MECD Dimansuhkan,Nasib Usahawan Bumiputera Bagaimana?


PM Baru Malaysia, Dato’ Seri Najib telah mengumumkan kabinet baru beliau. Tengok tengok MECD atau Kementerian Usahawan dan Koperasi dimansuhkan. Terkejut jugak kerana dibawah MECD banyak sumbangan yang telah dilakukan untuk membantu usahawan bumiputera seperti MARA,MDEC dan sebagainya. Antara lain yang saya rasa banyak membantu meningkatkan jenama usahawan bumiputera ialah Pakej Pengiklanan MECD.(saya telah mengambil peluang tersebut).

Usahawan bumiputera masih kurang terdedah dengan penjenamaan menerusi pengiklanan. Menerusi program berkenaan, barulah ramai yang mula sedar dan mengambil bahagian untuk membeli iklan bagi meningkatkan jenama perniagaan mereka.Ketika orang mula sedar, sekarang dah dimansuh apabila perubahan pentadbiran.

Bulan Februari lepas,sempat la buat program tu kat Cyberjaya.Lepas Mecd dimansuhkan, tak tahu samada ianya masih sah atau tidak. Ini adalah kerana tiada orang yang akan menguruskan subsidi 50% iklan yang ditaja oleh MEcD setelah MECD dimansuhkan. Setiap tahun, MECD mendapat sejumlah bajet untuk diagihkan kepada badan badan dibawah MECD seperti MARA,MDEC dan sebagainya. Kini mungkin tiada lagi..

Saya rasakan PM baru perlu mengadakan kembali MECD atau satu kementerian bagi membantu golongan usahawan agar dapat terus membantu pembangunan ekonomi negara. Ini adalah kerana ekonomi negara digerakkan oleh perniagaan dan usahawan kecil dan sederhana. Jika tiada kementerian khas yang boleh memastikan perkembangan ekonomi negara, apa yang akan terjadi.

Menerusi MARA, usahawan bumiputera dibantu. Menerusi MDEC, usahawan ICT tidak kira apa bangsa dibantu untuk mengembangkan perniagaan mereka. Saya rasa MECD dan memainkan peranan mereka sebelum ini. Tetapi dalam kabinet baru, ia dimansuhkan pulak.

Kita tengok jela macamana nanti…

Kementerian baru seperti kementerian perpaduan dan pengurusan prestasi adalah tidak perlu. Tidak perlu tubuhkan satu kementerian untuk menilai prestasi. Memadai jika satu suruhanjaya dibawah Jabatan Perdana Menteri. Saya tak pasti apakah tujuan kementerian penilaian prestasi dibuat.

Begitu juga dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi yang boleh diserap ke Kementerian Pertanian dan Asas Tani kerana perladangan dan pertanian adalah sama. Kenapa tak gabungkan menjadi Kementerian Pertanian, Perladangan, Komoditi dan Asas Tani? Pada dasarnya ia adalah sama.

Takkan nak ambil hati kroni dari sabah dan serawak, lantik jadi menteri ramai ramai. Perlis langsung tiada wakil. Sepatutnya biarlah seimbang wakil dari setiap negeri. Jadi mereka ada wakil untuk berjuang dalam kabinet.

Rasanya BN akan terus hilang populariti terutamanya daripada orang Melayu. Mungkin PAS akan jadi pilihan mereka? Mungkin… tapi PAS perlu tegas dalam memperjuangkan ideologi mereka. Bukan terlalu mengikut telunjuk Pakatan Rakyat yang terlalu mengikat PAS daripada memperjuangkan ideologi mereka yang telah berpuluh tahun berjuang.

Siapa tahu PRU 13, Perlis pulak menjadi negeri pembangkan? Tidak mustahil kerana PRU 12 baru baru ni pun BN menang tipis je di Perlis. Sekarang mereka tiada wakil dalam barisan kabinet. Orang Perlis pasti tidak puas hati. Saya tertanya tanya apakah pembaharuan yang cuba dibuat oleh PM baru kita ni.

Tunggu dan lihat…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • MECD
  • www mecd org
  • Kementerian Pembangunan Usahawan Koperasi dimansuhkan
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 25

  1. Rizal April 12, 2009
  2. ibnuothman April 13, 2009
  3. khalifah April 13, 2009
  4. Elyas@Dhiaqis April 14, 2009
  5. smartzul April 14, 2009
  6. Minangkabau April 15, 2009
  7. Minangkabau April 15, 2009
  8. sham April 16, 2009
  9. alongovtx April 16, 2009
  10. Zairi Zaidi April 18, 2009
  11. ibnuothman May 12, 2009
  12. SilverBullet June 21, 2009
  13. SilverBullet June 21, 2009
  14. adam_fuaad June 27, 2009
  15. Mangsa MECD June 27, 2009
  16. shah June 30, 2009
  17. tyanna August 14, 2009
  18. sakinah November 6, 2009
  19. sham November 6, 2009
  20. Bete January 24, 2010
  21. sawal May 10, 2010
  22. Nurul May 21, 2010
  23. Ghazali August 2, 2010
  24. sham August 2, 2010
  25. Ghazali August 3, 2010

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.