Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia

Bagi peminat sukan, nama Datuk Hasbullah Awang bukanlah seorang yang asing. Dengan suara yang garau yang memikat dan beraura. Setiap ulasannya membuatkan ramai orang teruja ketika berlangsungnya siaran langsung acara sukan terutamanya bola sepak.

datuk hasbullah awang meninggal

Kredit: Bharian.com.my

Berikut adalah keratan artkel mengenai berita ini.

KUALA LUMPUR: Pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang, 63, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 12.20 tengah hari.

Hasbullah yang dirawat di IJN sejak 4 Februari lalu adalah seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia. Beliau berkhidmat dengan saluran Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Beliau memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Hasbullah lebih dikenali sebagai pengulas untuk pelbagai acara sukan tempatan mahupun luar negara.

Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Belia juga pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

Kalangan peminat sukan menganggap beliau sebagai antara pengulas terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali.

Beliau mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan penonton menjadi seronok mendengar setiap ulasan beliau.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 32, Bukit Naga Shah Alam jam 3 petang ini dan dijangka disemadikan selepas Asar atau pagi esok.

Sumber: Bharian.com.my

Bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Pastinya suara Allahyarham akan terus diingat oleh semua peminat sukan tanahair. Yang hidup pasti akan mati. Yang menentukannya ialah masa dan bila ia akan terjadi.

Takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Hasbullah Awang. Semoga tabah bagi menghadapi kehilangan ini. Al-Fatihah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. Noriza Rahman March 13, 2015

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.