Panduan Pengiklanan Berkesan Di Internet dan Media
Powered by MaxBlogPress  


Perniagaan Internet Dah Wajib Daftar Perniagaan Di SSM

Nampaknya mereka yang meniaga di internet perlu mendaftar perniagaan mereka di SSM. Sebelum ini takde penjelasan yang jelas bahawa perlu atau tak mendaftar di SSM. Namun ada banyak lagi yang kurang jelas tentang perniagan jenis apa yang perlu didaftarkan antaranya?

Blogger- pendapatan daripada pengiklanan, affiliate & etc. Perlu ke mendaftar?

Affiliate- bagaimana pendapatan affiliate. Ada affiliate marketer malaysia mempunyai pendapatan ribuan ringgit sebulan.

Forex Trader – pendapatan daripada pedagang matawang ni macamana?

Kalau nak jalan selamat, daftar je. Dalam RM70 je daftar di SSM. Sekarang ni nak daftar online pun boleh. Harap kerajaan boleh jelaskan kekeliruan ini.

Kebanyakan peniaga di internet masih belum mendaftar perniagaan mereka kerana menyangka mereka tidak perlu untuk mendaftar. Dalam Harian Metro semalam ada cakap 400 orang peniagaan online dikenakana tindakan undang undang kerana tidak mendaftar perniagaan mereka.

Oh…ini keratan artikel HM semalam:

2010/07/20
PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.

Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.

Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.

“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya. – Bernama

Sumber: Harian Metro Online

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!Share This Post

PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN, SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

NAMUN,PIHAK KAMI AKAN LULUSKAN SEMUA KOMEN MEREKA YANG DIHANTAR.

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK SHAMSURIYADI.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

Luah rasa hati anda dengan komen dibawah.Jangan lupa untuk subcribe agar anda menerima artikel terbaru dari blog ini.Masukkan email anda di borang dibawah:

Masukkan Email anda untuk Menerima Update Terkini Dari Shamsuriyadi.com:

Delivered by FeedBurner

Comments

Sham, apa jua perniagaan perlu didaftarkan, tidak kisah dilakukan secara Online atau Offline. Internet hanyalah medium, tetapi perniagaan tetap perniagaan. Pihak SSM hanya mahu mereka yang berniaga mendaftar, selebihnya mahu lakukan secara Online atau Offline, itu mereka tidak perlu tahu.

Bagi saya, para peniaga online yang keliru sebenarnya akibat daripada maklumat atau nasihat kurang tepat yang diberikan oleh kebanyakan IM.

macam mana nak daftar online? website mana yang boleh pergi utk rujukan?

Terima kasih atas maklumat saudara..namun nak daftar ini..bukan mudah..saya telah alami sendir..ia merupakan cabaran yang agak besar..saya sendiri kena interbiew..hampir 3 jam baru boleh daftar..nak.daftar biz ni aje

bagaimana dengan blogger yg menjual iklan dan review ya? ohh, tuan sham, saya sebenarnya risau akan ini, semalam saya sedang Google tentang MLM scam di internet dan saya terstumble blog mohdIsmail.net ttg blogstarz, kemudian saya ke http://www.blogstarz.my untuk melihat website mereka dan saya amat terkejut melihat mereka menulis “coming soon, we will assist you on the new upcoming blogstarz.my new features and benefits” apakah ini tanda mindset org kita belum berubah, sehingga Blogstarz berani mahu kembali. rosak lah internet marketing Malaysia begini.

naz… dah dekat setahun dah blogstarz tu macam tu. susah nak recover balik dah tu. tunggu domain expired jela tu.

ohh, ye ke. nampak mcm real pulak bila buka website tu. nasib baik lah :)

Sham, sesiapa yang mempromosi seminar dan bengkel coaching juga sebenarnya mereka berniaga juga kan. Kenapa seminar itu boleh diadakan tanpa SSM?

uik.. pelik tapi mmg benar la.. sbb depa nk duit je.. suh daftar.. sukahati je.. gila apa.. tak pasal2.. malas la aku nk pk.. freedom freedom freedom

kalau buat perniagaan, lebih baik daftar. Ia memudahkan jugak pada masa akan datang seperti nak buat loan, nak dapatkan geran dan sebagainya.

Leave a comment

(required)

(required)