Perhatian Untuk Stokis Magic Water


Seperti yang saya tulis berkenaan dengan Magic Water yang dijual oleh Nora & The Gang menerusi syarikat 86 (Eightysix Technologies Sdn Bhd) yang telah dibatalkan kontrak pembekalan disebabkan oleh pelanggaran kontrak oleh mereka. Mr.Ingo Storm ada menghubungi saya dan menyatakan kesediaan beliau untuk membantu stokis stokis Magic Water bagi menjual produk tersebut.

Anda boleh emailkan kepada Mr.Ingo di malaysia@2savepetrol.com. Beliau kini berada di Malaysia hampir 6 tahun iaitu di Melaka. Tetapi makmal beliau berada di US dan juga German. Saya baru sahaja selesai bercakap dengan beliau menerusi skype sebentar tadi.

Apa yang dilakukan oleh Syarikat 86 memang mencemarkan nama baik produk beliau. Beliau berharap mereka yang telah menjadi stokis tersebut dapat menghubungi beliau. Ia adalah untuk membantu anda menjual sendiri produk tersebut. Beliau telah mengajar dan memberi banyak tips pemasaran produk Magic Water kepada Nora & The Gang sebelum ini.

Ia termasuk produk terbaru yang dibangunkan oleh beliau. Bagi menjaga kualiti dan ketulinan produk.Anda disarankan untuk membeli terus daripada pengeluar iaitu Storm Project Sdn Bhd.

Jika anda serius untuk memasarkan produk ini. Anda boleh hubungi beliau. Ini hanya pesanan khidmat masyarakat. Saya tidak mendapat apa apa faedah daripada ini. Tetapi diatas tanggungjawab sosial, saya sebarkan permintaan ini kerana kebanyakan stokis Magic Water adalah daripada orang Melayu.

Diharap ia dapat membantu mereka yang tiada sumber untuk mengadu dan menimba pengalaman pemasaran produk ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!