Buat Duit Dengan Google Adsense
Powered by MaxBlogPress  


Pentingnya Mailing List & Berapa Yang Saya Ada..

Apa khabar buat pembaca blog ini. Topik kali ini adalah tentang mailing list. Ramai yang masih teragak agak untuk membina list mereka. Mereka masih takut untuk melaburkan wang untuk dapatkan autoresponder berbayar. Mereka takut rugi. Sebenarnya anda yang rugi jika anda gunakan autoresponder free atau self host autoresponder dan diinstall pada server yang dikongsi.

Server biasanya hanya berkeupayaan untuk menghantar email sebanyak 1000 email dalam satu masa. Jika lebih secara automatik server tersebut akan dikategorikan sebagai spam. Apabila ini berlaku, pihak hosting akan mengelabah kerana kemungkinan server mereka akan diban atau ditutup.

Sebab itulah jangan gunakan server biasa. Gunakan server khas untuk email atau perkhidmatan autoresponder berbayar seperti aweber atau getresponse. Ia akan menjaminkan keselamatan list anda dan email yang anda hantar. Jika anda ingin berjaya, saya wajibkan anda untuk laburkan untuk autoresponder berbayar. Ia lebih menjimatkan dan kurang berisiko.

Kenapa menjimatkan? Jika anda telah mempunyai 3000 list dalam masa 6 bulan. Jika ianya ditutup disebabkan mengunakan autoresponder self host, anda rugi kerana lubuk emas dalam perniagaan internet adalah pada list. Sebab itulah dikatakan “money is the list”.

Berapa list yang en.sham ada? tak banyak. 2oK je.. :)

Tak percaya? Lihat dibawah:

Autoresponder 1

Autoresponder 1

Autoresponder 2

Autoresponder 2

Saya mempunyai 17,530 list pada autoresponder pertama. Dan 3008 pada autoresponder kedua. Jadi ianya lebih daripada 20,000 list yang berdaftar dengan saya dari pelbagai niche.

Dengan list ini, ia membantu saya untuk membuat ribuan ringgit dengan satu email. Saya mengumpul list dalam pelbagai niche dan saya pastikan untuk email berkaitan sahaja pada list berkenaan. Ia adalah untuk memastikan keselesaan subcriber anda. Jika tidak, mereka akan opt out jika terlalu banyak email yang merapu dan tidak berkenaan.

Mereka subcribe kerana berminat dengan perkara yang berkenaan. Mereka tidak mungkin berminat dengan perkara yang lain.

Dapatkan autoresponder berbayar untuk perniagaan anda. Jangan memperjudikan perniagaan anda kerana masa depan perniagaan anda akan dibantu oleh senarai list yang anda anda.

Jumpa lagi dalam post akan datang. Saya agak sibuk kerana ada “orang baru” dalam keluarga. :)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!Share This Post

PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN, SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

NAMUN,PIHAK KAMI AKAN LULUSKAN SEMUA KOMEN MEREKA YANG DIHANTAR.

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK SHAMSURIYADI.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

Luah rasa hati anda dengan komen dibawah.Jangan lupa untuk subcribe agar anda menerima artikel terbaru dari blog ini.Masukkan email anda di borang dibawah:

Masukkan Email anda untuk Menerima Update Terkini Dari Shamsuriyadi.com:

Delivered by FeedBurner

Comments

ada orang baru. hehe..mesti selalu meragam kan?

jika norabots autoresponder ok x?

norabots sama dengan salah satu yang saya guna. Dia guna software parabots.

Hi EN Syam,

Terima kasih atas maklumat ini..patutla sebelum nie saya duk slalu nampak URL aweber nie..tapi tak pernah gi jenguk apa itu Aweber..

Email list 20k??huyoo banyak tuh..brapa lama kumpul baru dapat email list tuh?? :)

Salam Syam,

first attempt nak commnet kat sini tak berjaya..ada error apa tah..

anyway, thanks for the maklumat..patutla sebelum nie slalu nampak URL aweber nie tak tak sempat nak gi jenguk..

uiks..20k email list!! brapa lama kumpul tuh??

saya kumpul dalam masa 2 tahun setengah.. list sebelum ni burn lepas autoresponder kaput..

2 kali terkena dengan autoresponder ni..satu yang free, host kat server sendiri.. dalam 3k..abis bila dia reset database.

kali kedua,autoresponder berbayar..tetapi company tu tutup kedai..abis semua list..

yang ketiga saya guna yang saifulsham punya – ecommercemastery.kebanyakan list ada dalam tu. sekarang dah 18k. Saya dalam kira kira 100 subcriber baru setiap hari.

aweber saya pakai kat certain website je sebab lagi banyak list saya ada dia akan caj banyak. :P

huhuh..agak lama tuh..:)

anyway..saya baru jer lepas habis en syam nye satu blog..dah khamtam!

Thanks anyway for the informative and sharing your knowledge.
two thumbs UP!!

Salam sejahtera. t/kasih kerana artikel yang sangat berguna.

Ingin saya bertanya 1 soalan, adakah Ecommercemastery ada menawarkan AutoResponder??

Kalau YA, ia sangat menarik kerana tempatan.

Harap2 sesiapa yang lebih tahu, kongsi dengan saya ea. ;-)

saya guna ecomercemastery autoresponder. ada tapi tak tau la diorang offer secara terbuka atau tak.

Saya telah mendapat tahu tentang Ecommercemastery apabila menerima emel daripada saudara sham. :-)

Ecommercemastery adalah syarikat tempatan kan? & milik saifulsham? betul tak?

Hal ini kerana saya sedang mencari2 perkhidmatan autoresponder tempatan…bagaimanakah untuk mendapatkan tawaran daripada mereka?? & bagaimanakah pula dengan harganya?.

Semoga saudara Sham dapat membantu. ;-)

Terima kasih.

ecomercemastery saifulsham punye. try je email diorang. harga leh deal dgn diorang sebab tak ditawarkan diluar.

Leave a comment

(required)

(required)