Pulau Pinang Tanpa DEB? Komen Saya..

Dalam Utusan hari ini mengatakan Pulau Pinang tanpa DEB dan Nasib semua bangsa adalah sama di Pulau Pinang.

PULAU PINANG 11 Mac – Hanya beberapa jam selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pu lau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mentadbir negeri itu bebas daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang beliau dakwa akan mewujudkan kronisme, amalan rasuah dan sistem yang tidak cekap.

Dalam ucapan sulungnya sebagai Ketua Menteri, beliau berkata, kerajaan negeri baru itu akan melaksanakan sistem tender terbuka bagi semua pemerolehan dan kontrak kerajaan.

DEB menekankan pembasmian kemiskinan dan pens trukturan semula ekonomi untuk menghapuskan penge nalan etnik dengan fungsi ekonomi.

Dasar itu, yang dilaksanakan pada 1971, juga mengandungi pengagihan kekayaan dan tindakan teguh untuk orang Melayu dan Bumiputera bagi memperoleh sekurang-ku rangnya 30 peratus daripada kekayaan negara.

Berikutan kenyataan Guan Eng itu, beliau ditanya mengenai hak-hak orang Melayu dan jawabnya: “Nasib semua bangsa dan untung nasib mereka adalah sama.

“Saya tak mahu cakap tentang nasib golongan itu atau golongan ini kerana nasib kita semua adalah sama dan hala tuju kita juga adalah sama.” — BERNAMA.

Kenyataan cukup berani Lim Guan Eng. Saya rasa ia pasti akan menimbulkan banyak isu yang kerajaan cuba elakkan iaitu survival orang melayu…

Dasar DEB dibuat untuk memelihara hak hak orang melayu. Tetapi apabila tak dilaksanakan, orang melayu akan terasa kesan yang cukup perit di Pulau Pinang. Kronisme bukanlah alasan yang kukuh untuk tidak melaksanakan DEB. Masyarakat Melayu di Pulau Pinang agak ketinggalan saya kira. Mereka hanya tinggal di pinggir bandar.

Nampaknya DAP dah menunjukkan belangnya. Bukan masanya untuk DEB tidak dilaksanakan dengan keadaan Bumiputera masih mundur. Tidak dinafikan masyarakat Cina menguasai ekonomi di Pulau Pinang. Kedai kedai dibandar telah dimonopoli oleh peniaga Bangsa Cina.

Jika orang Melayu meniaga di bandar pun pasti orang melayu tak menyokong perniagaan bangsa sendiri. Ia mungkin kelemahan yang perlu orang melayu ubah demi survival Bangsa Melayu. Ini telah cuba diubah sejak dari merdeka, namun hingga kini orang melayu masih dalam keadaan yang sama.

Kenyataan DAP yang memansuhkan DEB di Pulau Pinang akan menimbulkan reaksi daripada pemimpin Melayu di Malaysia. Mungkin sebab itulah orang Melayu mesti menjadi PM,MB dan Yang Di Pertua Negeri. Di Perak,nasib agak baik kerana Undang Undang Badan Perak yang menwajibkan MB mestilah orang Melayu dan Islam. Jika di Perak pun dimansuhkan DEB, nasib orang orang melayu di Perak akan diperjudikan.

Ia mungkin satu ingatan kepada orang Melayu agar tidak terlalu bergantung kepada kerajaan. Ia sudah sampai masanya untuk kita belajar berdikari. Tiada orang yang akan memelihara hak Melayu jika kita sendiri tidak memperjuangkannya. Inilah demokrasi di Malaysia. Anda telah memilih pemimpin anda…Terlajak Perahu Boleh Diundur, Tersalah Undi Buruk Padahnya…hehehe

Untuk mendapatkan kontrak kerajaan di Pulau Pinang adalah mustahil dan kerana kita tiada kuasa wang untuk kita “bermain”. Kaum Cina mempunyai kuasa wang. Namun, anda masih boleh mencuba.Lagipun ia adalah terbuka bukan? Siapa yang akan menjadi “hero” di Pulau Pinang nanti ye?

Banyak betul kejutan yang berlaku dalam minggu ni. BA menang besar. BN menang cukup cukup makan dalam PRU 12. Namun, ia adalah bukti bahawa tiada manipulasi SPR. Kalo ada manipulasi, BN tak la kalah seteruk ini dalam sejarah 50 tahun negara merdeka.

Orang meninggal pun ramai selepas pilihanraya ni. Terkejut agaknya. Ia adalah sekadar pendapat saya. Saya cuba berharap semua pemimpin Melayu bersatu tidak kira la mereka UMNO,PAS atau PKR. Jika kita bersatu, kita mampu menguasai ekonomi…Lagi satu jangan sampai kita hilang kuasa politik.

“Ya ALLAH, Kau satukanlah Bangsa Melayu untuk menjadi Bangsa yang gemilang dan terbilang. Janganlah KAU pecah belahkan kami sehingga menjadikan kami bangsa yang lemah. Eratkan hubungan diantara pemimpin peminpin Melayu untuk memperjuangkan nasib Bangsa kami. Ya ALLAH, perkenankanlah doa hambamu yang lemah ini” – Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments 20

  1. ramzy0 March 12, 2008
  2. smartzul March 12, 2008
  3. Muax March 12, 2008
  4. melayu baru March 12, 2008
  5. sham March 12, 2008
  6. titan March 12, 2008
  7. beduz March 12, 2008
  8. RizalHardy March 12, 2008
  9. sham March 12, 2008
  10. abdfatah March 13, 2008
  11. smartzul March 13, 2008
  12. ahib0205 March 13, 2008
  13. Muax March 13, 2008
  14. zuhairy March 13, 2008
  15. sham March 13, 2008
  16. Muax March 14, 2008
  17. sham March 14, 2008
  18. zuhairy March 15, 2008
  19. KA'AB March 18, 2008
  20. Pendekar March 19, 2008

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.