Ada apa dengan Dinar Reserve

Visited 1 times

February 12, 2010 · 88 comments

in Scam Alert

Saya ada dengar orang disebalik tabir Dinar Reserve adalah mereka yang sama dari MIRSB sebelum ni. Nampaknya mereka nak mencari mangsa baru dalam “dinar” pulak kot. Tengok dari keahliannya macam sama dengan sebelum ni.

Mereka gemar mengunakan perkataan mobile dan juga center. Dinar reserve ni juga ada keahlian yang sama iaitu mobile dinar dan juga dinar center. Actually saya tak nampak apa guna kad dinar reserve tu kepada mereka yang join. Untuk keluarga duit dari Liberty Reserve, E-Bullion? Hanya mereka yang gemar dalam forex je guna benda tu.

Diorang nak jadi orang tengah transfer duit pulak ke? Maklumat kat laman web pun takde sangat.  Jadi susah nak wat review pasal Dinar Reserve ni. Tetapi menurut Whois, comfirm orang sama disebalik MIRSB,MONSUN BIZ, 86 dan seangkatan dengannya.

dinar reserve

Dunia ni kecil aje. Entah berapa ramai pulak mangsa selepas ni. Saya jangka Dinar Reserve ni pun takkan bertahan lama. Lepas ni tutup la. Diorang nak main e-currency. Memang lagi seronok BNM nak pantau sebab diorang boleh caj AKTA PENGUBAHAN WANG HARAM.

Saya masih tertanya tanya pada mereka yang pernah tertipu dengan diorang tu. Takde tindakan daripada pihak berkuasa ke? Rasanya ada yang buat laporan polis. Pelik betul.

P/s: Ada lagi pasal Zubir kat Budiey berkenaan filem yang gagal – gentayangan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share

Comments

Powered by Facebook Comments

{ 88 comments… read them below or add one }

saya dah pergi talk dinarreserve April 11, 2010 at 2:17 pm

Siapa Kamu sebenarnya SYAM ?

Kalau takde creditential kenapa anda menulis ?

Kenapa anda memberi komentar ?

SAYA MELIHAT DISINI ANDA HANYA MEMPENGARUHI ORANG LAIN UNTU MEMBUAT TINDAKAN BAGI PIHAK ANDA ?

SENANG CERITA ANDA TIDAK BERTANGGUNG JAWAB…

SAYA ULANGI SEKALI LAGI APAKAH DIMANAKAH BENCHMARKING ANDA ?

sekiranya tiada anda tiada asas pun nak mebanding kan pada mana mana perkara ?

Minta Maaf, Kaedah anda sangat MENCURIGAKAN .

saya dah pergi talk dinarreserve April 11, 2010 at 2:26 pm

Dato Zubir @ Murad saudagar penipu:

Harap Maaf , Tanpa sebarang Benchmark atau perbandingan atau sebarang bukti nyata syam dan komentar dalam blog ini tiada creditential to stand alone! dan apa yang tuan tuan dan puan puan kemukakan disini tak lebih daripada fitnah .

BigBoss April 11, 2010 at 3:44 pm

sham,

itulah, tapi dah banyak kali budak botak iskandar ni menipu orang. Harap2 dia sedar la, kaya kat dunia ni tak kemana dengan hasil titik peluh yang haram

Sham,pesal u nak menuduh Karl Iskandar mcmni?
sampai membuat panggilan yg tak beretika…saya tumpang berbangga beliau still nak developekan bisnes dan membantu ramai lagi usahawan baru..u sepatutnya menggunakan platform internet kearah yg lebih baik dan bukannya menghentam dan menuduh org tanpa AKAL..saya sokong BUDAKBAIKPUNYER..cee u at the TOP

sham April 11, 2010 at 3:48 pm

Siapa saya? Saya hanya blogger biasa je.

Creditial? buat apa? untuk apa? Saya bukan nak hantar kat penerbit pun tulisan saya ni.

kenapa beri komentar? Ni namanya kebebasan bersuara. Anda pun boleh nak tulis apa yang anda nak. Takde orang nak marah pun.

