Mawi Nak Kawin,Sponsor Berjuta


Nampaknya mawi dah nak kawin dah. 20 Disember 2008. Pertengahan cuti sekolah,senang budak sekolah nak datang,kata mawi. Ramai awek awek yang kecewa kerana tidak memilih mereka. Cet… Mawi bukan kenal pun korang. Lain la korang tu orang kampung dia atau artis jugak.hohohoh.

Itulah dunia artis ni.Dunia penuh glamor. Bila nak kawin, berduyun duyun syarikat nak sponsor. Raja SMS ni komfirm tak perlu keluar duit untuk kenduri pun kot. Semua datang dari sponsor. Syok kan? Duit bergolek golek je depan mata.

Tapi tak semua orang mcm berasa nikmat mcm tu kan.. Ada yang susah hidup. Jangan lupa untuk menghulur kepada mereka yang memerlukan.

Nampaknya Felda Taib Andak akan diserbu beramai ramai la peminat mawi. Kena besarkan jalan la nak masuk nanti. Mungkin ratusan ribu yang akan datang untuk tengok Mawi kawin gan ekin. Tengok pada gambar, memang putih benor ikin @ ekin tu yek. Bedak banyak sangat ke? kekeke

Perlu diingat ia juga datang dengan tanggungjawab yang besar. Jaga bini tu nanti. Elok benor, ikin tu bertudung litup. Sejuk mata memandang. Almaklum la Mawi kan “World”.

3 kali bersanding dengan 3 tema – moden, jawa & arab. Wah.. Komfirm semua semua sponsor ni. Berjuta juta dapat ni. Sebab tu la timbul kabor angin yang syarikat rekording Mawi sponsor 5 juta. Rasanya memang ada betul jugak walaupun tak sampai 5 juta. Yela, Mawi dah buat berjuta juta lemon untuk diorang.

Sejak Mawi menyebabkan ramai anak tua muda berebut rebut nak join¬† AF & segala macam rancangan realiti yang berbentuk nyanyi walaupun suara “failed”. Kalo banding dengan katak pun, katak boleh menang. Tak tau menilai diri betul la. Bila dia tunjuk preview pemilihan tu, macam macam lawak ada.

Saya pulak? Dah nak jadi ayah dah. Isteri dah mengandung 5 minggu. Honeymoon pun belum lagi. Zaman gawat, kena beringat skit. Kena postpone lagi la nak honeymoon. Kena stabilkan dulu biz. Sekarang zaman gawat ni, barang mahal.

Tak leh boros sangat. Utamakan yang lebih penting.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 2

  1. bertz October 27, 2008
  2. Muhamad Ikhtiaruddin November 20, 2008

Leave a Reply

error: Content is protected !!