Hari ini dalam berita Sinar Harian menyatakan kerajaan Kelantan sanggup menyediakan insentif untuk mereka yang berpoligami di Kelantan terutamanya melibatkan ibu tunggal. Saya pasti lepas ini ada pihak yang akan melenting menentang idea ini.
Walau bagaimanapun ia kerajaan Kelantan perlu menyatakan terma dan syarat untuk insentif ini. Jika tidak ia akan dimanipulasi oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab untuk berpoligami semata mata untuk mendapatkan insentif sehingga mengabaikan isteri isteri mereka.
kredit imej: JimieyRay
Poligami adalah salah satu sunnah nabi. Walau bagaimana pun terdapat syarat syaratnya seperti kemampuan zahir dan batin untuk berpoligami. Bukan hentam kromo sahaja. Tengok Salleh Yaakob beristeri 4, ada pula yang ingin beristeri 4 tanpa mengambil kira kemampuan sendiri. Salleh Yaakob atau SY ini sangat berkemampuan dan boleh dikatakan seorang yang kaya raya. Pendapatan beliau puluhan ribu sebulan dan mungkin ratusan ribu jika dikira pelaburan lain yang dilakukan beliau seperti Arowana dan sebagainya selain daripada pendapatan dari dunia hiburan dan pengacaraan.
Bak kata pepatah, ukur baju dibadan sendiri. Jika tidak berkemampuan, usah berangan untuk melakukan sunnah ini. Anda hanya akan meniayai orang lain sahaja. Mangsanya mungkin adalah ibu tunggal yang baru dinikahi, isteri sedia ada dan juga anak-anak.
Kita tengok pula respon daripada menteri berkenaan esok..Pastinya akan melenting sakan sebab beliau adalah antara mereka yang sering menentang isu poligami ini. Kadang-kadang kenyataan yang dikeluarkan agak keterlaluan sehingga seperti mempertikaikan sunnah nabi ini.
Incoming search terms:
- poligami