Google Adwords: Bentuk Iklan Baru

Saya tengok semakin banyak perubahan yang dilakukan oleh Google. Ada diantaranya menyebabkan kontroversi antaranya mereka semakin kerap ban pengiklan yang melanggar terma Google Adwords.

Namun bukan semua tidak bagus. Ada banyak perubahan ini akan mengubah langskap teknologi enjin carian dan juga media sosial kerana Google mula mengorak langkah untuk “mengsosialkan” perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka. Ia akan menawarkan lebih banyak interaksi diantara pengguna mereka.

Antara yang saya perasan yang baru dilaksanakan ialah beberapa perubahan interface (antaramuka) perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google. Antaranya ialah bentuk iklan Adwords ini dipelbagaikan oleh Google. Jika semua perkhidmatan PPC meniru Google dalam kaedah menetapkan bentuk iklan PPC. Kini Google telah mengubahnya kepada bentuk yang lain dan hasilnya saya dapati agak berkesan untuk meningkatkan CTR iklan.

Iklan Baru Adwords

Iklan Baru Adwords

Jadi dengan bentuk baru, ia bermula dengan Headline, kemudian URL dan juga penerangan iklan. Ia berbeza dengan iklan PPC yang biasa kerana url berada dibawah headline dan buka diakhir iklan seperti kebiasaan iklan PPC.

Contoh iklan sebenar pula?

Sekarang ini berlangsung Cabaran Affiliate Tips PTD, jadi saya telah buat iklan adwords untuk kempen kali ini seperti tahun-tahun sebelum ini. 🙂 .Saya menyertai cabaran kali ini agak lambat kerana masalah keluarga. Jadi kita tengok bagaimanakah keputusannya nanti.

Ini iklan saya..

Kempen Iklan Tips PTD

Kempen Iklan Tips PTD

Seperti tahun sebelum ini, kaedah yang saya gunakan adalah sama sahaja dengan apa yang saya dedahkan dalam Ebook Seni Adwords : Affiliate Marketing Dengan Adwords. Boleh dikatakan ia adalah pengulangan apa yang saya lakukan dalam kempen Tips PTD seperti tahun tahun lepas.

Jadi berapakah komisen yang boleh saya kutip dalam cabaran affiliate kali ini. Nantikannya nanti setelah kempen tamat pada 14hb Julai 2011. Saya hanya setkan bajet saya adalah RM150 untuk kempen kali ini. Saya pun nak tahu berapakah yang boleh saya hasilkan daripada modal RM150 dengan Adwords.

Saya sangat teruja…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.