51 Laman Web Kerajaan Digodam Team Anonymous Hacker

SKMM baru mengumumkan 51 laman web berkaitan kerajaan digodam bermula semalam. Mereka mensasarkan laman web yang mempunyai akhiran .gov.my . Antara laman web yang terlibat ialah Malaysia.Gov.my, Politeknik.Gov.My, Upm.edu.my dan banyak lagi. Serangan dilakukan oleh kumpulan ini disebabkan mereka tidak berpuas hati apabila kerajaan menghalang akses kepada 10 lama perkongsian file (file sharing) daripada digunakan oleh kebanyakan pengunaan.

Sebenarnya ada pro and cons pasal menghalang file sharing tersebut. Yang positifnya, ia menghalang daripada fail berhakcipta diedarkan di internet seperti mp3,movie dan sebagainya. Yang negatifnya, kita tak boleh share dah apa yang kita suka.

Daripada serangan ini, ia memberi signal kepada kerajaan untuk meningkatkan keselamatan rangkaian mereka agar tidak mudah digodam. Kerajaan sepatutnya meningkatkan lagi jumlah pakar IT di Malaysia yang boleh bertindak sebagai benteng serangan siber sebegini. Pakar IT yang dimaksudkan disini ialah hacker-hacker yang beretika untuk menjaga keselamatan aset negara. Pakar sebegini yang diperlukan oleh negara. Bukan pakar IT sembang-sembang yang hanya tahu pasal teori semata mata.

Anonymous-hacker

Anonymous-hacker

Biasanya hacker boleh mengesan port server yang tidak selamat samada menerusi script/kod di laman web dan juga malware, spyware yang ditanam di dalam komputer yang disasarkan. Mereka ini juga mahir mengesan kelemahan Microsoft Firewall yang dipasang di server kerajaan ini.

Daripada membelanjakan RM1.8 untuk “maintain dan membina” fanpage Facebook yang memang dah percuma. Lebih baik kerana belanjakan untuk meningkatkan rangkaian laman web kerajaan. Sekarang ini zaman siber, ia boleh memberikan kesan yang besar kepada organisasi jika rangkaian mereka diakses oleh pihak luar.

Harap kerajaan belajar daripada apa yang terjadi sekarang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • laman web pakar hacked malaysia
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 7

  1. sayacomel June 16, 2011
  2. sham June 16, 2011
  3. sham June 17, 2011
  4. sham June 17, 2011
  5. haiqal June 18, 2011
  6. Kausar December 28, 2016
  7. sham December 28, 2016

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.