Awas Kutu Wang Pos atau Sumbang Ikhlas
Pada tahun 2006, saya telah menulis satu laporan “Internet Scam: Penipuan Internet Yang Perlu Anda Tahu”. Ia mendapat feedback yang perbagai daripada segenap lapisan masyarakat. Ada yang berterima kasih, ada juga yang membalas dengan makian kerana tidak bersetuju dengan apa yang saya tulis.
Kebanyakan yang memaki adalah berkenaan dengan kutu wang pos atau Program Sumbang Ikhlas yang agak terkenal sejak dulu lagi. Sekarang ia lebih canggih dan pintar dan diuruskan oleh syarikat dan bukan lagi orang persendirian. Mereka berpendapat mereka menyertainya kerana nak membantu sesama muslim yang dalam kesusahan. Alhamdulillah kini ulamak PAS dan juga Ustaz Zaharuddin dah mengeluarkan hukum dan kajian berkenaan dengan perkara ini.
Ia adalah HARAM. Ya. HARAM..
Harap tiada yang mempertikaikan lagi selepas ini. Ketika saya menulis laporan internet scam tersebut, belum ada pihak agama yang mengkaji dan membuat hukum berkenaan dengan skim sumbangan ikhlas. Ia lebih kepada skim piramid. Tetapi mereka yang menyertainya masih berdegil malah sanggup memaki sesiapa saya yang dirasakan merosakkan periuk nasi mereka untuk mendapat duit secara mudah menerusi program sedemikian.
Golongan ini mengekploitasi nama besar seperti Azizi Ali, Robert T. Kurosaki dan sebagainya untuk menarik minat orang islam menyertainya. Malah ada yang meletakkan hukum mereka sendiri untuk menyakinkan orang ramai menyertai program yang mereka buat. Tanpa mereka sedari hasil daripada program tersebut adalah HARAM.
Unsur-unsur haram yang dapat dikesan
Setelah meneliti perjalanan beberapa bentuk program wang pos, didapati ia mengandungi beberapa unsur haram. Antaranya:
1.?Unsur Gharar
Jika dikaji berkenaan program ini didapati asas kepada pembinaan dan perjalannya adalah ‘auto placement’ yang menjadikan orang bawah atau peserta baru mangsa yang tidak mendapat apa-apa pulangan apabila program ‘auto placement’ ini berhenti berpusing.
Oleh itu, setiap yang menjadi peserta yang peringkat awalnya mengharapkan pulangan apabila sampai gilirannya kehilangan wang apabila program ini terhenti.
Setiap sesuatu pastinya ada permulaan dan pastinya juga ada titik penamatnya. Pada waktu tersebut, pastinya sesiapa yang masih berada di bawah akan menjadi mangsa apabila wangnya diperolehi oleh orang atasan sedangkan orang bawahannya belum wujud.
Gharar yang terdapat disini ialah gharar fil husul (tidak tentu dapat) dan gharar fil miqdar (tidak tentu kadar).
2.?Riba
Program ini sebenarnya bersifat ‘money game’ yang mendedahkan pesertanya kepada riba. Ini kerana, setiap yang menyertai program ini atau sebahagiannya berhasrat mendapatkan pulangan.
Jika ia menaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM100, maka ia mengharapkan pulangan lebih.
Jika ia benar-benar mendapat pulangan yang lebih banyak, maka ia adalah riba kerana tiada transaksi perniagaan atau khidmat di dalam program ini.
3.?Judi
Dalam program ini terdapat unsur judi kerana sepastinya ada pihak yang mendapat untung dan ada pihak yang pasti mengalami kerugian.
Untung dan rugi ini boleh berlaku apabila program ini berhenti. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang berada di line bawah mendapat kerugian.?
Beberapa jawapan kepada kekeliruan
Mereka yang menyertai program ini melihat ia adalah harus dari sudut syariat dengan alasan-alasan berikut:
1.?Sumbangan atas alasan hibah
Antara alasan yang sangat luas dijadikan hujah membolehkan ialah sumbangan setiap peserta adalah hibah.
Sebenarnya alasan ini adalah alasan yang tidak boleh diterima syariat kerana hibah tidak mensyaratkan keuntungan dan tidak mensyaratkan pulangan.
Tetapi program ini jelas berbentuk permainan wang (money game) dalam bentuk pusingan ‘auto placement’.
Justeru itu, hibah bersyarat jika tidak kena caranya boleh menjerumuskan kepada riba sebagaimana sabda Nabi?Muhammad s.a.w. yang maksudnya: “Setiap pinjaman yang mensyaratkan manfaat (faedah) adalah riba.”
