Osama Laden Meninggal Hanya Super Impose

Kerajaan Amerika Syarikat dikecam kerana gagal menamatkan perang dengan Al-Qaeda yang kononnya dipimpin oleh Osama bin Laden. Bertahun tahun Amerika cuba mencari dan menjejakinya. Hari ini Amerika mendakwa mereka berjaya membunuh Osama. Namun, cuba bandingkan gambar dibawah:

osama laden

osama laden

 

Ia hanya gambar super impose yang diedit dan dihasilkan mengunakan photoshop. Amerika nampaknya terdesak dengan kegagalan mereka bertahun tahun menjejaki Osama. Jadi mereka mengambil keputusan untuk reka satu cerita dengan gambar Osama 10 tahun lepas dan editnya gambar. Ini adalah kerana mereka tiada gambar terbaru Osama Laden. Malu betul…

Cuba anda perhatikan betul-betul…

Bukaan mulut sama…uban pada janggut pun sama.. malah ia kelihatan lebih hitam berbanding gambar sebelumnya.

Itu adalah gambar lebih dari 10 tahun lepas. Takkan tiada perubahan pada uban pada janggut Osama.

Terbaru saya diberitahu akan kewujudan gambar super impose ini.

osama super impose

gambar super impose osama

Ini menguatkan lagi hujah bahawa gambar kematian osama hanya direka reka oleh Amerika Syarikat. Terdapat persamaan yang cukup ketara diantara gambar tersebut.

Dalam berita terbaru oleh Berita Harian;

WASHINGTON: Pegawai Amerika Syarikat (AS), berkata mayat Osama bin Laden sudah disemadikan di laut selepas pemimpin Al-Qaeda itu terbunuh dalam serangan yang diketuai AS di Pakistan, awal pagi tadi.

Selepas serangan itu, pegawai berkenaan berkata, mayatnya akan diuruskan mengikut amalan dan tradisi Islam.

Katanya, amalan itu memerlukan mayat umat Islam ditanam dalam tempoh 24 jam dan usaha mencari negara yang sanggup menerima mayat Osama adalah sukar. Berikutan itu, beliau berkata, AS membuat keputusan menyemadikannya di laut.

Bagaimanapun, pegawai yang tidak mahu mendedahkan namanya, berkata lokasi Osama disemadikan tidak didedahkan. – AP

Sumber : Bharian Harian

Yang ni lagi pelik. Sejak bila Amerika Syarikat menghormati orang Islam. Biasanya apabila membunuh mana mana orang yang mereka kehendaki. Pasti banyak benda yang dilakukan. Post motem la apa la. Dalam kes ini, mereka “tak berlengah” untuk menguruskan “mayat” Osama. Mereka sebenarnya seperti tidak memiliki “mayat” osama tersebut.

Kenapa tergesa gesa? Takut kantoi?

Mereka mendakwa mayat tersebut diuruskan mengikut tradisi dan amalan Islam. Betul ke? Orang Islam yang masih hidup diuruskan seperti anjing. Buktinya lihat saya apa yang mereka lakukan di Iraq dan Penjara Guantanamo Bay. Hak mereka dinafikan.

Mereka sebenarnya tidak pasti akan status Osama. Mereka hanya guna gambar untuk memberika motivasi kepada tentera mereka yang berjuang dalam perang mendapatkan minyak di negara negara Arab dan Afrika. Di Iraq dan Afghanistan, mereka kini rakus menyedut hasil minyaknya. Kini Libya menjadi sasaran Amerika Syarikat untuk mendapatkan emas hitam daripada bumi Libya.

Pada awal serangan mereka di Libya, mereka kononnya ingin membantu mengelakkan daripada Gaddafi membunuh penentang. Kini niat mereka semakin terserlah apabila membedil kedudukan Gaddafi sehingga membunuh 2 orang daripada anak Gaddafi dan cucu-cucu beliau.

Inilah penjajahan secara terbuka. Negara Islam lain semuanya membisu dan mengiakan tindakan penjajahan oleh Barat ini. Perkara yang sama berlaku apabila mereka menceroboh Iraq. Negara Iraq masih bergelut walaupun sudah lama regim Saddam Hussein digulingkan.

Revolusi rakyat ini pernah dicuba di Iran tetapi Presiden Ahmadenejad berjaya mengekang taktik barat ini untuk menguasai negara Iran. Mereka melihat Iran adalah ancaman terbesar mereka. Taktik ini berjaya di Mesir. Ia kini merebak ke Syria. Salah sebuah lagi negara yang kaya dengan minyak.

Mereka nampaknya semakin kuat berbohong. Kini mengatakan osama laden terbunuh tetapi ia penuh dengan keraguan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • superimpose

Comments 18

  1. hanafi May 2, 2011
  2. Zhafran May 2, 2011
  3. Zainol Rashid May 2, 2011
  4. sham May 2, 2011
  5. bob May 2, 2011
  6. sham May 2, 2011
  7. Afiffuddin May 3, 2011
  8. Thoha May 3, 2011
  9. PakCik May 3, 2011
  10. sham May 3, 2011
  11. alamonline May 4, 2011
  12. sham May 4, 2011
  13. yeeei May 4, 2011
  14. mimiDm May 4, 2011
  15. sham May 4, 2011
  16. che manap ishak May 5, 2011
  17. SHAARI BIN KARIM May 7, 2011
  18. sham May 10, 2011

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.