Pembayaran Google Adwords Menerusi Bank Tempatan

Visited 1 times

February 25, 2010 · 15 comments

in Berita

Akhirnya apa yang saya harapkan telah menjadi kenyataan. Semalam Google melancarkan kaedah pembayaran menerusi bank tempatan iaitu Bank Islam, CIMB Bank, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank dan RHB Bank.

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Google dan enam bank tempatan memperkenalkan platform pembayaran terbaru untuk pelanggan program pengiklanan sejagat Google AdWordsnya.

Enam bank yang terlibat adalah Bank Islam, CIMB Bank, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank dan RHB Bank.

Ketua Pemasaran Google Asia Tenggara, Derek Callow berkata, mulai hari ini pelanggan baru atau sedia ada AdWords boleh membayar kempen carian enjin pemasaran melalui perbankan internet menerusi MEPS FPX.

”Perbankan Internet semakin popular di Malaysia, pilihan pembayaran ini memberikan lebih kemudahan dan masa untuk perniagaan tempatan menguruskan dan membayar kempen mereka.

”Kami berbangga dapat menyediakan AdWords kepada pelanggan sebagai pilihan pembayaran tempatan pertama melalui MEPS FPX. Ini kerana kebanyakan pelanggan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) kami tidak mempunyai kad kredit atau tidak selesa menggunakannya bagi transaksi dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media Pelancaran Platform Pembayaran Tempatan AdWords di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Komunikasi Korporat & Hubungan Awan Google Asia Tenggara, Dickson Seow.

Tambah Callow, pelanggan AdWords akan lebih menghargai fleksibiliti penggunaan mudah, penyelesaian perbankan selamat pada bila-bila masa dan di mana sahaja serta juga dapat memendekkan waktu memproses daripada 10 hari kepada sehari sahaja.

”PKS merupakan bahagian yang penting dalam ekonomi tempatan dan kami berbangga dapat menyokong serta membantu mengembangkan perniagaan mereka.

”Sebelum ini, pelanggan AdWords yang tidak menggunakan kad kredit akan menggunakan sistem perpindahan antarabangsa yang mengambil masa 10 hari untuk diselesaikan dan ini mengganggu perjalanan perniagaan mereka,” jelasnya.

Pelanggan AdWords boleh mendaftar ke dalam akaun mereka dan memilih prabayar melalui MEPS FPX untuk memindahkan dana secara elektronik daripada akaun mereka kepada akaun AdWords.

Mereka juga boleh memilih akaun internet pelanggan atau akaun pengurusan korporat.

Google AdWords merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk mengiklankan produk terutama bagi PKS.

AdWords memaparkan proses mendaftar automatik serta murah dan membolehkan pengiklan meletakkan kempen mereka dalam tempoh 15 minit atau kurang.

Selain itu, penggunaan iklan dalam talian ini juga adalah fleksibel dan boleh di iklan atau ditarik balik pada bila-bila masa, bersesuaian dengan bajet yang ditetapkan serta pada waktu yang bersesuaian,

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perancangan pada tahun ini bagi Google terutama untuk AdWords, Callow berkata, mereka akan meneruskan strategi promosi dan pengiklanan yang dibuat sekarang.

Nampaknya saya kena update lagi Panduan Adwords lepas ni. Pastinya interface baru pulak akan digunakan. Walau bagaimana pun ia satu berita yang mengembirakan sebab kaedah b ayar iklan sekarang lebih mudah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share

Comments

Powered by Facebook Comments

{ 15 comments… read them below or add one }

nuwa February 25, 2010 at 7:19 pm

Alhamdulillah.. senang la sikit nk beriklan lepas nie.. :-)

KomenEbook February 26, 2010 at 3:18 pm

Ini satu berita yang bagus untuk adwords..saya harap lepas ni Google Adsense dapat support pulak Bahasa Melayu seperti mana mereka mampu support bahasa Indonesia

knightblogger February 26, 2010 at 8:36 pm

hoho..bagus nih. banyak benda dah terfikir dalam otak ni..

Mhnizam February 27, 2010 at 2:21 pm

best ni lepas ni bleh la iklan banyak2 hehe

Nazrul February 28, 2010 at 11:10 pm

maksudnya bleh bayar pakai online banking la ye.. x payah lagi pakai kad kredit or debit

sham March 1, 2010 at 12:25 am

a’ah. bank in terus. tapi tak pasti lagi dah start ke belum.rasanya dah.Akaun baru jela boleh.kalo akaun yang dah guna kad debit/kredit tak leh la.

Nazrul March 1, 2010 at 2:28 am

saya ada akaun adwords tapi x penah start campaign..camne ye?

Nur Azlan Zaa March 1, 2010 at 7:10 am

maaf.. saya masih baru dlm hal ni. adakah bayaran untuk setiap klik masih lagi dlm nilai US? contoh 1 klik $0.10 = RM 0.34? sila betulkan jika saya silap..

sham March 1, 2010 at 3:09 pm

akaun dah aktif ke nazrul? kalau dah aktif & set kaedah bayaran menerusi kad debit/kredit. Tak leh la bayar menerusi bank transfer tu. Kalau akaun baru, boleh la guna servis baru tu.

sham March 1, 2010 at 3:11 pm

sekarang dah banyak pilihan matawang. Kalo nak RM pun boleh, saya cadangkan guna RM sekarang ni sebab senang nak bayar & buat bajet.

admin March 2, 2010 at 5:34 pm

ini bmakna mereka(google adwords)m’iktiraf kehadiran bloggers t/air kita yg bagaikn cendawan…
kalo tak, tak kn mcm tu sekali…betul tak

hasbulaqill March 7, 2010 at 4:31 pm

berita baik ni
baru taw even post ni dah 2 minggu mungkin :)
mungkin saya kembali kepada adwords balik selepas kena tampar
baru ini..hehe

dinsblog March 16, 2010 at 8:03 pm

harap lepas nie …adsense la pulak follow..senang sikit kuar duit terus masuk akaun bank..

Jejaka Timur June 8, 2010 at 2:49 pm

salam…pasal meps fpx ni mmg dah boleh gune ke?kalau dah boleh,maknenye kad payment tu kite pilih bank transfer je la…gitu ke?sbb saya ingt nk gune adwords gak…tp sbb leceh nk apply kad debit/kredit hasrat tu terbantut…harap saaudara syam blh komen

Nazrul June 9, 2010 at 7:16 pm

Yup, dah boleh dan saya dah cuba. amat menyenangkan

Leave a Comment

Previous post:

Next post: