Buat Duit Dengan Ebook
Powered by MaxBlogPress  


Hukum Tukaran Wang Asing dan (Forex) Salah Disisi Undang Undang?

Ramai yang tertanya tanya apakah hukum perdagangan wang asing atau lebih popular dengan pangilan FOREX. Saya bukanlah pakar dalam bidang memberi hukum hakam ini. Tetapi saya cuba berikan link yang berkaitan agar ia dapat dirujuk oleh kita semua.

1. Penciptaan Duit Kertas Moden dan Hukum Forex

2. Hukum Berniaga & Melabur Dalam Forex trading

3. Isu Leverage Dalam Forex Trading

Forex salah disisi undang undang ke? Merujuk kepada kenyataan terbaru dari Bank Negara Malaysia. Ia adalah suatu kegiatan yang salah disisi undang undang.

Berhati-hati dengan Skim Urus Niaga Mata Wang Asing Secara Haram

Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai untuk tidak menyertai mana-mana pelaburan atau program latihan urus niaga mata wang asing secara haram yang ditawarkan oleh individu atau syarikat dalam atau luar negeri.

Orang ramai selalunya dipujuk untuk menyertai pelaburan atau program latihan seperti ini dengan janji pulangan yang cepat dan lumayan. Modus operandi program termasuk:

* Menawarkan latihan, seminar atau bengkel percuma untuk mengumpan para pelabur, sebelum mempelawa mereka untuk membuka akaun urus niaga mata wang asing dalam talian dengan syarikat induk (kononnya mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan urus niaga mata wang asing di luar negara);

* Menyediakan akses mudah kepada laman sesawang syarikat induk dan kemudahan urus niaga bagi menyenangkan pelabur menjalankan urus niaga mata wang asing secara dalam talian;

* Pengambilan siswazah baharu sebagai eksekutif pemasaran dan menggalakkan mereka untuk melibatkan keluarga dan rakan-rakan mereka dalam urus niaga mata wang asing; dan

* Menghendaki pelabur menyimpan sejumlah wang dalam akaun bank bagi memulakan urus niaga mata wang asing, dan seterusnya meminta mereka menambah pelaburan permulaan (panggilan margin) bagi mengelakkan kehilangan modal.

Di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, adalah satu kesalahan untuk seseorang individu di Malaysia membeli atau menjual mata wang asing atau melakukan apa-apa tindakan yang melibatkan, berhubung dengan, atau persediaan untuk, membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, selain daripada peniaga berdaftar. Di bawah Akta ini juga, adalah satu kesalahan untuk seseorang itu membantu atau bersubahat dengan orang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, kecuali orang tersebut ialah peniaga yang dibenarkan.

Senarai peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing untuk membeli atau menjual mata wang asing boleh didapati di laman sesawang Bank Negara Malaysia (http://www.bnm.gov.my).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di:
BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
1-300-88-5465 atau
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Bank Negara Malaysia
4 Januari 2010

Saya menjangkakan ia pasti akan mengundang pelbagai reaksi kepada mereka yang terlibat dalam forex trading di Malaysia ni. Bagi mereka yang terlibat dalam forex trading pasti akan cuba pelbagai hujah dan dalil bagi menghadapi isu ini.

Bagi mereka yang terlibat dalam coaching , seminar dan bengkel Forex, ia merupakan satu tamparan yang cukup hebat. Langkah ini dibuat mungkin terdapat aduan dari orang ramai berkenaan dengan perdagangan wang asing di atas talian (online) yang semakin diminati ramai orang.

Bagi saya, kenyataan BNM ada betul dan salahnya. Forex mungkin banyak kali diekploitasi oleh syarikat tertentu bagi tujuan menipu menyebabkan BNM mengeluarkan kenyataan sedemikian.Bermula dengan Swiss Cash yang kononya mendapat pendapatan mereka daripada Forex dan pelaburan minyak. Ramai orang awam tertipu oleh penipuan berkenaan menyebabkan BNM mula mengambil tindakan mengharamkan semua berkenaan forex trading yang berpusat diluar negara.

Namun agak sukar untuk mengambil tindakan disebabkan ianya berpusat diluar negara. Kini pelbagai broker yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan yang kononnya mendapat kelulusan daripada bank bank luar negara seperti Cyprus dan sebagainya. Tiada tapisan yang dibuat samada broker tersebut sah atau tidak. Ini menjadi satu isu utama. Ya, ada broker forex diluluskan oleh kerajaan US. Ini menjadikan forex bukanlah sesuatu yang sangat salah. Tetapi yang mana satu broker yang sah?

Lebih lebih di Malaysia terdapat undang undang berkenaan dengan tukaran wang asing iaitu Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953. Ia adalah untuk melindungi ekonomi dieksploitasi menerusi tukaran wang asing. Jadi ini memberi hak dan kuasa untuk BNM mengharamkan perdagangan wang asing di Malaysia.

Penglibatan ramai rakyat Malaysia dalam Forex online. Malah ada yang menjadi jutawan menerusi perdagangan mata wang asing ini. Tetapi lebih ramai yang mengalami kerugian ribuan ringgit dalam forex.

Ia memerlukan pengetahuan yang luas berkenaan pelbagai analisa pasaran dan fundamental. Ramai yang mengalami kerugian yang besar. Forex adalah sesuatu yang sangat berisiko tinggi. Fikirkan 3,4,5 kali sebelum anda menyertai sebarang forex broker dan melakukan perdangangan jual beli matawang asing.

Apa pulak pendapat anda?

Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Luah rasa hati anda dengan komen dibawah.Jangan lupa untuk subcribe agar anda menerima artikel terbaru dari blog ini.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Comments

di malaysia ni, yang boleh main forex hanya bank sahaja. broker memang tak wujud. dan tak wujud juga hedge fund yang menguruskan dana forex macam negara jepun dll. jadi, memang tak boleh nak ‘main’ duit orang. masalahnya ada pihak yang buat macam ni dan menyebabkan rugi. kemudian orang yang tak puas hati mula buat laporan.

saudara tidak boleh samakan forex dengan swisscash. forex adalah instrumen kewangan sama macam futures, option, warrant dan sebagainya. tak wujud sistem piramid yang memungkinkan untuk menipu duit ‘orang bawah’. jadi, kalau individu itu menggunakan duit sendiri, sepatutnya tak menjadi masalah. yang penting jangan bagi orang ‘main’kan duit kita. tentang hukum agama pulak, kebanyakan instrumen kewangan memang ni hukumnya memang kabur sikit. ramai yang berlainan pandangan.

saya rasa mungkin forex ni dah terlalu popular agaknya. ramai orang yang mengambil kesempatan untuk menganjurkan kelas-kelas forex dan sebagainya. kenakan bayaran beribu-ribu tapi bila keluar tetap tak untung jugak. bila ramai dah rugi, BNM pun mulalah nak ambil tindakan

saya tak samakan forex dengan swisscash. Saya cakap swisscash mendakwa mereka mendapat keuntungan daripada forex. Forex diekploitasi banyak pihak.

thanks.Banyak jugak info dari saudara/saudari.

setuju dgn siapasiapa. tapi saudara tidak boleh kata ianya sesuatu yg sangat salah. yg tak bagus ialah apabila ada pihak tertentu mengambil kesempatan dari orang ramai yg tidak tahu tentang forex. kononnya pelabur invest dan untung bahagi berdasakan % tertentu.. atau kemungkinan mereka merupakan introducing broker kpd broker forex tertentu dan mereka akan dapat komisen drpd setiap transaksi yg dibuat. so mereka akan tarik orang ramai supaya buka akaun dgn mereka dan dari situ mereka akan dapat komisen. macam tu tak bagus lah.

tapi sesetengah introducing broker pula ada menganjurkan kelas kpd traders yg buka akaun melalui affiliate mereka, sama macam support yg diberikan apabila kita membeli sesuatu produk. yg ini bagi saya ok.

so pandai-pandailah pilih dan belajar sebelum terjun dlm fx ni.

Saya tak pernah kata forex adalah salah. Cuma bank negara yang akan bertindak tegas kepada mereka yang cuba menipu.Lebih baik berjaga jaga daripada terkena.

u kata kat atas tu “Ini menjadikan forex bukanlah sesuatu yang sangat salah.”

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/9/business/5432021&sec=business

Sudah terang dan jelas BNM menegaskan forex trading di lakukan oleh individu dan bukan melalui institusi yg dibenarkan adalah salah di segi undang2. Tiada apa lagi nak di bahaskan.

Mengikut Perkara 4(1), Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, Di Malaysia, hanya mereka yang berdaftar sahaja boleh berurusniaga FOREX dan EMAS. Dalam erti kata lain, mana-mana yang tidak berdaftar tidak boleh berurusniaga FOREX di Malaysia ini. Di Malaysia agen-agen FOREX berdaftar merujuk kepada Pengurup Matawang Berlesen. (BNM)Secara mudah, melalui konteks Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, anda tidak boleh menjalankan aktiviti tukaran wang asing seperti pengurup mata wang jika tidak berlesen. Simple as that.

Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 DIKEMASKINI pada tahun 1969.Jesteru, tiada satu peruntukkan khas yang benar-benar jelas untuk mengawal selia urusniaga FOREX melalui internet ini memandangkan penggunaan Internet untuk FOREX trading bermula sekita 1990-an.

Yang salah dalam ruang lingkup Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 adalah menjalankan urusniaga jual beli matawang asing tanpa lessen, atau membantu, memujuk dan mengiklankan perkhidmatan berkaitan DI MALAYSIA samada kepada Residen atau Non- Residen.

Memandangkan Malaysia tidak mempunyai broker yang sah untuk menguruskan urusniaga FOREX, maka sesiapa yang mempunyai kemampuan boleh saja berurusniaga dengan broker-broker berdaftar di Negara-negara yang lain seperti UK atau US.

Broker-broker seperti FXCM, Interbank etc, adalah broker yang SAH dari segi perundangan Negara mereka.
Apabila rakyat Malaysia menggunakan broker ini sebagai platform, sama seperti kita membeli pelaburan di Negara UK atau US dan ia tidak termasuk di bawah bidangkuasa Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 dalam konteks yang dinyatakan tetapi termasuk dalam EXCHANGE CONTROL NOTICES 9 –Investment Abroad di bawah tajuk ini: (ECM9)

“Investment By Individual” -
A resident individual with domestic ringgit credit facilities is allowed to convert ringgit into foreign currency up to RM1 million per calendar year for investment in foreign currency assets.

Azman, I think you’re right Forex Trading is carried out by private individuals.

baru2 ni ada keluar hukum kata forex haram dalam utusan ker metro minggu ni.

bleh anda ulas?

ada perbezaan pendapat tentang hukum forex ni.Pengunaan teknik trading sepertu hedging & konsep liverage dalam forex boleh menjadikan forex haram.itu pendapat UZAR la kerana ada unsur judi.

saya tak layak nak ulas panjang perkara ni. Serahkan pada mereka yang mahir dalam bidang agama jela. Kalau saya, saya elakkan sahaja dari perkara yang saya ragui.

Leave a comment

(required)

(required)