PRU 12: 685 Undi Untuk Tok Maimun

Saya terkejut apabila Tok Maimun berjaya mendapat lebih dari 500 undi. Saya hanya menjangkakan beliau hanya mendapat beberapa undi sahaja. Saya tidak tahu bagaimana beliau berkempen. Tapi saya tabik la kat Tok Maimun. Dengan undi sebanyak 685 tersebut seolah olah satu kampung menyokong beliau.

Kehadiran beliau telah sedikit sebanyak menganggu cabaran sengit diantara Datok Razali Ismail dan Mohamad Sabu. Datok Ismail hanya menang tipis dengan majoriti yang sedikit sahaja. Jika tidak dipecahkan oleh Tok Maimun, beliau mungkin akan menang dengan majoriti 1000 lebih atau tewas dengan Mohamad Sabu dengan beberapa undi. Memang sengit.

Tok Maimun, 89, merupakan calon yang paling muda tua pada pilihanraya kali ini. Beliau berkempen hanya dengan berbasikal. Malah beliau cukup bersunguh sungguh dalam kempen beliau sambil menjual kain. Semangat keusahawanan yang cukup kental saya kira.

Tok Maimun

Beliau bersama ketiga tiga calon Parlimen Kuala Terengganu, Mat Sabu & Dato’ Razali.

Ini adalah satu bukti pada golongan muda. Usia bukan penghalang untuk mencuba. Memang Tok Maimun seorang “Dare To Fail” seperti Billi Lim. Beliau tetap dengan keputusan beliau untuk bertanding walaupun dah lanjut usia. Ada orang mengatakan lebih baik beliau gunakan wang pertaruhan RM10,000  untuk mengerjakan haji. Tapi bagi saya, mengejar cita cita adalah lebih penting.

Jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, mungkin beliau mampu ke Mekah tahun hadapan. Ini adalah kerana Tok Maimun memang cukup popular sekarang di Kuala Terengganu. Perniagaan kain Tok Maimun pun pasti akan meningkat maju. Percayalah rezeki ada dimana mana selagi kita berusaha!

Selamat Maju jaya buat Tok Maimun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments 4

  1. smartzul March 9, 2008
  2. titan March 10, 2008
  3. komenebook March 10, 2008

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.