Pos Laju Prabayar

Pos Laju Prabayar

Pos Malaysia telah melancarkan perkhidmatan terbaru iaitu Pos Laju Prabayar. Ia ala pos ekspress la. Ada sampul pos laju. Malah sampul ini siap dengan bubble di dalamnya. Jadi bagi barangan anda lebih selamat di dalam sampul ini. Pihak kami  telah mengunakan sampul ini untuk penghantaran produk CD keluaran syarikat kami.

pos laju prabayar

Kaedah ini sebenarnya banyak membantu usahawan kecil terutamanya mereka yang terlibat dalam perniagaan produk fizikal. Kita tidak perlu lagi membalut atau membeli kotak lagi. Kita hanya beli kotak Pos Laju Prabayar, masukkan barangan ke dalamnya. Dan boleh dipos terus.

Harga Pos Laju Prabayar

Berdasarkan pengalaman kami, ia berlaloi. Sebab ia sama dengan kadar pos yang dikenakan kepada kami sebelum ini. Sebagai contoh sekeping CD yang dipos kepada pelanggan berharga RM6.00. Itu belum dikira dengan kos sampul surat dan sebagainya. Dengan sampul Pos Laju Prabayar, hanya perlu beli sampul berharga RM6.00. Sudah boleh pos dengan selamat dengan adanya bubble di dalam sampul.

Jika dibeli di Tesco, sampul dengan bubble berharga RM3.80 sekeping. Jika mengunakan pos laju, ditambah lagi RM6.00. Jadi kos penghantaran sudah menjadi RM9.80 keseluruhan.

Harga dan Saiz

Bagi sampul terdapat 2 jenis iaitu saiz S berharga RM6.00 dengan berat maksimum 500g dan Saiz L yang berharga RM9.00 dengan berat muatan maksimum 1kg.

Kotak Pos Laju Prabayar

Kotak Prabayar S – Saiz 340mm x 250mm x 80mm harganya RM13.00.Muatan maksimum 2kg.

Kotak Prabayar M – Saiz 340mm x 250mm x 150mm harganya RM20.00. Muatan maksimum 5 kg.

Kotak Prabayar L – Saiz 340mm x 250mm x 200mm harganya RM30.00 dan Muatan maksimum adalah 10kg.

Cara Mengunakan Pos Laju Prabayar

Cara mudah sahaja. Ia lebih kurang sama dengan perkhidmatan pos laju sebelum ini. Malah borang yang digunakan adalah sama. Anda perlu mengisi borang tersebut dan bawanya ke pejabat  pos atau pusat pos laju untuk penghantaran. Tak perlu bayar lagi sebab anda telah membayarnya. Sebab itu ia dipanggil prepaid atau prabayar.

Maklumat lanjut tentang perkhidmatan ini anda boleh layari:

http://www.pos.com.my/pos_bm/services/fast_mail/service/prepaid.aspx

Bagi kami, ia memang memudahkan dan menjimatkan kos penghantaran kami sebab kami sememang berurusan dengan pos Malaysia setiap hari.

Ia adalah satu berita yang cukup baik untuk pasaran dan juga perkembangan perniagaan internet di Malaysia. Untuk jimat, boleh guna Pos Laju Prabayar untuk penghantaran produk di sekitar semenanjung Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • kotak pos laju
  • harga kotak pos laju
  • poslaju prabayar
  • pos prabayar
  • saiz kotak pos laju
  • sampul pos laju
  • kotak poslaju
  • sampul pos ekspress
  • harga pos laju
  • kotak pos ekspress

Comments 23

  1. Ahmad Zaki April 15, 2012
  2. sham April 16, 2012
  3. kamikaze May 25, 2012
  4. sham May 28, 2012
  5. noor June 1, 2013
  6. sham June 2, 2013
  7. sham June 2, 2013
  8. syarul al hafiz February 25, 2015
  9. sham February 26, 2015
  10. khayy May 8, 2015
  11. sham May 12, 2015
  12. jwen May 29, 2015
  13. asriani April 21, 2016
  14. sham April 24, 2016
  15. Mohd Firdaus June 11, 2016
  16. sham June 11, 2016
  17. Siti rahmah August 31, 2016
  18. sham August 31, 2016
  19. Hana December 9, 2016
  20. sham December 10, 2016
  21. mohd redzuan December 22, 2016
  22. sham December 23, 2016
  23. muhd irfan January 6, 2017

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.