Lelong Dara Di Internet RM218,062

Lelong Dara Untuk Duit Mudah?

Rasanya dah banyak kali juga berita tentang gadis yang menjual dara mereka di internet. Mereka menjual dara seperti satu komoditi dan cara mudah untuk mendapat duit. Sebelum ini ada yang menjual dara atas alasan untuk menampung yuran pengajian.

Nilai bidaan juga dilihat semakin meningkat…oh

lelong dara

lelong dara

Lelong Dara di Internet:  Pelacur Nilai Tinggi

AMSTERDAM, Belanda – Seorang pelajar berusia 21 tahun dari Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle menjual daranya pada harga 50,000 euro (RM218,062) dalam satu lelongan di internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Selepas dua bulan membuat lelongan, dia menerima tawaran daripada seorang pembeli misteri yang bersetuju untuk membeli dara pada harga tersebut.

Dia melelong daranya di laman gadis teman sosial, Yantra yang beribu pejabat di sini.

Gadis itu tidak mahu namanya didedahkan kerana bimbang ibu bapanya akan mengetahui lelongan tersebut.

Pembeli itu akan membawa dia membeli-belah dan makan malam di sebuah restoran yang menjadi pilihan gadis tersebut selain diberikan dokumen pengesahan dara daripada doktor.

Namun, syarat melakukan hubungan seks yang perlu dipatuhi ialah lelaki tersebut perlu memakai kondom.

Pembeli itu juga dibenarkan memiliki laman gadis teman sosial tersebut hanya bagi tempoh 24 jam.

Harga permulaan lelongan itu ialah 5,000 euro (RM21,806).- Agensi

Sumber: Kosmo

Walaupun perkara ini berlaku di luar negara. Saya risau ianya merebak ke Malausia.Hopefully ia tidak akan dilakukan oleh mereka di Malaysia yang tercinta ini. Namun sebelum ini ada berita tentang pelajar sekolah yang melacur dengan bayaran hanya RM50.

Salah satu punca ini berlaku disebabkan oleh keruntuhan nilai kekeluargaan. Ibu bapa sibuk dengan kerjaya sehingga meninggalkan anak anak mereka bebas melakukan apa sahaja mereka mahukan.

Ia sebenarnya satu perkara yang cukup merisaukan buat seorang ayah atau ibu bapa.

Macam macam boleh lelong kat internet sekarang ni. Dara pun boleh dilelong. Tetapi istilah yang paling tepat mengenai lelong dara ialah melacur diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • lelong
  • Mudah Lelong
  • pelacur lelong
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 2

  1. titan May 11, 2011
  2. sham May 11, 2011

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.