Setiap kali melihat berita tentang penderitaan rakyat Palestin,rasa nak menitis air mata. Apa yang boleh kita buat untuk membantu? Apabila melihat keangkuhan Amerika dan Israel, sakitnya hati sedangkan umat islam kini berjumlah lebih dari 1 Billion orang.Ia adalah 1/6 daripada penduduk dunia.
Palestin dikelilingi oleh negara islam, tetapi tiada yang tampil membantu. Malah Mesir enggan membuka sempadan untuk penduduk Gaza mendapatkan bekalan makanan dan ubat ubatan. Mesir takut negara mereka dipenuhi pelarian Palestin.
Kanak kanak palestin ramai yang cedera dan terkorban. Anak anak ini akan terus berjuang apabila mereka dewasa kelak. Palestin telah dipilih sebagai bumi syahid. Ramai pejuang islam yang terkorban, namun pasti ada yang menganti untuk meneruskan perjuagan untuk membebaskan bumi Palestin.
Perang Israel-Palestin ini adalah berat sebelah. Israel dengan senjata yang canggih dan terkini. Pejuang islam hanya mengunakan roket buatan sendiri. Media barat pula mengambarkan seolah olah mereka mempunyai kelengkapan yang setanding.Sedangkan perkara sebenar, ia seolah olah diibaratkan langit dan bumi. Rakyat Palestin yang berjuang untuk membebaskan negara mereka dilabelkan sebagai pengganas.
Hamas dipilih menerusi pilihanraya terus dilabelkan pengganas. Dunia kononnya mahukan demokrasi, setelah Fatah iaitu kerajaan boneka mereka tewas dalam pilihanraya, mereka tidak mengiktiraf kemenagan Hamas. Dunia yang kononnya mengutuk pembunuhan politik, ia dilakukan sewewang wenangnya oleh Israel dan tiada seorang pun mempertikainya?
Apakah nyawa orang islam tidak bernilai langsung? Adakah nyawa kanak kanak palestin tidak bernilai langsung?
Pemimpin Hamas dibom seberat 1 tan yang mengorbankan hampir seluruh ahli keluarganya. Pengasas Hamas yang buta,dibom sehingga berkecai.
Sejak bermula serangan israel yang terbaru ini. Lebih dari 530 rakyat Palestin terkorban dan lebih dari 2000 yang tercedera sedangkan hanya seorang askar Israel terkorban dan 55 tercedera. Saya pasti yang tercedera tersebut hanya tercalar sedikit sahaja. Ia adalah 1:530 bagitulah nilai nyawa rakyat Palestin.
Al Fatihah untuk rakyat Palestin yang terkorban dan syahid.
Al Fatihah
–
–
–
Bersamala kita berdoa agar Israel akan mendapat kekalahan yang teruk. Boikot barangan US dan Israel.
Negara Islam adalah pengeluar minyak yang terbesar tetapi semuanya penakut dan hanya mengikut telunjuk Amerika. Jika Iran dan Arab Saudi mengunakan kuasa minyak, ia sudah cukup memadai untuk membuatkan ekonomi Amerika lumpuh kerana mereka adalah pengeluar minyak terbesar di dunia. Iran bersetuju untuk mengunakan kuasa minyak, tetapi Arab Saudi diperintah oleh boneka Amerika. Ia tidak akan berkesan jika hanya Iran yang bertindak.
OIC pula hanya berkata.. OOOO…I…CCCC
Hanya bercakap tetapi tiada tindakan seperti biasa.
p/s: Anda boleh menyumbang kepada MERCY Malaysia untuk bantuan ubat ubatan di http://www.mercy.org.my/main/index.html
Zairi Zaidi
Hm… apa kan daya…
Hanya doa saje yang dapat menolong mereka.
Sesungguhnya doa adalah senjata umat Islam
rania
salam saudara sham…saya pelanggan 101 e biz saudara..dah lama tak dapat tips2 dpd saudara..adakah dlm mode underground utk projek baru?..setelah membaca ebook tersebut,saya berhasrat nak menceburi jual buku islamic melalui i’net..adakah ia dlm btk affiliate jg?spt yg saya lihat dlm kedai buku online?apakah perlu stok kemudian baru promote dan jual?
tkasih..
sham
saya agak busy skit sekarang ni. tapi email je saya kalo nak tanya pape. saya akan reply a.s.a.p.
Untuk buat kedai buku online, tak semestinya kena ada stok. Boleh join venture dengan kedai buku ditempat puan.
Just ambik gambar buku buku je. kalo ada orang beli, baru la ambil kat kedai tersebut.
kalo dapat deal dengan penerbit buku lagi elok.