Menteri Penerangan Baru Nak Jumpa Blogger?

Hohoho..”dah terantuk, baru la tengadah” bak kata orang tua tua.Akhirnya kerajaan baru nak ambil kisah tentang kuasa blogger dalam menentukan hala tuju negara. Inilah sebenarnya mata pena..eh..keyboard la pada zaman sekarang ni..Penulisan sebenarnya lebih tajam daripada mata pedang..

Saya tengok kat Berita Hairan Harian kejap tadi yang Menteri Penerangan yang baru iaitu Datok Shabery nak jumpa para blogger nak bincang isu “bina negara”. Ni keratan artikel berkanaan:

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata pendapat penulis blog tidak boleh diketepikan dan beliau akan bertemu mereka secepat mungkin bagi mendapatkan maklumat balas berhubung pembinaan negara.

Beliau berkata, Kementerian Penerangan memandang berat peranan yang dimainkan media alternatif seperti laman blog dan internet kerana mereka mempunyai peranan tersendiri dalam membina negara.

“Contohnya, ada peranan yang mereka mainkan dalam pilihan raya lalu. Ada mesej yang ingin disampaikan kepada kerajaan yang banyak dimainkan oleh pengundi kelas pertengahan dalam mendapatkan maklumat.

“Mereka (penulis blog) melayari internet dan sudah tentu saya rasa peranan yang dimainkan mereka perlu diketahui,” katanya pada sidang akhbar selepas bertemu media di pejabatnya di sini, hari ini.

Ahmad Shabery, yang dilantik ke jawatan itu Selasa lalu, berharap pertemuannya dengan penulis blog tidak akan disalah anggap oleh mana-mana pihak.

Ini kerana katanya, Kementerian Penerangan berhasrat untuk menjadi jambatan kepada sesiapa sahaja termasuk golongan itu untuk disampaikan kepada pihak lain. – Bernama

 sumber: Berita Harian

Di negara seperti US, Blogger dipandang tinggi.Malah jika ada sebarang program,blogger adalah antara mereka yang akan mereka jemput. Ini adalah kerana blogger membawa pengaruh yang besar kepada dunia hari ini. Tak percaya? BN kalah teruk kerana internet. Ya.Sebab internet yang dipelori oleh para blogger.

Matlamat dan perjuangan blogger disampaikan melalui blog mereka. Masyarakat hari ini sememang belum sedar akan pengaruh blogger.Nampaknya selepas PRU 12,para blogger akan mula mendapat tempat di hati mana mana parti politik. Saya bukanlah blogger politik,tetapi kadang kadang saya pun menulis tentang politik.

Ini adalah kerana di blog ini saya, tak terikat tentang topik apa setelah mengasingkan Blog Usahawan dan juag blog personal saya. Saya lebih suka begini. Saya akan mengubah suai balik MalaysiaStory.net. Malam ni saya akan bermain dengan coding & etc untuk memperbaiki kembali laman web tersebut yang masih mengalami masalah database.

Susah betul la.Saya akan back up terlebih dahulu la kot. Rasanya saya akan membeli satu lagi template WordPress untuk MalaysiaStory.net. Ia adalah untuk ruangan berita Malaysia Story. Saya sedang memikirkan untuk menjadikan ia satu blog berita.Itulah matlamat asalnya MalaysiaStory ketika saya membeli domain berkenaan pada tahun 2006.

Dah lama dah tu.Kebanyakan laman web saya akan berusia 2 tahun tidak lama lagi. Kebanyakan daripadanya adalah blog…hidup blogger..

Jualan ebook baru saya pun agak memberansangkan. Belum all out lagi.Rasa nak test seminggu pada bulan ni sebelum iklan selama sebulan di Harian Metro.Insyallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments 7

  1. zuhairy March 22, 2008
  2. sham March 22, 2008
  3. emet March 22, 2008
  4. titan March 22, 2008
  5. smartzul March 23, 2008
  6. sham March 23, 2008
  7. Thinkerich June 2, 2008

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.