Panduan Google Adwords
Powered by MaxBlogPress  

Setahun Berlalu

Sedar tak sedar, pada hari ini Shamsuriyadi.com berusia setahun. Dalam setahun jagung ini, banyak yang telah dicapai untuk dibawa ke tahun kedua. Blog ini sebenarnya mula ditulias pada 7hb Mac 2008,iaitu pada hari pilihanraya ke 12 tahun lepas.

Ketika itu saya pulang ke Terengganu untuk mengundi.Sambil melihat suasana keadaan kehangatan pilihan raya, saya mulakan blog ini untuk branding nama Shamsuriyadi sebaris dengan IM lain yang mengunakan nama mereka seperti Irfan Khairi, Irwan Dahnil, Osman Affan dan banyak lagi penulis buku yang membina branding dengan nama mereka. Ia sebenarnya satu langkah yang agak lambat buat saya.

Saya sepatutnya memulakannya dari awal pembabitan saya dalam bidang perniagaan internet lagi. Ia merupakan kesilapan saya dalam mencipta brand saya di dalam dunia perniagaan internet Malaysia. Setelah setahun, ia mula menampakkan kesan positif. Nama Shamsuriyadi mula dikenali bukan lagi Raja Adsense. hehehe. Ada yang panggil saya tuanku..itu yang lawak tu… :p

Matlamat tahun ini ialah untuk menghasilkan buku yang pertama saya. Insyaallah. Saya akan cuba fokus untuk mencapai matlamat ini pada tahun ini. Semoga ia juga akan memberikan satu impak yang baru kepada industri perniagaan internet di Malaysia.

Sedikit statistik Shamsuriyadi.com

Statistik Visitor 2008

Statistik Visitor 2008

Seramai 147,003 telah melawati blog ini pada tahun 2008 dengan 96,528 adalah pelawat unik.

Statistik Pelawat 2009

Statistik Pelawat 2009

Pada 2009 sehingga bulan ini, 43,421 pelawat telah “tersesat” ke sini. Ini adalah statistik yang tak seberapa dari server shamsuriyadi.com. Blog orang lain mungkin lebih hebat terutama IM lain yang turut berjuang memajukan perniagaan internet di Malaysia ini.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!Share This Post

Comments

  1. bantingboy says:

    tahniah sham. :)

Perhatian kepada pembaca budiman,

Sila Gunakan Bahasa yang Sopan dan Berhemah dalam menulis komen.Sila hindari daripada menyentuh tentang SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

Segala komen yang dibuat adalah atas TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO anda sendiri. Pihak Shamsuriyadi.com TIDAK BERTANGGUNGJAWAB diatas sebarang komen yang dilakukan oleh pembaca. HARAP MAKLUM

*

mugen 2d fighting games
WordPress Themes
WordPress主题