Orang terpengaruh? Terpulang kepada orang untuk menilai dan buat kajian sendiri. Ada banyak cerita tentang depa ni kat internet. Cari je.

Saya bertanggungjawab dengan apa yang saya tulis.

Sejak bila blogging ada bechmark? kalau blogger politik lagi hebat.

Untuk banding, search je kat internet ni. Dunia tanpa sempadan la katakan. Bukan saya sorang je tulis pasal diorang & apa yang diorang buat. Malah ada diantara mereka adalah mangsa mereka sebelum ni.

kaedah anda lagi mencurigakan. Kalau anak jantan, guna nama sendiri. Hanya pengecut je guna nickname untuk hentam orang ni.

Kalau rasa anda betul, berikan fakta kalau rasa saya salah.Saya tak kisah untuk membetulkan apa yang salah. Sembang sahaja tak guna.

sham April 11, 2010 at 8:57 pm

uiks..Bigbos, bila masa pulak saya cakap macam tu? Seumur hidup saya tak pernah cakap kat orang macam tu.Dah kejadian Allah macam tu.

saya dah pergi talk dinarreserve, nak benchmark macamana? bukti macamana? creditial macamana?

memang blog dah stand alone pun.Tak bergantung kat sesiapa.

rosli April 12, 2010 at 2:02 pm

alahai, bising2 pun tak guna.. survey je google semua boleh tau.. terpulang la, semua orang ada fikiran dan pendapat. Tunggu dan lihat saja…kalau terkena tu kira malangla, kalau untung, kita tumpang gembira.. huhuhu..

takutnya aku dengan net police, ispektor sahab..bagus juga sebab banyak kes dah di usulkan di KPDN, SSM, Bank Negara tentang isu2 pelaburan yang tak sah dan berbagai lagi, bukan senang lepas punya..

opss sorry aku tak reti bahasa berok..

saya dah pergi talk dinarreserve April 15, 2010 at 10:29 pm

rosli,
saya tak melihat bahawa ada unsur skim berkepentingan awam pun dlam dinarreserve ?

syam , tindakan awak adalah memulakan fitnah ….

mimi April 19, 2010 at 6:00 pm

salam..
aku sokong dgn sham.. mmg dia betul, aku kenal zubir tu dan pernah ada hubungan ‘tuut’ dengan dia, dh la penipu, kaki perempuan pulak tu, dh main dgn perempuan, lagi mau pinjam duit dan aku adalah salah seorg darinya yang termakan pujuk janji bagai, habis maruah aku tergadai, tapi nasib duit xsempat nk bagi, sbb aku mn ada duit RM5k sume tu, nk buat modal konon..

rosli April 19, 2010 at 7:18 pm

baguslah ada orang bersimpati padaku.. hahahhahaha.

BudakBaik April 20, 2010 at 8:22 pm

Rosli ni suku sakat toutttttttttt atau memang tuuuuuut yg aku maksudkan. Aku jenis takut dosa sebab tu aku tak sebut nama malaun yang dengki kan Iskandar. Tapi aku tahu siapa kau Rosli. Kesian mak bapak kau yang ada anak macam kau ni. Diaorang dah didik ko dengan sempurna. Tapi ko ni jenis yang tak terajar. Kau dengkikan Iskandar. Tapi Iskandar takde masa nak layan ko. setakat ko dia tak heran pun. aku tetap sokong Iskandar sebab dia dah banyak tolong aku. Ko ada tolong orang. Buat bisnes pun lingkup je. Tula hati busuk kan orang. Tuhan akan tambahkan rezeki orang2 yang kau kutuk dan sempitkan rezeki pendengki macam ko. Sebab tu bisnes yang ko buat sekarang tak berjaya. Insafla . ko pun ada anak bini. Takut apa yang ko kutuk tu balik kat keluarga ko. Ko pandang la muka anak bini ko. Tak tahu la kalo bini ko pun sama dengan ko. Tapi aku harap anak2 ko tak ikut perangai ko tu.

