Owh…Ranking Alexa ku masih 1 juta lebih lagi

Ada apa pada alexa ranking? Banyak jugak la..Ia adalah penunjuk betapa famousnya blog atau laman web anda. Blog ni masih lagi dalam lingkungan 1 juta atau ranking yang sebenar 1,157,105 daripada berjuta juta laman web di dunia ni. Semalam genapla blog ni berusia 5 bulan. Pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi saya.

Jeles jugak kat blog blog bahasa melayu lain yang mempunyai ranking 300,000 ke bawah tu. Saya agak blog mereka pasti mendapat 3000+ pelawat setiap hari. Blog ni baru dalam lingkungan 700 pelawat je sehari. Saya akan usahakan la skit nanti untuk update dengan lebih kerap. 🙂

Saya membina blog ni sehari sebelum pilihanraya ke 12 baru baru ni. Sebab utama,saya memerlukan satu laman web untuk brandingkan nama saya. Jadi lahir la Shamsuriyadi.com. Anda bagaimana? Baik anda buat cepat sebelum domain names dengan nama anda diambil orang.

Kan best kalo ada laman dengan anda… hafiz.com,abu.com,ali.com dan banyak lagi.Contoh je tu. Saya tengah mengusahakan siri video perniagaan internet saya sekarang ni. Alhamdulilah dah 4 video dah siap. Saya biasanya buat video sepontan.Jadi kadang kadang tu terpaksa edit banyak & ada kes terpaksa dibuat balik.

Itu cabaran. Sesetengah orang membuat video, mereka mengikut script yang telah disediakan. Ada juga yang rekodkan suara terlebih dahulu & baru buat video. Itu semua terpulang kepada individu yang terlibat. Saya lebih selesa dengan buat secara spontan.

Saya akan release video pengenalan dalam masa 2,3 hari lagi. Tunggu ye. Tak susah sebenarnya jika anda ingin memulakan perniagaan internet anda. Apa yang perlu anda lakukan bersedia untuk belajar. Ia sedikit ambil masa. Semua orang start dari zero. Takde orang yang lahir terus jadi pandai buat biz.

Kebanyakan mereka belajar daripada pengalaman dan juga secara formal di sekolah,university dan sebagainya. Pemikiran yang kreatif pulak datangnya daripada diri dan usaha. Orang yang kreatif biasanya jenis otak kiri.Ia mungkin anugerah dari tuhan dan mungkin juga ia adalah dari usaha mereka sendiri untuk melatih diri untuk berfikiran kreatif.

Saya kreatif? ya dan tidak. Saya gagal dalam melukis. Malah lukisan kejuruteraan pun, saya dapat 5 masa SPM. Dari segi biz,saya sering membaca untuk mencari idea & menambah pengetahuan saya. Target saya ialah membaca 2 buku seminggu. Tapi sekarang baru 1 buku seminggu yang saya mampu.

Dalam al quran pun kita digalakkan membaca… Iqra’…Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments 2

  1. titan July 11, 2008
  2. duez July 12, 2008

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.