Himpunan RUU 355

Himpunan RUU 355 adalah perhimpunan aman bagi menyokong cadangan memperkasakan rang undang-undang syariah yang telah lama. RUU 355 dibantah oleh beberapa parti komponen BN namun mendapat sokongan daripada kebanyakan ahli parlimen beragama Islam dan ada segelintir tetap membantah rang undang-undang ini.

himpunan ruu 355

Berikut apa yang dibentangkan untuk pindaan dalam RUU 355 ini.

KUALA LUMPUR: Had hukuman dan jenis kesalahan adalah antara pindaan yang akan dilaksanakan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata pembentangan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat akan dilakukan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Hadi Awang, esok.

Mohd Khairuddin turut menyuarakan keyakinan RUU itu akan dibahas dan melalui proses pengundian pada hari yang sama sebelum persidangan Dewan Rakyat 2016 melabuhkan tirainya, Khamis ini. “Beberapa pindaan diusulkan pada pertemuan dihadiri Ahli Parlimen Islam di bilik taklimat tempoh hari (semalam), malah (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri) Jamil Khir (Baharom) pun meminta supaya RUU ini ditambah baik. “Secara dasar, semua Ahli Parlimen yang menghadiri mesyuarat itu setuju supaya bidang kuasa Mahkamah Syariah perlu diperkasakan, namun perlu peruntukan had hukuman,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

Pada 26 Mei lalu, Hadi mencadangkan satu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 untuk menggantikan Seksyen 2 dengan peruntukan baharu. Ia merangkumi langkah memperuntukkan kuasa kepada Mahkamah Syariah terhadap rakyat Islam dan dalam hal kesalahan yang termaktub pada Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan, Undang-undang Persekutuan.

Selain itu, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan sebarang hukuman yang dibenarkan undang-undang Syariah selain mati. Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata antara pindaan yang akan dilakukan adalah memperuntukkan tempoh penjara tiga tahun hingga 30 tahun, denda RM5,000 hingga RM100,000 dan enam hingga 100 sebatan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/215960

Dalam himpunan ini, tidak mengira faham politik berkumpul dan menyatakan sokongan terhadap pindaan terhadap undang-undang ini. Ia satu fenomena yang sangat bagus. Bersatu demi Islam.

Dengan PRU 14 yang bakal menjelang tidak lama lagi. Ia satu momentum yang bagus untuk Islam bangkit. Pindaan RUU 355 ini sebenarnya hanya melibatkan orang Islam. Namun agak pelik apabila ahli politik yang bukan Islam memberi reaksi berlebihan terdapat pindaan ini.

Ia langsung tidak menganggu agama mereka. Orang islam menerusi Mahkamah Syariah juga mempunyai hak untuk membuat pindaan untuk memperkasakan lagi undang-undang sedia ada yang dilihat terlalu lemah dan tidak lagi sesuai dengan keadaan sekarang.

Undang-undang Islam berbentuk prevention atau mencegah dengan cara scarciti. Dengan adanya perasaan takut, maka orang takkan mudah-mudah melakukan kesalahan. Sebelum hukuman dijalankan, pesalah akan dibicarakan dengan seadil-adilnya dan disahkan bersalah barulah hukuman diadakan.

Saya menyokong penuh pindaan RUU 355 ini. Saya tak dapat ke himpunan. Namun, dengan penulisan ini saya menyatakan sokongan saya. Penulisan lebih tajam daripada mata pedang. Jadi sebagai seorang penulis, saya boleh berjuang dengan cara yang tersendiri. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan untuk pelaksaan RUU 355 ini kepada tahap yang lebih baik dan adil.

Ia akan menjadi bukti kepada masyarakat bukan islam bahawa undang-undang islam bukan menindas atau meniayai orang. Tetapi melindungi masyakat daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan masyarakat seperti sumbang mahram, maksiat, meminum arak dan sebagainya.

Salute buat mereka yang hadir ke himpunan RUU 355 ini. Teruskan perjuangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • himpunan ruu
  • himpunan ruu 355
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.