BlogerBlogstarz April 20, 2010 at 10:06 pm

Rosli BOROI makan duit haram sebab tu BOROIIIIIIIIIII. AKU KENAL KAU LA. TAK PAYAH NAK GUNA NAMA SAMARAN . PENGECUT… KALAU KO BERANI GUNA NAMA KAU SENDIRI KAT SINI. KO TAK BERANIKAN. KAU FITNAH ORANG YANG PERNAH TOLONG KAU . TAPI KO NI JENIS TAK BERSYUKUR. BILA DAH TOLONG NAK PIJAK KEPALA ORANG…

BlogerBlogstarz April 20, 2010 at 10:24 pm

Tuan Rosli .Aku kesian kat makbapa ko lahir anak macam ko. aku rasa mak bapa ko dah didik ko dengan sempurna. tapi ko ni jenis manusia tak terajar. Apa yang ko tulis tu itula diri ko. Bagus la resepi yg ko buat untuk ko sekeluarga. kesian kat anak bini ko yang makan. Bertaubat la Rosli….Bersihkan hati ko yang busuk. Aku kenal ko siapa. Tapi aku bukan jenis suka aibkan orang. Aku tak kan sebut nama sebenar ko kat sini. Aku tetap tabik pada Iskandar sebab sentiasa coolllllllllll je. tak de mengata atau fitnah orang. sebab tu rezeki dia berkat. Sampai hari ni aku tengok dia ok je. Tq pada Iskandar yang banyak tolong aku. Aku sokong pada orang yang pernah tolong aku je. Aku tak nak jadi manusia macam kacang lupakan kulit.

BudakBaik April 20, 2010 at 11:05 pm

Semalam aku jumpa Iskandar hal bisnes. Aku pelik juga apa yang dikatakan oleh Rosli. Aku tak nampak pun Iskandar ni penipu. Setakat hari ni aku rasa dia ok.

saya dah pergi talk dinarreserve April 21, 2010 at 9:32 am

Nampaknya tuduhan kepada company nih lebih menjurus kepada fitnah ….. Kenapa semua nak memfitnah pula Business orang !

Yang saya nampak sekarang ialah tiada apa apa stand pun pada tuduha keatas dinarreserve mengenai apa rosli katakan sebagai skim berkepentingan ?

blogger April 24, 2010 at 11:31 am

jangan di sangka air yang tenang (cool) tiada buaya dan naga, begitulah sikap2 peniaga zaman sekarang. Konsep mempergunakan dan mengambil kesempatan di atas kepercayaan orang memang di amalkan oleh peniaga2 yang bersikap tamak haloba.

apa-apa pun lepas di dunia belum tentu lepas di akhirat, undang-undang dunia ciptaan manusia, manusia boleh mengawalnya, namun undang-undang akhirat, tidak ada yang terlepas.

azaq April 27, 2010 at 10:02 am

melayu? islam?
melayu-islam?
islam-melayu?
malu saya baca semua ni..

lin April 29, 2010 at 2:44 pm

saya mangsa monsun-biz..bayar rm5000..tapi bila nak claim dapatkan domain..atau apa2…hilanglah…sampaikan resit pembayaran pun tak dijumpa..!!! dahlah tu, setiap taklimat untuk pembelajaran perlu dibayar..
Sekarang..biz ini adalah satu penipuan, duit telah diambil!

saya dah pergi talk dinarreserve May 9, 2010 at 11:06 pm

Tetapi sampai sekarang saya lihat Monsunbiz masih beroperasi ?

Insan Malang May 11, 2010 at 11:52 am

Salam Smua…

Ni aku nak citer skit pasal dinar reserve tu…masa hari pelancaran tu aku ader kat sana…siap aku videokan lagi…
SiZubir penipu tu kata nak buat cabutan bertauah pada hari pelancaran tu dan hadiah dia sebentuk cincin emas bernilai puluhan ribu ringgit…maka siZubir dan kuncu-kuncu dia pun collect la duit…nak dijadikan cerita…penyertaan peserta tak ramai -+ 7/8 orang jer yang join cabutan bertuah tu…kalau korang jadi penganjur korang bagi tak hadiah yang dijanjikan tu…collection dapat tak sampai seribu…hadiah bernilai puluhan ribu…BALIK MODAL X si Zubir ni.Jawapannya …tentulah takkan…maka cabutan bertuah tu dah jadi cabutan tak bertuah la kerana siZubir blah sebaik sahaja acara tamat..Kesian pada peserta..yang terkena RM100 sorang tu.

