Program Amal: Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata


Sempena ramadhan, ada satu pertubuhan amal yang mengumpul baju baju untuk diserahkan kepada anak anak yatim. Program ini dinamakan Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata. Ia mensasarkan sehelai baju hasil sumbangan orang ramai untuk diserahkan kepada anak anak yatim.

Rumah Anak Yatim As-Solihin Jalan Aman Kanchong Darat, Banting, Selangor

Rumah Anak Yatim As-Solihin Jalan Aman Kanchong Darat, Banting, Selangor

Hanya baju baru tau. Baju terpakai tidak diterima ya. Sebabnya ia untuk berlaku adil kepada anak anak yatim. Mungkin ada yang menerima baju terpakai dan ada yang menerima baju baru nanti. Jadi pihak penganjur program ini hanya mahukan sumbangan baju baru sahaja.Setakat ini mereka menerima Baju Melayu dan Baju kurung sahaja.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari  http://sehelaibaju.com.

Sumbangan wang tunai tidak diterima. Hanya pakaian sahaja diterima. Anda boleh layari laman web berkenaan untuk memilih rumah anak yatim yang ingin anda berikan sumbangan. Anda boleh lihat saiz-saiz baju anak anak yatim di rumah anak yatim berkenaan. Mereka ini berumur diantara 7 hingga 18 tahun.

Pada tahun ini, pihak penganjur mensasarkan 10,000 helai baju raya untuk anak-anak yatim diseluruh Malaysia. Jika anda ingin menyumbang, beli pakaian di tempat anda. Kemudian poskannya kepada pihak penganjur. Mereka akan edarkannya sebelum hari raya menjelang.

Insyallah, saya bagi pihak Shamsuriyadi.com akan turut membantu mengumpul lebih banyak baju untuk anak anak yatim berhari raya dengan gembira pada tahun ini. Pada tahun lepas, mereka berjaya mengumpul lebih 3500 pasang baju. Tahun ini sasaran lebih besar dan lebih ramai anak yatim akan menerima sehelai baju untuk berhari raya.

Saya mendapat tahu program ini daripada sahabat saya JimieyRay yang merupakan salah seorang pengerak program amal ini.

Pusat Pengumpulan:

SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA

D/A: Ahmad bin Sa’abun No. 12,

Jalan Platinum 7/44,

Seksyen 7 40000 Shah Alam, Selangor,

Darul Ehsan H/P: 016-2151192

Kempen ini sebelum ini berlangsung menerusi Facebook sahaja untuk mengumpul pakaian sumbangan orang ramai.

Penuhkan ramadhan kali dengan sedekah dan amal jariah. Bagi yang menyumbang, semoga Allah membalas jasa anda dengan syurga di akhirat kelak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • sedekah baju terpakai
  • tempat sedekah baju
  • pusat pengumpulan pakaian terpakai shah alam
  • tempat sedekah pakaian
  • kedai baju sedekah
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. siege August 1, 2011

Leave a Reply

error: Content is protected !!