Lepas MIRSB, Sekarang Magic Water Pulak


Ramai mangsa Mobile Income, BossMailer, Seemore dan Monsun Biz sebelum ni dah terkena. Sekarang Puan Nora, pengasas MIRSB menampilkan perniagaan dan produk baru mereka iaitu Magic Water.  Kepada yang rasa nak tuntut duit pasal mobile income tu, boleh la kejar road show Magic Water diorang.

Ni iklan diorang kat Sinar Harian. Tak guna Harian Metro dah kot sebab mahal. 😛

magic water

Believe or not, semuanya orang sama.

Lepas meniaga direktori, sekarang meniaga air pulak. Air yang diorang jual ialah air bateri kereta. Ia dinamakan sebagai Magic Water. Air yang dikatakan boleh meningkatkan prestasi kereta dan mendapat lebih mileage. (Macam promote la pulak). Itu berdasarkan testimoni kat laman web diorang la, http://www.86.my.

Mereka mendakwa air tersebut telah digunakan oleh pasukan F1 German Selama 20 tahun. Erk.. ada ke pasukan F1 dari German? :P. Saya tak mengikutinya perkembangan F1 ni. Betul ke tidak, saya tak pasti lah. Setahu saya pemandu dari Jerman ada lah, F1 Team dari Germany….erk..rasanya tak de kot. Sila betulkan jika saya silap tentang ni. Ni saya quote skit dari laman web diorang:

Teknologi terbaru dari German yang di formulakan oleh pasukan jurutera Formula one (F1) untuk kereta-kereta lumba F1 kini boleh didapati di Malaysia. Teknologi ini berupaya untuk memanjangkan jangka hayat bateri kenderaan anda sehingga 5 ke 10 kali ganda. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Norai Wan Ismail(Pn.Nora) berkata teknologi ini merupakan yang pertama di Malaysia dan produk ini telah TERBUKTI BERKESAN DIGUNAKAN OLEH KERETA-KERETA LUMBA F1 GERMAN SELAMA HAMPIR 20 TAHUN..!

Sumber: 86.my

Konsep perniagaan masih lagi sama macam dulu yang menjanjikan pulangan lumayan setelah join diorang. Rasanya impak kali ini akan berkurangkan disamping mereka akan diserbu oleh mangsa Mobile Income, Bossmailer dan seangkatan dengannya.

Tiada lagi virtual real estate bernilai RM50,000 agak. Real estate tu dah tak laku agaknya. Harga RM50 pun belum tentu laku kalo virtual real estate yang diorang canangkan sebelum ini. Ribuan orang tertipu. Mungkin diorang nak buat bisnes betul betul kot sekarang.

Tapi stail ala MLM la pulak.Konsep Stokis & Mobile Stokis ni. Diorang ada lesen AJL ke tak ek? Kalo benda online, diorang boleh dakwa tak perlu lesen AJL. Memang jualan langsung yang diorang buat sekarang ni. Bukan senang nak dapat lesen AJL sekarang ni. Saya jangka takde lesen AJL lagi kot.

Kita tengok la apa yang akan jadi nanti. hohohoho..

Mangsa MIRSB,kalo korang tak nak serbu road show diorang terpulang la. Cuba dapatkan hak anda balik kalo rasa tertipu tu. Bukan senang nak cari duit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 15

  1. Shah October 26, 2009
  2. sham November 1, 2009
  3. rezeki2009 November 6, 2009
  4. mymalaysiayourmalaysia.com December 14, 2009
  5. alidin December 17, 2009
  6. I n g o S t o r m (itself) December 22, 2009
  7. MKR January 25, 2010
  8. sham January 26, 2010
  9. I n g o S t o r m (itself) January 26, 2010
  10. sham January 26, 2010
  11. alkisah March 13, 2010
  12. BigBoss March 28, 2010
  13. sham March 29, 2010
  14. sepak terajang October 22, 2011
  15. emilee February 16, 2012

Leave a Reply

error: Content is protected !!