasik Kenyir. 95% jalan dah okay.Cuma ada sebahagian jalan yang rosak akibat lori. Jadi kenala setiasa waspada dan mengelak.

Jangan risau, jalan memang kosong. Jarang jarang terserempak dengan kereta lain yang melalui jalan ni. Tapi yang paling takut ialah, kalau kereta rosak. Tau la nak buat apa. Dah la jalan orang tak lalu. Sepanjang jalan berdoa agar kereta tidak buat hal. Tapi sebelum memulakan perjalanan,kereta memang dah diservis. Tapi risau juga, dengan laluan yang sunyi sepi ni.

Pelik jugak sebab lebuhraya ni dah nak hampir siap.Tapi tak dibuka kepada orang awam sampai hari ini.Malah lebuhraya ini dah boleh dilalui sejak tahun 2004. Tak rasa pelik? Kerajaan dah berabis berbilion ringgit untuk membinanya tapi terbengkalai sampai sekarang? Misteri bukan?

Lepas ni taknak dah lalu jalan tu. Rosak keta jek.

Share This Post

Harap YB Nizar Tidak Terikut Politik DAP

Keadaan politik di Perak semakin genting dan panas. Terdapat satu kenyataan daripada Karpal yang menyatakan bahawa Bekas MB Perak iaitu Nizar akan menyaman Sultan Perak. Perlu diingat bahawa YB Nizar adalah daripada parti PAS. Harap YB Nizar tidak terikut dengan cara politik DAP yang sentiasa membelakangkan Sultan.

Sebagai bangsa Melayu, YB Nizar sepatutnya mendaulatkan kesultanan negeri Perak yang menaungi negeri Perak. Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Syah merupakan bekas Hakim Besar Negara. Pastinya Tuanku mempunyai pendirian tersendiri apabila enggan mengiktiraf pembubaran DUN perak yang ternyata membelakangkan Sultan.

Sebarang pembubaran DUN mestilah mendapat perkenan Sultan sebelum diistiharkan. Bukannya istihar dulu baru dapatkan perkenan daripada Sultan. Ia menunjukkan bahawa Tuanku tidak berkuasa langsung dalam membentuk kerajaan di Perak. Terdapat banyak isu sebelum ini yang membelakangkan Sultan Perak seperti isu tanah kampung baru.

Kampung baru dibina diatas tanah orang melayu. Ia dipajakkan selama 999 tahun. Apabila ia ditukar status menjadi milik kekal. Ia bukan lagi menjadi tanah milik kerajaan negeri lagi atau dengan bahasa mudah bukan lagi dibawah kuasa Sultan melayu lagi. Banyak keputusan YB Nizar dilihat banyak dipengaruhi oleh DAP.

Tindakan untuk menyaman Sultan merupakan pertama kali terjadi. Pastinya ia akan melukakan hati orang Melayu kebanyakannya.Lebih lebih lagi dilakukan oleh seorang Melayu dan pemimpin yang dipilih rakyat sebelum ini. Kerajaan yang dibentuk dengan majoriti mudah memang mudah tumbang apabila 2,3 orang berpaling tadah.Sepatutnya Pakatan Rakyat perlu bersedia dari dulu lagi untuk menghadapi situasi ini.

Bagi UMNO pulak, jangan menerima ADUN yang bermasalah yang masih lagi dalam kes rasuah seks. Malah mereka mengakui perbuatan mereka sebelum ini yang menerima suapan seks. Jika menerima mereka pastinya akan memburukkan lagi prestasi UMNO yang kian tercalar dengan kes rasuah atau politik wang pada waktu ini.

Ya. Politik memang kotor.BN dan PR mengunakannya. Tidak perlu menafikannya kerana ia memang terbukti. Tetapi peliharalah kestabilan dan keamanan. Tindakan membuat demostrasi jalanan bukanlah satu jalan yang bagus. Malaysia merupakan negara yang mempunyai undang undang. Jangan terlalu diikutkan perasaan. BN pernah merasai kepahitan kekalahan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

PR pun patut menerimanya secara terbuka. Pakatan Rakyat perlu memperkuatkan negeri negeri yang masih ditangan mereka. Pakatan Rakyat juga boleh kehilangan Selangor jika tidak menunaikan janji janji yang mereka taburkan ketika pilihanraya yang lepas. Perlu diingat bahawa rakyat sedang menilai prestasi Pakatan Rakyat dan berharap mereka membuat perubahan.

Isu lompat parti merupakan antara duri dalam daging bagi setiap parti politik tidak kira samada dari parti pemerintah mahupun pembangkang.Isu lompat katak ini juga berlaku apabila ADUN Bota yang melompat ke PKR kemudian lompat kembali kepada UMNO. Ini menunjukkan betapa senangnya untuk melompat parti.Ia merupakan satu sandiwara yang mengelikan hati tentang politik malaysia ni.

Lompat si katak lompat..ewah… heheheh

Share This Post

Laporan Percuma 7 Rahsia Buat Duit Dengan Clickbank

Saya baru sahaja selesai membaca laporan percuma 7 Rahsia Buat Duit Dengan Clickbank oleh Gobala dan Zamri Nanyan. Ia telah merungkaikan kesilapan mereka yang ingin buat duit dengan clickbank. Anda boleh download di

http://awesomemarketer.com/secure/4bw/173

Ia adalah percuma.Namun tawaran ini hanya tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum ia ditarik balik. Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan merupakan antara usahawan internet Malaysia yang banyak menfokuskan pada pasaran antarabangsa menerusi pelbagai produk digital mahupun MLM online.

Gobala Krishnan berjaya memperoleh ratusan ribu menerusi pelbagai produk malah mereka pernah bekerjasama dengan beberapa usahawan internet lain dan berjaya mengumpul lebih dari USD70,000 dalam masa beberapa hari sahaja.

Namun, jika anda ingin buat duit di internet. Anda wajib membina list prospek anda yang tersendiri. Kejayaan mereka adalah hasil daripada list email yang telah subcribe atau mengikuti perkembangan mereka. Pasaran Malaysia dalam bidang perniagaan dan pemasaran internet masih mentah.Dengan adanya mereka, ia mampu membawa Malaysia ke peringkat baru dalam perniagaan internet. Mungkin juga jutawan baru dalam perniagaan internet Malaysia selain daripada Irfan Khairi,Sen Ze, Fione Tan dan sebagainya.

Dapatkan segera laporan percuma ini. Ia percuma.Tetapi jangan hanya sekadar download. Baca dan amalkannya. Ianya tidak berguna jika anda hanya download dan menyimpannya di komputer anda. Ilmu yang berguna adalah ilmu yang dimanfaatkan oleh orang ramai.

Baca dan manfaatkan ilmu ini walaupun anda mendapatnya secara percuma.

Share This Post
WordPress Themes
Free WordPress Theme