Pos Malaysia Naikkan Surcaj Bahan Api Dari 10% ke 15%


Bagi mereka yang mengunakan perkhidmatan Pos Laju, bermula hari ini 15hb Julai Pos Malaysia telah menaikkan surcaj bahanapi yang dikenakan pada caj perkhidmatan Pos Laju. Menurut Pos Malaysia, ia dinaikkan kerana subsidi minyak untuk kenderaan pengangkutan telah dimansuhkan.

Kadar Pos Laju

Kadar Pos Laju

Jadi dalam pengiraan Kadar Pos Laju yang saya tunjukkan sebelum ini. Anda perlu menaikkan surcaj bahan api kepada 15%. Jadi kadar tambahan yang perlu anda masukkan ialah 31% daripada kos yang anda peroleh dalam sistem pengiraan tariff tersebut.

Sebelum ini, kadar tambahan ialah 26%, kini meningkat 31% apabila surcaj bahan api ini dinaikkan.

Saya lebih suka mengunakan Pos Malaysia kerana rangkaiannya yang besar. Sesetengah curier kadangkala lambat untuk menghantar barang yang diposkan. Lebih teruk, ada yang tak hantar langsung. Mereka hanya suruh pelanggan mereka mengambilnya di premis agen atau cawangan mereka sahaja sedangkan penghantar menghantarnya ke alamat penerima.

Saya pernah terkena apabila syarikat kurier meninggalkan barangan di kedai di tepi jalan di kampung saya kerana alasannya mereka takut tersesat. Sedangkan ianya tidak jauh daripada jalan besar. Malah mereka marah marah apabila kita memintanya masuk sedikit ke dalam untuk menghantar parcel tersebut. Pada hari tersebut kebetulan saya menerima 3 parcel. Jadi saya terkeliru syarikat manakah yang menghantar parcel sehingga tidak tahu syarikat ini meninggalkannya di tepi jalan sehingga lebih sebulan barulah saya tahu rupanya syarikat ini meninggalkannya di tepi jalan.

Pengalaman ini menjadikan saya tetap memilih Pos Malaysia berbanding syarikat courier lain walaupun lebih murah. Barangan yang dihantar juga lebih selamat dan boleh dikesan menerusi sistem semakan online. Dengan cawangan yang meluas di seluruh negara, ia lebih mudah untuk dihantar kepada penerima.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!