Pada masa yang sama bayaran yang dianggap hibah tersebut adalah dalam bentuk tetap dan dijanjikan pulangan sebagaimana dalam iklan yang disiarkan.
Maka setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan binaan kalimah tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya.
Kaedah fiqh menyebut yang bermaksudnya: “Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan susunan kalimat.”
2.?Sumbangan mestilah ikhlas membantu.
Alasan kedua yang biasa digunakan ialah sumbangan itu ikhlas membantu sahabat-sahabat seagama yang susah.
Menurut syariat, apabila sesuatu transaksi di dapati haram, maka ikhlas tidak akan merubahnya menjadi halal. Sebagaimana tiga orang berjudi dan setiap seseorang mempertaruhkan wang RM10. Sekalipun setiap seseorang berniat derma ikhlas untuk si pemenang ia tetap haram kerana ia adalah judi dan ikhlas tersebut tidak boleh mengharuskan perkara yang haram.
Ikhlas atau lebih tepat tidak dipaksa adalah syarat sah jual beli dan segala jenis transaksi yang harus. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa? ayat 29 yang maksudnya: “Melainkan ia adalah perniagaan yang berlaku secara reda meredai antara kamu.”
Ayat ini menunjukkan reda dan ikhlas menyertai perniagaan yang halal, bukan menjadi syarat sah kepada transaksi yang haram.
3.?Kias kepada belanja kawan makan atau minum di kedai.
Kias tersebut adalah kias yang salah kerana ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Antaranya, belanja kawan di kedai makan tidak melibatkan pusingan wang. Dalam program ini ia melibatkan wang dengan wang yang sepastinya mendedahkan kepada riba. Tambahan pula setiap pesertanya disyaratkan menaja dan ditaja.
Sumber: HarakahDaily.net
Manakala Ustaz Zaharuddin juga telah memberikan pendapatnya di Zaharuddin.net
Bagi mereka yang belum pernah membaca laporan “Internet Scam: Penipuan Internet Yang Perlu Anda Tahu“, anda boleh download di http://www.shamsuriyadi.com/Scam.zip
Terdapat juga satu artikel tentang Skim Kutu Wang Pos ini dari StudioMuslim.com yang menjadi skim kutu wang pos ini yang lebih canggih yang dinamakan dengan Program Ekspress.
Perjuangan Belum Selesai…

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Luah rasa hati anda dengan komen dibawah.Jangan lupa untuk subcribe agar anda menerima artikel terbaru dari blog ini.
Comments
Whiztech: memang benda ni tak akan habis jika dalam fikiran dan berfikiran nak untung cepat tanpa peduli halal haram…
masih ramai masyarakat kita yang tertipu dengan taktik sebegini. Matlamat saya ialah untuk memberi kesedaran kepada semua orang.
masyarakat kita masih ramai yang tertipu. Dah keluar fatwa haram pun masih ada yang cakap halal. malah ada yang buat fatwa sendiri untuk menghalalkannya. Ada juga yang guna agama dan bangsa untuk menarik minat orang islam kita.
A-kum tuan2,
Saya tak pandai hukum hakam sangat tapi saya ada belajar juga kitab2 muamalat sikit2 & saya ada persoalan kpd org2 yang hukama dlm forum ini.
Ust Zaharudin juga mengatakan MLM/Jualan Langsung adalah HARAM sama seperti wang pos. Kita juga tahu orang2 melayu (majoriti) hanya mampu menjalankan perniagaan MLM. Ini telah menaikkan ekonomi umat Islam. Hujah saya, rukun jual beli dalam Islam ada 5 perkara :
1 – Penjual
2 – Pembeli
3 – Barang
4 – Harga
5 – Aqad
Saya kira kaedah MLM menepati kelima2 rukun tersebut. Saya rasa beliau mempertikaikan tentang “over-priced”. Baik, ini hujah saya : Berapakah harga yang patut kita jual sesuatu produk itu? Selepas mengambil kira semua kos2 yang terlibatkan? Terutamanya kos marketing yakni kos iklan dll. Dlm MLM kos iklan DIGANTIKAN dgn kos bayaran bonus kpd pengedar2 yang telah layak. Di manakah ada unsur penipuan??
Baik, kenapa pula Zahirudin mengatakan FOREX trading itu HARUS?? Sedangkan Forex tidak menepati hukum jual beli tersebut??
