Buku Saya Top 3, Terima Kasih Diatas Sokongan Anda


Jualan buku saya pada bulan Mei adalah 1333 unit. Dan ia menjadi buku ke 3 paling laris bagi kategori Bisnes dan Pengurusan. Ianya tidak akan dicapai tanpa sokongan anda semua. Malah saya menerima banyak emel yang positif tentang buku ini. Terima kasih tidak terhingga buat anda semua.

Ranking PTS

Ranking PTS

Insyallah buku kedua akan diusahakan setelah Editor masuk bekerja di PTS Netmedia. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan yang membeli buku pertama saya. Lepas ni boleh beli buku kedua pulak.

Buku kedua adalah tentang perniagaan produk digital iaitu bisnes ebook, video, template, software dan sebagainya. Ia adalah langkah demi langkah untuk anda memulakan bisnes produk digital dari rumah anda. Saya juga menunjukkan bagaimana anda boleh bermula dalam masa 1 jam selepas anda membaca buku tersebut.

Semoga proses penghasilan buku ini dilakukan dengan cepat. Saya kini dalam proses menulis buku ketiga berkenaan Jerat Buat Duit Di Internet. Semoga ia dipermudahkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!