Garis Panduan Jakim Tentang MLM,Jualan Langsung Yang Patuh Syariah Dan Halal


Akhirnya apa yang ditunggu-tunggu, satu garis panduan berkenaan Multi Level Marketing (MLM) dan Jualan Langsung yang mengikut syarak akhirnya berjaya dihasilkan. Ia adalah hasil kerjasama oleh beberapa pakar dalam bidang syariah iaitu

  1. Dr. Zaharuddin b. Abd. Rahman (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
  2. En. Mohd. Talal bin Abu Bakar (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)
  3. Ustaz Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
  4. Ustaz Wan Rumaizi bin Wan Husin (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
  5. Ustaz Zaharudin bin Muhammad ( Penasihat Syariah Alliance Islamic Bank dan Prudential BSN Takaful)

Garis panduan ini mendapat persetujuan oleh JAKIM menerusi Mesyuarat Panel Kajian Syariah Jakim Kali Ke-74 pada 24 hingga 26  Mei 2011. Selanjutnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal  Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16 hingga 18 Jun 2011  telah bersetuju memperakukan Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung  Secara  Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah ini sebagai satu garis panduan yang perlu dipatuhi MLM yang mematuhi syariah dan halal untuk dilakukan oleh umat Islam.

Anda boleh download Garis Panduan Jualan Langsung Jakim Yang Patuh Syariah untuk maklumat lanjut. Atau layari laman web Ustaz Zaharuddin di Zaharuddin.net

Dalam garis panduan ini, menjelaskan apa yang perlu dilakukan oleh syarikat jualan langsung agar ia mematuhi syariah Islam. Daripada garis panduan ini juga, saya dapati banyak MLM yang bertentangan dengan Islam. Saya akan membuat ulasan tentang kandungan garis panduan ini nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • mlm patuh syariah
  • senarai mlm patuh syariah
  • syarikat mlm
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 7

  1. Aizat November 3, 2016
  2. sham November 3, 2016
  3. Amirul November 10, 2016
  4. sham November 14, 2016
  5. mohd taher December 30, 2016
  6. NORZALIZAH ABD GHANI February 1, 2017
  7. sham February 1, 2017

Leave a Reply

error: Content is protected !!