Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books

Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books

Bagi mereka yang ingin menerbitkan sendiri ebook mereka, ada beberapa pilihan yang boleh digunakan antaranya ialah dengan menerbitkan sendiri di laman web sendiri dan keduanya mengunakan platform seperti Amazon Kindle Books. Bagi penulis di Malaysia, peluang terbuka luas. Jika inginkan karya anda dibaca di luar negara, ada boleh menerbitkannya sendiri.

Ya. Terbitkan sendiri menerusi Kindle Direct Publishing atau KDP. Amazon membenarkan penulis-penulis daripada seluruh dunia menerbitkan ebook mereka dan dijual di laman web e-dagang terbesar di dunia iaitu Amazon.com. Royalti yang ditawarkan juga agak baik sebab harga ditetapkan dalam USD atau matawang negara yang mempunyai Amazon.

Royalti

Terdapat 2 pilihan royalti iaitu 35% dan juga 70% royalti daripada harga jualan ebook. Ada syarat tertentu bagi pilihan royalti ini.

35% Royalti – harga ebook mestilah berharga $0-$0.99 dan $10.00 ke atas. Contohnya anda meletakkan harga buku anda $12.99. Jadi royalti yang akan diterima adalah 35% daripada harga berkenaan.

70% Royalti– harga ebook mestilah berharga $1.00- $9.99 sahaja. Jika anda meletakkan harga $5.99, jadi anda akan menerima 70% royalti daripada harga berkenaan.

Ini adalah asas. Terdapat beberapa cara lagi yang boleh digunakan untuk mendapatkan duit daripada amazon kindle ebook ini seperti Kindle Select Program dan juga affiliate marketing. Dalam artikel ini, saya hanya menerangkan tentang penerbitan ebook terlebih dahulu. Anda boleh rujuk

https://kdp.amazon.com/self-publishing/help?topicId=A29FL26OKE7R7B

Ini adalah jualan ebook saya bulan ini. Hanya 3 sales. Saya tak buat sebarang promosi, hanya publish di Amazon Kindle sahaja.

kindle

 

Ebook yang diterbitkan ini juga akan dijual di semua negara yang ada Amazon seperti UK, Italy, Spain, China,Jepun dan terbaru India. Harganya akan diselaraskan mengikut harga yang anda tetapkan di Amazon US. Anda hanya perlu tetapkan harga USD, manakala harga di negara lain akan diselaraskan secara automatik berdasarkan matawang negara berkenaan. Jadi ia sama harga walaupun matawang berbeza.

Bagaimana nak menerbitkan Ebook Di Amazon Kindle?

Pertama sekali anda perlu mendaftar di

http://kdp.amazon.com

Kemudian anda boleh uploadkan ebook anda ke dalam sistem Amazon berkenaan. Seeloknya format adalah dalam bentuk format .mobi . Boleh juga nak upload dalam format html, .doc atau pdf. Cuma settingnya dalam ebook akan berterabur. Pembaca di Kindle sangat menekankan layout dan susunan dalam ebook. Jika berterabur, mereka akan menulis review yang teruk. Ini akan merosakkan reputasi anda sebagai penulis.

Bagaimana kita akan dibayar?

Amazon akan hantar cek bila dah cukup kuantiti tertentu.  Jangan risau sebab Amazon pasti akan membayar royalti anda tidak kira anda berada di mana. Cek ini dalam USD. Saya tidak pernah menerima bayaran lagi daripada KDP ini. Masih bertatih dalam pemasaran dan penerbitan ebook kindle.

Cek ini anda boleh clearkan di mana-mana bank komersil di Malaysia seperti RHB,Maybank, Cimb, Public Bank dan sebagainya.

Anda boleh dapatkan Panduan Kindle di www.terbitebook.my/kindle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • buat duit dengan kindle books
  • cara upload ebook di amazon
  • jual ebook di amazone
  • jual ebook kat kindle
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.