Debat Anuar Ibrahim & Shabery

Hari ini menjadi satu fenomena yang ditunggu tunggu iaitu debat diantara menteri penerangan dan penasihat PKR tentang harga minyak. Seronok kalo wat debat ala pemilihan presiden US tu. 2 orang akan berdebat dan menyindir antara satu sama lain.

Harap ada orang yang rekodkan peristiwa bersejarah ini. Memang saya nak harga minyak turun skit. Tapi apakah mekanisma yang sesuai untuk melaksanakannya? Jika hanya bergantung kepada Petronas bagi ia pasti akan membebankan Petronas sendiri sebab Malaysia bukan pengeluar minyak yang besar, hanya picisan sahaja. Malah tak layak untuk join OPEC iaitu persatuan pengeluar minyak dunia.

Hari ini siapa yang menguasai minyak boleh menguasai dunia Sebab itulah Iraq diserang, sebab itulah Afghanistan diserang. Ini adalah kerana kedua dua negara lemah berkenaan mempunyai minyak yang tak diterokai yang masih besar. Rezab telaga minyak mereka masih lagi “dara”.

Sekarang US dah pun menodainya. Jadi lah kacau bilau sekarang. Harap negara kita akan terus aman. Dan debat sedemikian patut diadakan dengan lebih kerap dan masa yang lebih panjang. Masa 1 jam rasanya tidak cukup la. Rasa terlampau sekejap.

Shabery lebih prepare untuk serang peribadi Anuar dalam debat tu dan agak sedikit kecewa kerana saya tidak nampak cadangan yang dibawa oleh Anuar bagi mengatasi masalah kenaikan harga minyak boleh mengatasi masalah harga minyak bagi jangka masa yang panjang. Tetapi saya bersetuju dengan kenaikan harga minyak yang tidak mengejut & berperingkat.

Tapi kalo naik berperingkat pun, pembangkang tetap akan membangkang. :P. Malah jika ditukarkan kerajaan pun. Keputusan tetap sama. Itulah dunia politik. Dunia yang penuh janji dan omong kosong. Tentang shabery yang mengatakan jika tak memerintah boleh la nak bangkang. Apabila dah jadi pemerintah, mau pening kepada untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.Saya rasa ia pun betul jugak.

Buktinya apa yang berlaku kat Perak & Kedah.Saya tak nampak apa apa perubahan lagi yang dibawa. Di Selangor dah ada air free.Tapi tak tau la samada ia hanya untuk seketika sahaja. Masa masih panjang. 5 tahun untuk rakyat menilai apa yang BA boleh lakukan untuk mereka. Jika mereka gagal, PRU 13 akan berlaku lagi perubahan kerajaan.

Dengan keadaaan politik sekarang, saya rasa agak tidak senang. Biz pun slow. Harga barang meningkat. Nak travel pun,sekarang ramai yang dah prefer naik bas berbanding bawa keta. Saya tak tau la berapa nanti abis untuk minyak masa kawin nanti. Dulu habis dalam RM150 untuk sebuah keta, sekarang kena up lagi la 40%. Nasib baik Grik takde tol.. 😛

Apa pendapat anda tentang debat tadi? Adakah anda dapat maklumat yang anda mahukan? Saya masih belum dapat maklumat yang saya mahukan. Cadangan untuk turunkan rezab daripada 40% kepada 20% saya kurang setuju.Ia adalah penampan industri kita. In case Israel & Iran berperang, kita akan merana kerana kekurangan minyak. Untuk long term,memang tak bagus..short term okay la…

Itu adalah sekadar pendapat saya daripada Debat tadi… Kedua duanya profesional. Saya suka debat cara begitu. Kalo pilihanraya kita buat mcm tu kan bagus…:P.Sebab saya tak suka ceramah kerana ia hanya 1 hala.Kita hanya terima input je..Kalo debat,kita boleh tahu pro & cons bagi sesuatu masalah.

Tahniah Agenda Daily & TV9 kerana mengadakan debat berkenaan dan menyiarkan di TV.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 2

  1. titan July 16, 2008
  2. ezry July 16, 2008

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.