Aku rasa korang semua patut dan mesti berhati-hati ngan si Zubir ni…

BigBoss May 11, 2010 at 1:54 pm

memang bebetulmalang nasib ko…maybe sbb kebodohan ko tu agaknya…first sekali,aku pun ada join majlis perlancaran bodoh tu yang dianjurkan oleh muafakat rembau…hampeh majlis tu..syok sendiri je…majlis yg takde hala tuju..
kedua yang dtg pada majlis tu pun…dgr dari propa mcm bagus je tp yg dtg suku sakat broker jer…kelakar siap bawak bebudak kecik lagih…..acara lagi hampeh sbb siap nak menari nari …ingat istana budaya ke apo…

tak pepasal yg ko “insan malang” kaitkan yg zubir penipu pesal apalak..ada bukti dia angkut duit tu ke?kalau zubir saman fitnah idup idup je engko kena masuk….macamni lah “insan malang”…apa apa nak ckp biar ada bukti yg bebetul kukuh.

Dinarreserve tidak pernah menganjurkan sebarang perlancaran lagi,yg ko pegi tu majlis yg PROPA je…sbb syarikat yg entah apa tu buat gimik nak mengenakan org kot…sbbtu perlantikan dia dibatalkan sbb ada unsur yang tak mengikut terma dinarreserve ….hati hati ngan sesapa yg ada berurusan ngan muafakat rembau…”hati hati je” kalau insan malang dah tejebak…teruskan je lah..tak dapek den nak tolong dah..

Team dinarreserve makin kukuh skrg ni..syukur dan makin ramai agen diseluruh malaysia,tak lama lagi diaorg akan setup team mobile blogger lak…sesapa yg nak mobile blog leh lak hubungi dinarresreve tak lama lagi…

oppsss lupa nak bagitau..cuba tgok logo http://www.dinarlink.com jap….mcm sama logo dinarreserve je…dah habis idea tu…
ideatank tu??? mcm kenal je …..edisi siasat bermula..

BigBoss May 11, 2010 at 2:03 pm

lupa ….ttng cabutan bertuah..memang idea zubir,tp yg aku tau..duit 1 sen pun tidak diserah kepada zubirpun…semua diuruskan oleh syarikat emas yg membuat promosi tu…tak pepasal kerana aturcara yg hampeh semua bisnes zubir dia nak babit..ni apa citer…tak gentle la bro….better kita siasat disebalik tabir dinarlink gold card…dedua broker,syawal(broker pasir berdegung) dan haslina ( broker loan bedengung)..sesama nak pau pemangsa ..bagus bagus..edisi siasat bermula…tunggu….sapa Syawal Salim?

JOM KITA SESAMA SIASAT..mana dia duk,opis dia,keje dia,background dia,aktiviti dia…AGEN PARTI KEADILAN…utk nak lingkupkan kerajaan memerintah…

saya dah pergi talk dinarreserve May 11, 2010 at 2:06 pm

Saya Pun Pergi juga Pelancaran dinar links tu , Tapi Penganjur Majlis “Muafakat Rembau Sdn Bhd” Untuk Dinar Link Gold Card Sistem. Dinar Links Tu Cuma berkait je dengan Dinarreserve,

Alih Alih lepas tu Ada pula Press Conference dibuat mengatakan Muafakat rembau tidak terlibat dengan Dinar reserve ?

Dari Sini Saya lihat yang sebenarnya Muafakat Rembau yang tidak Genuine.

Alih alih meminta deposit dan pengaktifan ?