Seterusnya dimanakah kekaburan didalam program wang pos. Sebelum perserta baru masuk serta, mereka diberitahu dgn jelas : Perserta baharu memberi dahulu dgn niat hadiah/sedekah kpd senarai nama yang tertulis. Kalau peserta baharu ini mahu duit drp rangkaian dia perlu mencari peserta2 baharu & memberitahu tatacara2 kpd bakal2 peserta tersebut. Bila semua jelas tentang kaedah permainan wang pos, barulah peserta2 baharu itu masuk.
Bagaimana pula dgn membeli saham2?? Adakah jelas halal/haramnya? Ramai ulama2 yang bercanggah pendapat.
Jadi perniagaan apakah yang majoriti orang2 Islam Melayu (PAS/UMNO)boleh buat sampai berjaya. Mahu mencari projek2, kita tak akan lepas sedikit pun drp rasuah. Nak buka kilang, melayu mana ada modal berjuta2? Enjin jet pejuang pun kena jual! Pasaran apa yang melayu dominasi? Semua org cina & india yg monopoli. Harap kpd bantuan kerajaan? HMMM…banyak soalan. Harap kalau PAS perintah Malaysia, perintah Kelantan pun kelam-kabut,,,banyak cakap tak serupa bikin… Dalam kitab2 ajar lain, yang dibuat lain, putar belit dah biasa dlm PAS. Ambil isu tanah contohnya di Gua Musang, Jeli & Tok Bali Bachok. Semua lapar duit, pangkat & harta….tipu sana sini… tak kira PAS/UMNO/PKR/DAP/MCA/MIC…semua 2×5!
Apa yg sebenarnya berlaku, rakyat semakin terhimpit & semakin sengsara dgn serba serbi MAHAL, banyak yg so-called ulama kata itu haram ini haram (bila tak masuk poket dia), rakyat terpaksa cari jalan sendiri, bawa diri to survive…
Kenapa kita TERLAMPAU EXCITED menghukumkan Haram perkara yang (khilaf) di atas, sedangkan yang berterang2an HARAM kita tak ambil peduli pun????
P/S: Saya taajub dgn perangai manusia kini… hanya berapa kerat org Islam yang pandai tulis ebook jual di web nak cari makan?
Salam
Gharar – huraian saudara di atas boleh di terima tapi kurang tepat sebab mungkin saudara tidak dapat info yang lengkap mengenai program ini. Minta buat kajian lebih terperinci supaya tidak tersalah hujah.
Riba – huraian ini agak lemah sebab tuan telah menyamakan sumbangan dengan perniagaan. Minta ulas juga kutu di kampung yang setiap bulan orang akan duit lebih megikut giliran. bezanya di kampung sistem terhad kepada bilangan orang sahaja.
Judi – Minta huraian ini pun diperincikan jugak agar tidak keliru. Adakah tuan terlalu pasti hanya orang yang di atas sahaja beruntung & orang di bawah tidak memperolehi apa-apa? Minta buat kajian betul terperinci.
Sumbangan ikhlas – persetujuan adalah perkara penting. Bila saya bertanya kawan-kawan yang adakah mereka faham betul-betul program ini bahawa duit yang mereka sumbang itu kemana perginya. Mereka memang faham.Kiasan yang digunakan macam belanja kawan itu saya pun tidak bersetuju. Peserta perlu faham kemana sumbangan mereka disalurkan di dalam program ini, bukan seperti belanja kawan. Ini sumbangan dalam program.
Kepada tuan punya blog ini serta komentor yang lain, bukanlah saya nak menyebelah mana-mana pihak atau ingin tunjuk pandai, cuma untuk kefahaman dan kepastian supaya kita ini tidak tersilap dalam menjatuhkan hukuman terutama melibatkan umat melayu & Islam.Segala fakta-fakta atau nas yang dikeluarkan perlu betul tepat & relevan dengan isu itu, bukan hanya menggunakan untuk membenarkan hujah kita.Kerana kita perlu ingat ini melibatkan perkara halal haram serta peluang masyarakat untuk tingkatkan ekonomi serta atau keluar dari masalah ekonomi. kawan-kawan saya yang menyertai program telah pun dapat menyelesaikan banyak masalah kewangan mereka walaupun mereka bukan orang yang di atas.Kekadang program bukanlah kerana sistem itu sendiri tapi kerana orang yang mengendalikannya. Kena ambil kira gak tu. Kenapa orang kafir pandang Islam ni buruk? Bukan kerana Islam tapi kerana penganutnya yang tidak memahami Islam. Sekarang buka minda, teliti fakta, teliti nas, rasional, tidak terburu & ketakutan tidak bertempat agar kita sama perolehi satu jawapan yang jitu & tidak boleh lagi dipertikai.
