Jangan Guna Nama Domain Trade Mark


Saya terkejut juga bila ada IM baru guna nama domain BankRakyat untuk menjual produk seperti ebook. Jangan bang… Silap kena saman besar kerana mengunakan nama dagangan Bank Rakyat. Saya baru tau bila merayau rayau di Wangcyber memantau ahli ahlinya yang berforum.

Kalau ada spam, saya deletekan tu jela.

Nasihat saya jika ingin membeli domain, JANGAN…Saya Ulang JANGAN guna nama trademark seperti Google, Facebook, Myspace,Bank Rakyat, Maybank dan apa apa yang mempunyai trade mark. Anda mungkin akan disaman berjuta ringgit kerana mengunakan nama dagangan.

Malah kini, banyak laman web yang mengunakan nama trademark  dalam domain mereka ditutup. Kalau guna singkatan seperti FB untuk Facebook, ia masih dibenarkan.

Saya tak tau la apa yang akan jadi kat budak yang guna domain Bank Rakyat tu. Silap hari bulan bermalam kat lokap. Jangan main main dengan cap dagangan. Apatah lagi melibatkan syarikat besar yang mempunyai duit berjuta untuk saman mereka yang melanggar undang undang cap dangan mereka.

Nasihat saya, tutup segera laman web tu kalau tak nak disaman oleh Bank Rakyat.

ps: Bagaimana saya boleh guna adsense & adwords kat domain? Sebenarnya kalau saya guna nama domain penuh Google Adsense atau Google Adwords, saya mungkin kena saman kat Google kot sebab itu adalah trade mark bagi Google. Saya hanya guna separuh sahaja.Lagipun ia mempunyai maksud lain jika digunakan dengan perkataan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 2

  1. titan May 2, 2010
  2. sham May 3, 2010

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.