Adsense For Domain Bakal Ditamatkan

Sebenarnya saya memang dah agak dah, ia akan ditutup sebabnya untuk apa orang masuk laman web yang tak siap? Google bakal menarik balik dan menutup fungsi AFD atau Adsense For Domain ini. Tidak dinafikan ia menawar pembayaran yang agak lumayan. Ramai pengiat Adsense yang mempunyai domain yang tidak gunakan mengunakan AFD sebagai sumber pendapatan sampingan daripada domain.

Adsense for domain

Diatas adalah antara emel yang dihantar oleh Google kepada semua orang yang mempunyai akaun Adsense. Namun, jika masih ingin menjana pendapatan menerusi domain yang tidak digunakan, mereka masih boleh mengunakan perkhidmatan domain parking seperti SEDO dan sebagainya.

Jadi pihak domain parking yang akan membayar kepada anda. Google tidak lagi membayarnya menerusi AFD selepas ini. Namun, Google telahpun menambah beberapa lagi pilihan seperti Adsense for Games dan Adsense for Mobile untuk mereka yang membangunkan perisian mobile dan juga games. Jadi mereka yang membangunkan game percuma, mereka boleh memasukkan iklan adsense di dalamnya untuk menjana pendapatan.

Saya ada beberapa domain yang digunakan untuk AFD. Nampaknya saya terpaksa menukarnya kembali kepada domain parking SEDO. Ia sebenarnya tidak banyak menjejaskan saya sebab kebanyakan hasil adsense saya adalah daripada Adsense for Content.

Itu sahaja berita setakat ini. Bermula 14hb April ini, maka hilang semua iklan adsense daripada laman web AFD. Masih ada lebih kurang 1 bulan dari sekarang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.