Terima Kasih…Wassalam
main kutu kat kampung tu, lebih kepada untuk membantu menyimpan.Contohnya 8 orang join,setiap orang akan menyumbang rm100 setiap bulan. Jadi semua peserta akan menerima rm800 setiap bulan mengikut giliran. Tidak ada usur meragukan sebab duit tidak berganda.Ia lebih kepada membantu menyimpan.Dengan kutu, mereka ada komitmen utk membayar setiap bulan.
Bagi saya, elakkan benda yang meragukan. Yes. Ulamak ada perbezaan pendapat tentang forex, saham. Namun terpulang kepada kita untuk menerima hukum yang terbaik untuk kita.Seeloknya kita elakkan sebab alasan yang sendiri berdasarkan kajian dan pengalaman ulamak berkenaan sebelum mengeluarkan sebarang hukum.
mereka yang join benda ni pasti akan cari jalan untuk menghalalkannya. Menyertai sesuatu dengan menyumbang kemudian mengharapkan ia akan berganda tanpa perlu berbuat apa apa. Mereka akan mencari sedikit alasan/kekurangan agar apa yang mereka buat adalah halal.
Sebenarnya ia dah banyak kali dibincangkan samada oleh ulamak dan juga pakar ekonomi. Ia hanya menguntungkan penganjur program tersebut.
Saya tak pernah jumpa artikel tentang Ustaz Zaharudin kata MLM adalah haram. Leh bagi artikel tu.Setahu saya ada 2, satu syariah complience dan juta tak syariah complience. Biasanya MLM yang syariah complience akan ada ulamak terkenal yang menjadi panel mereka dan mengesahkan bahawa MLM yang mereka buat adalah mengikut landasan ISLAM.
Tentang forex pulak akan jadi harus bergantung kepada cara diurusniagakan. Kebanyakan cara urusniaga forex adalah haram tetapi ada satu cara ia diuruskan menyebabkan harus. Teknik leverage dalam forex pula adalah haram. boleh rujuk ni:
http://www.zaharuddin.net/content/view/649/93/
Berkenaan wang pos konsep piramid atau sumbang ikhlas boleh rujuk laman web ustaz zaharudin.
http://www.zaharuddin.net/content/view/229/98/
dan juga
http://www.zaharuddin.net/content/view/878/95/
Saya tertarik kepada satu jawapan ustaz zaharudin di artikel diatas.
UZAR : Untuk sya bersifat amanah dalam ilmu, saya akan katakan no komen apabila tiada gambaran jelas berkenaan sesebuah program, contohnya seperti hai-o. Adalah tidak benar dakwaan yang mengatakan saya menghramakan hai-o.
Berkenaan wang pos program, saya menjawab bertepatan dengan soalan yang dikemukan, dan kebanyakkan mereka yang kontra dengan jawapan saya, cuba menimbulkan kononnya saya tidak jelas, lalu apabila mereka menerangkan kepada saya apakah gamabarn yang betul itu, rupa-rupanya ia sebenarnya sama menrut pandangan Islam, kerana ada perkara yang bila berbeza, hukum akan berbeza, dan ada perkara yang walau berbeza, tidak memberikan kesan kepada hukum. Itulah yang perlu pembaca sekalin memahaminya.
Untuk jalan mudah, saya sarankan pengendali program tersebut melantik dua atau tiga orang pensaihat syariah yang berwibawa dan pakar (bukan pak turut dan sebagai alat) untuk menyemak skim mereka. Tanpa itu, apa yang mereka lakukan adalah kekal syubhah atau lebih teruk, ia haram.
Isu ia telah berjasa kepada orang-orang islam yang kesempitan wang, hutang dsbngnya tidak menjadikan program itu secara automatis harus dan halal. Tidak dinafikan judi, rompak,curi, riba dsbngnya juga jika dilakukan oleh mereka yang kesempitana kewangan, lalu ia akan menolong mereka, tapi itukah bentuk tolong yang kita inginkan? yang haram?? fikirkan
Jadi fikirkan lah.
tulah….sampul2 content menda2 ni slalu datang kat rumah saya..mane dorg dapat alamat saya entah!!!
rmas sangat..cuma satu je yg saya dapat setiap kali saya dapat surat dari dorg.. saya ambik dia punya setem dan simpan…tu jerk..




huhuhu.. macam2 skang ni.. dulu pakai flyers n surat je.. tak habis2 lagi..