Buat Duit Dengan Ebook
Powered by MaxBlogPress  


Akaun Google Adwords Pun Boleh Kena Ban Pulak

Polisi demi polisi baru dibuat oleh Google untuk mengawal pelanggan mereka. Yang terbaru bermula pada pertengahan November lepas Google dah mula ban/tutup akaun ramai pengiklan Google Adwords. Polisi terbaru Google memang tidak menyebelahi mereka yang terlibat dalam Affiliate Marketing.

Malah salah satu akaun saya telah kena ban. Menurut mereka yang kena ban di forum Digitalpoint, mereka dah cuma bermacam cara untuk membuka kembali akaun Google Adwords termasuk mengunakan alamat,IP, no kad kredit, nama dan email berlainan. Namun tetap tak berjaya. Google masih dapat mengesan mereka walaupun ada yang bertindak format komputer mereka.

Ini menunjukkan Google sangat serius untuk ban orang dan menunjukkan teknologi Google semakin maju bagi mengesan mereka yang telah diban daripada perkhidmatan mereka. Jika sebelum ni hanya peserta Google Adsense sahaja yang diban. Tetapi kali ni, pengiklan Google Adwords juga tidak terkecuali untuk diban buat selama lamanya.

Apa yang menyebabkan Google ban akaun Google Adwords?

*Sites that charge users or collect personal information in exchange for a product that is never delivered
* Sites that charge for “free” software
* Sites that trick users into paying for fake or poor-quality content
* Sites that charge users for information that makes unrealistic promises of financial or personal gain
* Sites that install malware software on a visitor’s computer

Apa yang dimaksudkan oleh Google ialah:

  1. Laman web yang mengumpul maklumat peribadi seperti email,nama bagi mendapatkan sesuatu produk/bonus. Secara mudahnya, ia adalah squeeze page yang bertujuan untuk mengumpul email orang bagi tujuan email marketing. Seperti yang sedia maklum, kebanyakan IM bergantung kepada list mereka. Jika Google tak benarkan kita mengumpul list, macamana nak buat? Langkah ini memang bagus untuk menghalang scammers tetapi kesannya akan turut dirasai oleh usahawan internet yang benar benar buat bisnes.
  2. Laman web yang menawarkan perisian percuma. Nasihat saya ialah jangan promosikan produk yang berasaskan free trial menerusi Google Adwords. Salah satu daripada income saya ialah komisen daripada jualan perisian dari Clickbank. Saya banyak menfokuskan pada perisian yang menawarkan free trial kerana pengguna boleh mencuba terlebih dahulu sebelum membelinya. Mungkin ini adalah salah satu sebab akaun Adwords saya diban.
  3. Jangan promote laman web yang buruk  dan tidak profesional di Google Adwords. Dulu staff Google akan semak secara rawak. Kini staff Google menyemak semua laman web secara manually agar ia menepati apa yang Google mahukan. Google ingin pastikan semua pengiklan mereka mempunyai laman web yang bagus dan profesional. Laman yang web yang menipu juga akan diban.
  4. Jangan promote produk buat duit di internet menerusi Google Adwords. Ia adalah polisi terbaru Google bagi melumpuhkan Skim Cepat Kaya dalam sistem mereka. Jadi laman web yang menawarkan penambahan pendapatan atau dengan kata lain “buat duit” berkemungkinan untuk diban. Mereka mungkin tidak akan terus diban. Namun secara berperingkat ia akan  “dibersihkan” dari sistem Google Adwords. Nampaknya akan berkurangan la iklan pasal buat duit di internet lepas ni. Mungkin ada ramai yang komplen tentang banyak produk crap/sampah yang menipu pembeli di internet. Affiliate marketer memang banyak terkena tempias polisi baru ni.
  5. Laman web yang mempunyai mempunyai malware. Kebanyakan perisian antivirus hari ini mempunyai fungsi website scanning dimana mereka akan scan laman web yang terdapat/ tersenarai di enjin carian dan klasifikasikan laman web berkenaan selamat atau tidak.

Dibawah adalah perkhidmatan website scanning yang ditawarkan oleh AVG iaitu antivirus yang saya gunakan untuk laptop saya.

Laman web selamat

Laman web selamat

Kebanyakan perisian antivirus lain juga menawarkan perkhidmatan yang sama. Jika terdapat malware atau perisian merbahaya pada laman web berkenaan, perisian antivirus akan memberi amaran agar tidak memasuki laman web berkenaan. Jika laman web dikesan mengandungi malware dan iklan di Google Adwords, anda berkemungkinan akan diban. Kadang kadang kita tidak perasan, pastikan laman web anda bebas dari Malware, Spyware atau perisian yang membahaya.

Saya akan tangguhkan proses kemaskini Panduan Adwords bagi mengatasi masalah ini. Saya pada awalnya bercadang untuk melancarkan versi terbaru Panduan Adwords pada bulan ini. Disebabkan adanya masalah ini, saya tangguhkan ke tahun hadapan bagi mencari penyelesaian dan juga panduan untuk mengelakkan daripada diban daripada Google Adwords.

Kebanyakan dari kita tak membaca terma dan menyebabkan kita tak tahu ada polisi tertentu yang mungkin menyebabkan akaun kita diban. Jadi Panduan Adword versi terbaru nanti akan disentuh perkara ini jugak. Saya memohon maaf diatas kelewatan untuk mengemaskini versi terbaru Panduan Adwords ini.

Elakkan daripada mengiklan laman web yang mempunyai kaitan dengan 5 perkara diatas.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!Share This Post

PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN, SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

NAMUN,PIHAK KAMI AKAN LULUSKAN SEMUA KOMEN MEREKA YANG DIHANTAR.

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK SHAMSURIYADI.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

Luah rasa hati anda dengan komen dibawah.Jangan lupa untuk subcribe agar anda menerima artikel terbaru dari blog ini.Masukkan email anda di borang dibawah:

Masukkan Email anda untuk Menerima Update Terkini Dari Shamsuriyadi.com:

Delivered by FeedBurner

Comments

wah, teknologi goole mmg makin power nampaknya….
kena jujur dan xleh ambik ringan dh dia punya TOS tuu..hmmm..
thanks utk artikel ni bro…

Terima kasih atas perkongsian ini.

jadi pengiklan pun berisiko sekarang ni ek.hehehe.. Pelik betul la google sekarang.

peh..baru nak order e-book pasal adwords.. memang jahanamlah planning markerting aku pasni… memang malaun tul scammers2 kat internet ni..

safian, teruskan je. Cuma hati hati jangan promote benda yang money related, download & etc. kalo yang biz/ money related tu, kena pastikan testimoni real di laman web.

Terima kasih atas perkongsian ini. google pun makin strict. Oklah tu.. kurangla ckit orang tertipu ni. kpd pembaca kena hati2 la ye..

Leave a comment

(required)

(required)