Penganjur Skim Mekah Islamik Hotel Cabut Lari


Mekah Islamik Hotel yang kononnya nak membantu orang melayu kini telah terkubur. Penganjur skim ini dikatakan telah melarikan diri apabila para pelabur mencarinya di rumah. Saya tak nak cakap apa. Dalam artikel saya sebelum ni pun dah mengingatkan tentang kemungkinan ini.

mekah-islamic-hotel

Skim Mekah Islamik Hotel ini yang kononya menawarkan keuntungan bagi sewaan hotel di Mekah. Mereka mendakwa memajak hotel di Mekah dan menawarkan pulangan pulangan tetap kepada pelabur mereka. Tindakan mengunakan nama mekah dan islamik telah memburukkan nama islam itu sendiri.

Semoga dalang skim ini ditangkap dan dihukum diatas tindakan menghina islam dan tempat suci orang Islam dengan membuat skim cepat kaya untuk menarik orang melayu islam di Malaysia, Thailand dan beberapa negara lagi. Ia amat menyedihkan kerana membabitkan agama dalam skim mereka.

Mungkin didunia mereka boleh lari, tapi akhirat nanti dapatlah balasan yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan. Skim cepat kaya secara asasnya mengunakan wang kemasukan ahli baru untuk membayar ahli lama. Apabila kehabisan duit untuk rolling skim ini, ia akan terkubur sebagaimana kebanyakan skit yang tumbuh selepas hujan.

Ustaz, tok imam dan lebai pun ramai yang menyertai skim ini. Mereka meletakkan flier mereka di masjid-masjid untuk mencari mangsa. Pada permulaan mereka membayar dengan duit kemasukan ahli baru. Jadi itu yang mereka jadikan testimoni untuk menarik pelabur baru.

Akhirnya menyontot seperti yang dijangka.

Apa yang boleh dikatakan ialah takziah keatas kehilangan duit simpanan anda. Harap tiada yang membuat pinjaman semata mata untuk menyertai skim ini. Jenuh nak membayor hutang tu oi..

Jika ingin menyertai sebarang pelaburan pastikan ia mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ia lebih selamat dan terjamin. Jangan terlalu teruja walaupun dikatakan ada artis atau menteri datang membuat perasmian program skim tertentu. Jika artis mereka dibayar untuk membuat penampilan di dalam program yang dianjurkan skim tertentu.

Buat sedikit kajian di internet kerana mungkin ada yang akan membuat analisa berkenaan sebarang skim sebelum ia mula menyontot. Beringat sebelum kena.

Sekali lagi takziah buat mangsa skim MIH ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.