Denda RM1juta Bagi Individu Yang Menganjurkan MLM Tipu
Nampaknya kerajaan dah mula serius untuk membanteras skim cepat kaya dan MLM yang menipu orang ramai. Malah individu pun tidak terkecuali jika membuat penipuan dengan perniagaan berkonsepkan MLM. Nampaknya penganjur skim cepat kaya kena fikir banyak kali la lepas ni.
BERA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan meminda Akta Jualan Langsung 1993 bagi melindungi pengguna daripada menjadi mangsa peniaga yang cuba mengaut untung besar hasil daripada peniagaan tersebut.
Jika draf pindaan akta itu diluluskan, syarikat yang didapati menipu dalam aktiviti jualan langsung boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta berbanding RM500,000 sekarang.
Bagi individu pula, kementerian itu mencadangkan denda dinaikkan daripada RM250,000 kepada RM1 juta.
Banyak lagi akta akan dikaji dan dikemaskini termasuk akta sewa beli, akta perlindungan pengguna selain daripada akta jualan langsung. Mungkin suatu hari akta bagi perniagaan internet pun akan dibuat untuk melindungi peniaga dan juga pengguna.
Soalnya sekarang ni. Bagaimanakah penguatkuasaan dan pemantauan boleh dilakukan oleh KPDNKK? Ada akta. Penguatkuasaan yang akan mengerakkannya. Jika tiada, akta hanya akan tinggal akta.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN, SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.
NAMUN,PIHAK KAMI AKAN LULUSKAN SEMUA KOMEN MEREKA YANG DIHANTAR.
SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK SHAMSURIYADI.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM
Luah rasa hati anda dengan komen dibawah.Jangan lupa untuk subcribe agar anda menerima artikel terbaru dari blog ini.Masukkan email anda di borang dibawah:





Comments
No comments yet.
Leave a comment