Perjuangan Baru Bermula


Nampaknya shuhaimy aka Shuth dah tukar status kepada usahawan internet sepenuh masa. Kerjayanya sebagai webmaster di NIOSH telah berakhir hari ini. Beliau menulis blog dalam keadaan ghairah berkain pelikat sahaja pada hari ini.

Tidak lagi perlu bergegas untuk ke pejabat. Bersesak dalam traffic jam. Semuanya aman sahaja dirumah. Tengok isteri & anak anak. Seronok kan shuth? Rasanya dah beberapa tahun shuth menunggu saat tersebut. Tiada hutang atau financially free dah tercapai.

Apa yang perlu dilakukan ialah relax & buat apa yang kita suka. Walau bagaimana pun perjuangan sebagai usahawan internet sepenuh masa baru sahaja bermula. Banyak cabaran yang perlu dihadapi. Dikala pengawai kerajaan susah hati gaji tak cukup, shuth berhenti kerja..hohoho

Selamat maju jaya buat shuth & keluarga… sebab isterinya juga adalah usahawan internet! Mungkin anak shuth nanti pun akan mengikut jejak langkah mereka. Jadi keluarga Usahawan Internet la lepas ni. 🙂

Mereka dah mempunyai rangkaian perniagaan yang agak mantap dalam niche berbeza. Seronok kalo sehati sejiwa macam tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 6

  1. shuth July 23, 2008
  2. sham July 23, 2008
  3. Fai July 23, 2008
  4. Din Beramboi July 24, 2008
  5. sham July 24, 2008
  6. Din Beramboi July 24, 2008

Leave a Reply

error: Content is protected !!