Saya dah katakan bahawa Asas Perjalanan dinarreserve adalah untuk medium pengiklanan . Tak ada pun unsur transaksi dalam point dan sebagainya

Manakala asas transaksi dalam dinarlink gold card merupakan asas yang berunsur point .

Semuanya direct transaction dalam ringgit Malaysia daripada seller to buyer

sebab itu saya lebih tertarik dengan dinarreserve berbanding Dinar Link Gold Card …..

Tentang Majlis perlancaran tersebut, saya sendiri terkejut apa bila tiba tiba MC mengumumkan akan membuat cabutan bertuah . Memang tak balik modal kalau dibuat cabutan bertuah . Nasib baik saya tak melabur pada Muafakat rembau …..

syafeeq May 14, 2010 at 9:03 pm

biasanya skim-skim penipuan ni mmg ade beberapa kerat yg akan dpt untung, baru la bleh berkembang.. saya mmg tak tahu pihak yang mana yang betul sekarang ni.. tetapi nasihat saya fikirlah sebaik-baiknya.. Kalau kata, dinar reserve tu mampu buat marketing besar-besaran, kenapa websitenya nampak amat murah.. Info yang sangat minimum (menambahkan was-was).. dan lagi satu english pun tunggang-terbalik(lagi jadi tak yakin).. Dengan kebesaran skala operasi dinar reserve yang diceritakan kat sini, memang tak patut la website tu sedemikian rupa.. sekian..

Azman mohamad May 16, 2010 at 11:24 am

Salam semua,

Masyarakat Malaysia yang berminat dengan pelaburan/simpanan emas dinasihatkan pilih salah satu dari alternatif ini , risiko yang perlu difikirkan risiko harga emas itu sahaja..

1. Gold Savings Passbook Account (GSPA) / Kijangmas – Maybank

2. Gold Investment Account (GIA) – Public Bank

3. Gold Account-i – Kuwait Finance House ( Malaysia ) Berhad- Institusi Kewangan Islam

ketiga-tiga pilihan di atas lebih selamat , diluluskan Bank Negara Malaysia..

namun pada saya pilihan ke-3 lebih dekat ,
- lebih tenang untuk Muslim – 100% berlandas syariah : produk & Institusinya
- konsepnya lebih transparent , jika penyimpan mahukan emas dalam bentuk fizikal , bank berikan fizikal , 2 pilihan simpan emas di bank / bawa balik emas .
- tiada sebarang caj perkhidmatan / lain caj, transaksi berdasarkan harga jual / harga beli.
- minimum 10gr , sila ke http://www.kfhonline.com.my untuk maklumat lanjut..:)

kekurangan kepada pilihan ke3 , jika hendak membuka akaun cawangan Kuwait Finance House cuma ada 7 di Malaysia – KL- Etiqa Tower ( belakang KLCC ) & Pavilion , Klang , Shah Alam , Penang , Kuching & Johor Bahru – saya bernasib baik tinggal di JB ..:)

selamat menyimpan muslimin & muslimat sekalian,

harapnya ini membantu kepada yang ingin mula melabur/menyimpan emas ,

a gurl May 17, 2010 at 11:51 am

Do u think u are perfect enough to judge the people and their effort doing this business?do u realize that you are pointing 1 finger to the person but another 4 fingers are pointing to yourself…shame on u and so irritating because that is malay attitude..always know how to knock down other people business for their own interest..don’t blame the founders coz it’s not him who lied to u but his agents..so,figure it out first before u blame the founders…

sham May 19, 2010 at 12:32 pm

shafeeq, saya setujua..diorang kena buat website yang lebih profesional. Memang tak logik kalau projek skala besar macam tu je websitenye. Maklumat pun tak mencukupi seperti program yang diorang buat, nama syarikat, pengesahan dari negeri yang terlibat (mereka kata mereka dapat kerjasama dari sebuah negeri) dan banyak lagi la kena buat. Takkan nak jual benda yang tak siap?

a gurl, kalau agen menipu kenapa duit masuk ke dalam akaun syarikat? kalau agen menipu pasti masuk poket agen la.

a gurl May 19, 2010 at 2:18 pm

do u have proof that the money go into the company account?if u dun have any proof to show it here so don’t talk to much and blame other people…do you know that defamed the great sin of killing sin..so,proof it first then talk and blame the people..

sham May 19, 2010 at 3:56 pm

kalau nak resit senang je…search je “mobile income”, “monsun biz”, “seemore” & banyak lagi la. berlambak kalau nak kutip resit. ramai sangat mangsanya. tu yang tahu luah perasaan secara online. yang tak reti pasal internet tu lagi ramai.

Kalau betul dinar reserve nak berjaya…

1. Make a proper website. Kalau macam tu la, siapa nak percaya? orang buta IT mungkin la sebab kali pertama tengok laman web.
2. More info. Setakat ni takde maklumat langsung pasal diorang buat kat website. Kalau betul, dedahkan la. Kenapa nak sembunyi-sembunyi.
3. Endorsement. Saya nak tengok jugak endorcement dari negeri mana tu.
4. Security. Terus terang konsep site macam tu langsung tak secure. Spider email grabber senang je nak harvest email. Apatah lagi kalau hacker nak scan sebarang maklumat termasuk password orang.

Nasihat sebagai orang Melayu, perbaiki kelemahan ada.Saya tengok dok asyik ulang kesilapan sama sejak dari dulu lagi. Ia memusnah diri je sebenarnya. Search je nama zubir yahya kat internet… scammer!!!. Itu ke yang dia nak?

Owner bertanggungjawab kepada syarikat dia. Bukan agent/reseller yang dilantik. Kalau agent tipu, ia akan reflex kepada owner/syarikat. Owner/syarikat akan dipersalahkan jika penipuan berlaku. Sebabnya kenapa tidak mengambil tindakan untuk membendung dari awal?

lebih pelik…ia terjadi lebih dari sekali. kenapa jadi macam tu?

filem Gentanyangan… kena tipu (dalam media ada)…ok fine
Mobile Income…kena tipu nora?
Monsun biz…. kena tipu nora lagi?
Seemore….kena tipu agent?
Bossmailer…kena tipu agen?

Takkan tak belajar lagi kot dah berderet kena tipu. Adakah ia hanya kebetulan?

Asyik terjun lubang je kerjanye.. atau memang keje gaji lubang untuk tutup lubang?

hanya tuan punya badan je boleh jawap.

p/s: saya tak kisah untuk tolong promote kalau ia benar benar bagus & telus.

BigBoss May 20, 2010 at 12:01 am

Nampaknya bro Founder zubir popular,semua produk yg dia buat dpt perhatian satu malaysia,yg nak tuduh dia scammer ke penipu ke semua orang-orang yang nak menggagalkan rancangan dia je..maklumlah pesaing yang tak berjaya dan tak dpat perhatian…cuba sebut satu sistem yg leh dikenali???satu habuk takda …blogger nyamuk lagi takde langsung?
idea bro kita ni dah betul,cuma pelanggan je tak faham konsep…takyah la gi jejauh,yg bijak pandai ITpun takde lak nampak inisiatif nak ajar ajar makcik makcik…bila bro zubir letupkan sistem dia baru lah semuanak belajr IT..tu pun dah bagus sebenarnya…

sistem-sistem dia OK apa,mobileincomedirektori samapai skrg ada…monsun-biz walaupun dihentam..cuba tanya semua lanlord dia..semua sampai skrg suka…igomobile lak..sampai skrg masih org carik walaupun dah dihentikan…baru buka minda org kampung camanaduit sms dibuat…ada semua peduli..kat telco ada satu beberapa syarikat dibyr rm berjuta hanya buat sistem sms dan ringtone? semua ni yg bro zubir nak bgtau…
tentang sistem bossmailer lak…bro zubir nak tolong dan bukak minda camana nakkumpulkan email…alih alih semua nak tuduh memcama..cuba pikir bebaik apa yg dia cuba sampaikan…cuma minda pihak penentang lum sampai apa yg nak dia sampaikan…sama la mcm TUN Mahatthir dulu masa mula mula buat KLCCorg tuduh Batu Nisan je….tp skrg ada nampak apa sebab dibuat KLCC? sama je…

Tentang projek kerajaan negeri..sesama tunggu je ya..nanti rerajin tgok tv dan akhbar je..takyah kecohkecoh..dah dpt dah bro zubir tu…kang jeles je lagi antu antu yg bebulu ngn dia…

Tentang dinarreserve…takyah la buat sistem terlalu advance,sy baru balik dari opis dia..arini ada org sarawak (pensyarah) dtg jumpa bro zubir,sms bulk pun tak tau,facebookpun tak penah tengok,email tak tau nak register…dia nak belajar bisnes dinarreserve….jd sistem mudah utk org yg baru nak belajar bisnes…org sarawak balik ngn muka hepi…ada gakpeluang org mcm bro zubir nak ajar….
kalau terlalu advance…elok engkorang je lah buat..pastu promo kat TV ..ckp sistem korang lagi bagus…pesal tak buat?
tentu tak tau buat..atau takde idea…atau takde duit cukup…jd kalau semua tu takde..takyah lah nak mengumpat..kalau telalu pandai IT..awat tak berjaya…hehe..

Gurl..u bagus,nanti i bawak jumpa bro zubir..make close ngan dia..so u akan tau misi dia.

jalil68 June 7, 2010 at 2:28 am

haloo…hope saudagar internet sihat…terima kasih kerna blog nie diadakan..bagi saya ia amat membantu peniaga2 internet baru,dari pada ditakluki minda2 dan unsur penipuan,thank to great MAN here..cukup2lah minda melayu kita ditakluki oleh penjajah2 yg baru ingin jadi penjajah..kita sebenarnya ditakluki oleh suatu pekara dari nenek moyang kita,,,bilakah ianya akan berakhir..dengan berbagai onak..dalam kehidupan nie..MELAYU YG BARU BELAJAR MENIPU CUKUP2LAH…kamu semua x kan pergi jauh pun..kamu akan tidak serik akan mencari idea2 baru untuk menipu…BANGKIT LAH MELAYU…mungkin kali nie anda semua yg menipu akan bertemu jalan terakir dlm kehidupan anda…harap PENIPU MELAYU INSAF,nasib x selalu baik..bagi saya sebagai melayu amat rugi rasanya bila penipu2 nie gagal dlm bidang yg sepatutnya siorang pi..PEACE MALAYSIA.

Dato Zubir @ Murad saudagar penipu June 29, 2010 at 11:16 pm

salam semua;

seperti yang ku duga… dinar reserve ini menjadi sesuatu tempat zubir menabur benih2 nya pastu dia tuai lalu cabut lari… hehehhe baca kat sini

http://www.facebook.com/dinarreserve

posting sampau bulan june4. pastu posting bro 16 jun tu tak de sapa reply. dia tulis:

“Safian Ramly Salam… actually brape lame utk registration…?? saya nk join dan dh join tpi xde ape pn..?? kate kne g kursus smpai skrg masih xde respon, knp ye…??”

pada 16hb Jun pukul 10.45 ptg ·

Kenapa big bos? boleh tolong jawabkan?

sham June 30, 2010 at 10:09 am

aik…belum pape dah bermasalah.. tak lama la macam tu nampaknya… pramatang lagi le.

Dato Zubir @ Murad saudagar penipu July 29, 2010 at 2:48 pm

cam tu la gamaknya cek sham… kalau dah dasar nak menipu tu, menipu jugak la jawabnya. Posting terbaru dah tgk lom dalam facebook tu? Bro Taja tu dok jerit2 carik si abang Zubir kita. Bro… Nak carik zubir gi kat The mall. Nak alamat rummah dia pun aku ada.

Bagi aku, kalau nak buat biz, biarla elok2, beretika, telus. Jgnla macam nie. aku pun buat biz SMS bro tapi tak la sampai cam nie dia nye marketing plan. Nie merapu namanya…

By the way Bro sham. Thanks for this website. nampak gayanya buat kesekian kali, yag lain nie dah senyap dah… hehhe

Zubir Al-Kencingan August 16, 2010 at 4:39 am

Zubir al-kencingan sape tak kenal…kaki kencing buat biz internet..
dinarreserve dia buat tu dah tukar manangement kpd wise merchant sdn bhd..sebab co enterprise bini dia united zone resources dah kering duit…website pun tak upgrade2 lagi..

apa lagi idea dia lepas ni..
iklan rtm free tak bayar..citer hebat sangat kata 500k..

dia setakat melayu bolehla dia kencing…
tapi dia dah ada report kat sprm pasal projek melaka dia
sbb dia sogok org ali rustam..

yang dia kencing pun orang yang tak tahu IT…
dia sendiri bukan pandai pakai computer…

zainal September 7, 2010 at 1:19 pm

terima kasih sham you orang memang best kalau tak dengan komen ni aku pasti dah jadi mangsa dia orang , aku teruja plak bila tengok dia punya iklan kat metro satu muka penuh dia punya promote….. maklumlah simpan kat emas sikit dah dapat pulangan lumayan peh…..

teruskan review mana mana punya program .. aku sokong you..

Siti Hawa March 7, 2011 at 5:56 pm

Sekarang ni dr zubir dah tukar nama kepada dr zir yahya.buat contract farming stevia..10K,5K…macam2 lagi la pakej2 dia..

tapi banyak yang tak jadi..dia jual anak pokok satu rm10..dia beli baru rm3…janji lepas 3 bulan dapat tuai hasil…

pokok entah kemana…hasil entah kemana…

Mahadi Mahbol March 7, 2011 at 6:01 pm

Hati2 dengan produk baru dia…

pakai nama bini dia pulak..

Domain: robotoncall.com
Status: Protected

DNS:
ns12.localdns.com
ns13.localdns.com

Created: 2010-09-21 14:54:40
Expires: 2011-09-21 14:54:40
Last Modified: 2010-09-21 02:54:40

Registrant Contact:
Dr Zaliza Zain
Dr Zaliza Zain – ()
88 Taman Melawati
Kuala Lumpur, WP, MY 50000
P: +00.000000 F: +00.000000

Administrative Contact:
Dr Zaliza Zain
Dr Zaliza Zain – ()
88 Taman Melawati
Kuala Lumpur, WP, MY 50000
P: +00.000000 F: +00.000000

Technical Contact:
Emerge Systems (M) Sdn Bhd
Domain Administrator ()
A-5-1, Pusat Perdagangan Pelangi Square Pelangi Damansara, PJU 6, Persiaran Surian
Petaling Jaya, Selangor, my 47800
P: +603.77272280 F: +603.77272270

Billing Contact:
Emerge Systems (M) Sdn. Bhd.
Domain Administrator ()
A-5-1, Pusat Perdagangan Pelangi Square Pelangi Damansara, PJU 6, Persiaran Surian
Petaling Jaya, Selangor, my 47800
P: +603.77272280 F: +603.77272270

kakikaku November 4, 2011 at 8:03 am

korang yg main saham internet melabur tak tentu pasal ni memang lah manusia paling bodoh + paling lahabau dalam dunia !!!

ha ha ha … mana ada senang dapat duit !!

kalau betut senang takder ler negara & manusia yg bengkrap miskin lam dunia ni…

tak ada lam sejarah dunia org jd kaya raya & hidup senang main mende mende buduh mcm ni…

byk negara maju di eropah spt jermen perancis & uk memang takde benda benda mengarut ni.. memang tak di benarkan sema sekali.. malah MLM pun di haramkan !!

benda ni semua terjadi mungkin di sebabkan kelemahan kerajaan yg memerintah & di campur juga dgn sikap bangsa yg memang turun temurun dr jenis buduh sumbung tak boleh di ajar !!

hahahahahahaha!!!! mungkin kebodohan mmg membawa kpd kemiskinan setrusnya membuka kpd perkara bukan bukan dlm kehidupan !!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: