Pemilihan UMNO Semakin Hangat


Semua cerita dalam surat khabar hari ini adalah berkenaan pemilihan UMNO dan parti komponen BN yang seperti MCA,Gerakan dan sebagainya. Pemilihan UMNO telah ditunda pada Mac 2009, berita tentang pemilihan ini akan berterusan sampai selesai.

Situasi politik negara masih terumbang ambing. Disamping krisis 3F iaitu financial,food & fuel. Ia menambahkan kepanasan hati rakyat dan situasi politik. BN diserang bertubi tubi daripada pembangkang. Kadang kadang pelik reaksi BN terhadap PR ni, over reacted!.

Ya..politik itu kotor. Tak dinafikan… Ia digunakan sepenuhnya oleh kedua dua pihak samada pemerintah mahupun pembangkang. Dua dua guna cara kotor untuk melemahkan antara satu sama lain. Apa pun kita memerlukan kerajaan yang kuat untuk memerintah dan memulihkan keadaan yang agak “kacau” sekarang ni.

Majlis Raja Raja telah selesai bersidang di negeri tercinta iaitu Terengganu. Raja Raja Melayu mengingatkan jangan mempersoalkan hak istimewa bumiputera atau kontrak sosial yang menjadi asas pembinaan negara ni 51 tahun yang lepas.

Pastu tetiba pulak MB Selangor, Khalid Ibrahim berkata “rakyat berhak mempersoalkan kontrak sosial”. Saya pun pelik dengan dia ni. Kenyataannya seringkali menimbulkan kontroversi. Dulu isu UITM, “ternak kerbau pendek secara moden”, air percuma dan banyak isu lain yang dibisingkan di media.

Dia mengamalkan pentadbiran cara korporat kot. Caranya tak elok untuk orang politik, tapi bagus untuk korporat. Beri peluang kepada mereka memerintah. Membangkang senang je dulu, bila dah jadi pemerintah baru la tahu bagaimana susahnya memerintah.:P

Apa yang saya harapkan ialah negara terus stabil. Tiada lagi yang menimbulkan isu yang mencucuk hati antara kaum di Malaysia. 50 tahun kita boleh bertolak ansur, tahun 51 ia menjadi haru biru. Entah la apa nak jadi..

Dunia..Dunia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 6

  1. zGreat October 19, 2008
  2. sham October 20, 2008
  3. Rizal KomenEbook October 21, 2008
  4. Madmi October 21, 2008
  5. bertz October 27, 2008
  6. abdfatah November 2, 2008

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.