Buat Duit Dengan Menulis Di Akhbar

Akhirnya produk pertama saya bagi tahun 2012 telah siap. Ianya adalah hasil eksperimen yang dilakukan sebelum ini untuk menjadi seorang penulis dalam pelbagai tempat dan kaedah. Bermula dengan penulisan ebook, kemudian menukarnya kepada penulisan di akhbar dan terbaru dalam bentuk buku.

Buat duit dengan menulis

Anda boleh dapatkan Video Buat Duit Dengan Menulis sekarang kerana ia telah dimulakan penjualannya. Ia adalah satu perkongsian saya terhadap hasil eksperimentasi saya sebelum ini.

Buku kedua saya juga bakal diterbitkan pada awal Februari nanti. Ia merupakan percubaan saya untuk menceburi segala genap ruang bidang penulisan yang ada. Ia merupakan satu perkara yang cukup mencabar bagi saya. Namun, ia telah diharungi dengan agak berjaya.

Buat Duit Dengan Menulis Di Akhbar

Ia merupakan sesuatu yang asing pada saya pada mulanya. Sebenarnya saya tak menyangka sebenarnya ada peluang untuk orang biasa biasa untuk menulis di akhbar ini. Dengan panduan daripada  Tuan Zamri Mohamad, saya mula menghantar artikel artikel ke akhbar. Kadar ia diterima juga sangat tinggi iaitu 90% artikel yang dihantar diterima dan disiarkan.

Selebihnya ia ditolak, mungkin kandungan yang dirasakan tidak sesuai kot. Sebab antara artikel yang ditolak adalah berkenaan saya menghentam  sebuah bank kerana membiarkan orang lain mengunakan nama domain yang hampir sama dengannya untuk menganjurkan skim cepat kaya. Hohohoho.

Boleh Buat Duit Dengan Menulis di Akhbar?

Oh..sudah tentu. Terdapat ruang untuk anda menyumbang kandungan untuk disiarkan di akhbar.

Perlu kelulusan akademik?

Tidak sama sekali. Sesiapa sahaja boleh menjadi seorang penulis bebas dan menikmati pendapatan tambahan hasil daripada menulis di akhbar dan majalah.

Anda boleh lihat jika di akhbar, ia ditulis oleh penulis bebas. Nama penulis sahaja akan disertakan pada artikel yang disiarkan. Jika ianya ditulis oleh sidang redaksi akhbar, akan ada emel selepas nama penulis. Anda boleh memerhatinya di akhbar pilihan anda seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan sebagainya.

Ruangan Manakah Yang boleh diterokai?

Banyak sebenarnya. Antara ruangan yang mudah ialah ruangan rencana. Anda juga boleh menulis review buku, filem, dan artikel berkenaan dengan agama seperti sejarah. Anda perlu membuat pemerhatian dengan kandungan akhbar yang ada.

Jumlah patah perkataan? Susah nak cakap sebab perlu mengiranya sendiri. Biasanya untuk rencana pendek, ia hampir 2 muka surat pada Microsoft Word. Kalau malas mengira, anda boleh akhbar online kemudian copy and paste artikel yang disiarkan pada ruangan sasaran anda.

Jadi anda boleh menulis pada berdasarkan jumlah patah perkataan tersebut.

Berapakah kadar yang dibayar?

Ia bergantung kepada akhbar. Biasanya ialah diantara RM50 sehingga RM200 per artikel yang disiarkan. Banyak kan? Jadi jika anda artikel anda tersiar setiap hari, banyak juga tu. Silap hari bulan ia boleh melebihi gaji yang anda. Sebab itulah ada orang yang menjadikan penulisan sebagai kerja tetap mereka.

Semua ini didedahkan dalam Video Buat duit dengan Menulis . Ia mengandungi 23 Video yang menerangkan bagaimana untuk anda menjadikan bidang penulisan sebagai salah satu cara untuk meningkat pendapatan anda. Kini anda  tiada alasan untuk tidak membuat duit dengan menulis di akhbar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • buat duit dengan menulis artikel
  • artikel berbayar malaysia
  • penulis artikel berbayar malaysia
  • nak menjadi penulis surat khabar
  • menulis artikel online berbayar 2017 malaysia
  • kelulusan sebagai penulis blog
  • copy surat khabar buat blog adsense
  • cara menghantar artikel ke akhbar
  • cara hantar artikel ke akhbar atau majalah
  • tulis artikel dibayar malaysia
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 9

  1. Afiffuddin January 26, 2012
  2. sham January 28, 2012
  3. zuki January 29, 2012
  4. paklong July 26, 2012
  5. sham July 27, 2012
  6. ahmad yumni abu bakar October 25, 2015
  7. ahmad yumni abu bakar October 25, 2015
  8. Muhammad Mustakiim Bin Hamidun January 28, 2017
  9. sham January 28, 2017

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.