Panduan Buat Coklat Buatan Tangan

May 24, 2010 · 22 comments

in Berita,Perniagaan

Bila sebut tentang coklat pastinya ramai peminat. Malah saya sendiri merupakan salah seorang peminat coklat. Dulu kalau ke pasaraya, pasti beli vochell almond. Saya tak berapa suka coklat milk tapi dark coklat saya memang suka. Kadang kadang sambil buat kerja, coklat mesti kat sebelah.

Sekarang tak beli dah sebab wife dah pandai buat sendiri coklat buatan tangan. Memang sedap. Kalau yang berperisa, saya suka perisa honey dew dan juga mint.

Hari isteri saya lancarkan produk perniagaan internet pertama beliau iaitu Rahsia Coklat Buatan Tangan.

Anda boleh layari laman web Rahsia Coklat Buatan Tangan untuk maklumat lanjut.

Coklat sebenarnya:

1. Bukan penyebab kegemukan.

2. Baik untuk jantung.

3. Baik Untuk Kulit.

4. Boleh menghalang jerawat & parut.

5. Mengelakkan berlakunya kerosakan gigi.

6. Mengawal tekanan darah tinggi

dan banyak lagi la khasiatnya. Ramai yang tersalah anggap tentang coklat terutamanya penyebab kegemukan & masalah gigi. Sekarang ni ada ubat gigi berasaskan koko.

Diharap penghasilan produk ini akan meransang beliau untuk menghasilkan produk lain pulak. Mungkin beliau teruja dengan cara perniagaan internet saya buat di rumah. Saya dah pun minta dia siapkan produk kedua pulak lepas ni.

Kepada anda semua, ebook tidak semestinya berkenaan dengan perniagaan internet semata mata. Ada banyak niche lain yang boleh diterokai dan dijadikan ebook. Buka minda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • coklat buatan tangan
  • coklat buatan sendiri
  • coklat homemade tahan berapa lama
  • cara membuat coklat buatan tangan
  • resepi coklat buatan tangan
  • resepi coklat buatan sendiri
  • cara buat coklat buatan tangan
  • coklat homemade boleh tahan berapa lama
  • Macamana nak buat cokLat homemade tak peluh
  • rahsia resepi coklat cair

{ 22 comments… read them below or add one }

mitacorp July 1, 2010 at 10:11 am

Salam…saya berminat untuk memulakan perniagaan internet…tp masih tercari2 macamana nak buat web/ page / kaedah utk hasilkan page menarik macam web buatcoklat tersebut… ada ke templatenya di mana2? harap dapat beri tunjuk ajar….tq

sham July 1, 2010 at 2:04 pm

mitacorp, untuk site tu design saya upah designer yang buatkan template dia.

seri April 18, 2011 at 11:45 am

saya nak tanya, klu coklat ni kita nak bg untuk doorgift majlis perkahwinan, berapa lama ketahanan dia daripada cair ye. terima kasih

sham April 20, 2011 at 9:32 am

kalau suhu bilik, tak cair…kalau letak tengah panas, cair la. Lagi satu, masa pembuatannya jugak penting…kalau silap masa buat, coklat takkan keras.

beritacikgu June 6, 2011 at 10:12 pm

hoho..dah lama tak buat coklat nih..

fariza June 18, 2011 at 6:48 pm

sy mmg pencinta coklat dan dh cuba wt sendiri coklat tu slps g kursus. tp sy nk tau btl ke ada bahan tertentu yg kne letak lam coklat tu utk bg dia x mudah cair dan tahan lama.

sham June 18, 2011 at 10:19 pm

Ia bergantung kepada cara buat coklat. Coklat sangat sensitif kepada suhu. Pastikan coklat dah sejuk bila nak masukkan dalam acuan. itulah yang isteri saya cakap bila saya nak reply komen Puan.

azah June 27, 2011 at 7:06 pm

kalau coklat dah sejuk baru masukkan dalam acuan …coklat tu tak keras ke?

sham June 27, 2011 at 11:29 pm

coklat yang sejuk masih cair. Dapatkan ebook buat coklat tu sebab dalam tu ada banyak soal jawab tentang cara buat coklat ni termasuk macamana nak pasarkan coklat yang dibuat.

KomenEbook September 22, 2011 at 10:47 am

Ebook nukilan isteri Sham ini memang bagus dan ada tarikannya yang tersendiri. Tak rugi dibeli dan berbaloi untuk dimanfaatkan. Betul cakap sham, kita kena buka minda, niche sebegini pun, memang boleh datangkan pendapatan sampingan jika fokus dan bersungguh-sungguh. Di satu masa yang sesuai, produk ini akan saya review di blog utama saya :-D

sham September 22, 2011 at 11:39 am

Terima kasih Rizal. Beliau adalah antara pelanggan kami yang telah memulakan bisnes coklat. Kat Terengganu, semakin berkembang maju.

Arliana Kamal October 4, 2011 at 3:27 pm

Salam. ERR nak tanya, kalau nak buat coklat homemade nie sesuai guna coklat apa eh? TQ

sham October 4, 2011 at 3:57 pm

Guna coklat kompaun dan coklat couveruture. Coklat masakan tidak sesuai kerana ia agak pahit dan tidak sedap.

zue November 10, 2011 at 2:11 pm

boleh berikan tips cara nak buat coklat dengan betul??

sham November 10, 2011 at 2:44 pm

Yang saya tahu daripada isteri saya:

1. Coklat mestilah sudah sejuk apabila masuk dalam coklat.
2. Coklat yang sudah siap, simpan kat luar peti sejuk.
3. Tak boleh basuh acuan dengan sabun, gunakan sahaja air suam untuk membasuh. Kemudian keringkan.

Untuk banyak lagi tips, kena dapatkanlah di http://www.buatcoklat.com

shah November 30, 2011 at 12:51 pm

Salam,

Gagaimana cara untuk keringkan coklat yang kekadang berair (wap air) setelah dikeluarkan dari peti sejuk?
Adakah dengan memadai dengan mengunakan kipas angin atau air drayer atau ada cara yang lain….

sham November 30, 2011 at 1:16 pm

letak je kat luar. air tu akan hilang dengan sendiri. letak bawah kipas pun boleh. tapi jangan guna dryer. Cair lah coklat tu nanti.

bukit gambang December 11, 2011 at 10:19 pm

bestnyer kalau dapat coklat percuma..hehe

shamthecoklatwrapper December 13, 2011 at 6:58 pm

lega rasanya dapat buat coklat sendiri dan jadi affiliate Puan Shida…
jom lawat…

terima kasih

Ayu December 24, 2011 at 3:32 pm

Boleh tak bagaimana caranya agar coklat tidak berpeloh setelah dikeluarkan dari mould setelah dikeluarkan dari peti sejuk.

Ayu December 24, 2011 at 3:45 pm

Boleh tak bagaimana caranya agar coklat tidak berpeloh setelah dikeluarkan dari mould setelah dikeluarkan dari peti sejuk.
Pembetulan email address.

sham December 24, 2011 at 5:21 pm

Letak je kat luar. Peluh akan hilang lepas tu. Coklat yang dah siap boleh simpan kat luar je dalam bekas kedap udara.

Leave a Comment

Previous post:

Next post: